Wednesday, 10 September 2014

TADABBUR ALAM: BURUNG



Haiwan itu bertenggek di situ. Kadang-kadang menggaru-garu badannya  yang lebat dengan bulu-bulu pelepah. Badannya anggun. Sangat sesuai dengan penciptaannya untuk terbang di langit. Kumpulan haiwan ini mempunyai banyak spesis- Enggang, Gagak, Rajawali, Belatuk, Helang dan Merpati. Burung, itulah dia. Sejenis haiwan yg diciptakan Allah untuk selalu berada di antara langit dan bumi.

"Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main"-(21:16)

Nah! Literally burung-burung ini selalu ada di dada langit. Bergerak ke sana ke mari dengan sayapnya sedangkan makhluk lain bersusah-payah mengesot-esotkan diri untuk bergerak. Terbang di udara. Hingga memberikan impian kepada manusia untuk menyertainya di udara. Maka muncullah lelaki- lelaki seperti Abbas Ibn Firnas dan Wright Brothers. Maka kini manusia mampu membelah udara terbang lebih tinggi dari sekawanan burung Artic Tern.

Namun adakah penciptaannya sia-sia? Tidak! Mustahil sekali sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Quran tadi. Sudah tentu dan pasti, penciptaan mereka memberikan pengajaran kepada para duat di luar sana.

Cuba kita perhatikan. Perjalanan hidup mereka saban hari dan saban tahun. Ke mana sebenarnya mereka pergi? Di mana rumah mereka dan bagaimana pula mereka menjumpai makanan mereka hari itu?

Hidup mereka ini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tinggal entah di mana. Bersarang entah di mana. Anak-anak burung yang menetas mencicit-cicit kelaparan. Sang burung pun meredah alam mencari makanan untuk dirinya dan keluarganya.

Bagaimana pula dengan duat? Adakah rumah mereka tiada? Adakah makan pagi dan makan malam mereka tidak terjaga? Apa lagi? Apa lagi urusan kita yg menyangkut kita dari bergerak menyampaikan firman-Nya? Apa lagi?

Sesungguhnya burung-burung di hadapan mata kita ini adalah tentera Allah. Sejak dari dahulu hinggalah hari ini, penghidupan mereka di hadapan mata kita para duat mengajarkan kita erti hidup sebagai jundullah. Siapakah yang diutus untuk mengajarkan Qabil supaya menanam saudaranya kalau bukan seekor burung gagak? Siapakah yang berusaha memadamkan api yang cuba membakar susuk tubuh Nabi Ibrahim kalau bukan tubuh kecil burung unai-unai? Bukankah burung-burung membentuk salah satu divisyen tentera udara Nabi Sulaiman? Bukankah burung Hud-hudlah yang mengintip kesyirikkan Ratu Balqis? Bukankah burung Ababil yang dikirim Allah untuk menghunjam batu sijjil?

Inilah identiti burung-burung ini. Mereka juga adalah Jundullah, sama juga dengan kita. Hidup mereka juga tinggal tak menentu, makan tak menentu keluarga tak menentu dan bermacam-macam lagi yang tak menentu. Namun mereka tetap tegar bersama Islam sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Meyampaikan al-Haq hingga tiada lagi fitnah di bumi, dan agama itu hanya untuk Allah semata-mata. Makan dan minum mereka dijaga sendiri oleh Allah. Bukankah tawakkal itu ibarat burung yang keluar di pagi hari dengan perut yang kosong, kemudian pulang dengan perut yang cukup? Tunggu apa lagi wahai daie? Bukankah cukup Allah sahaja sebagai pencukupmu?
"Hasbunallah wanikmal wakeel,wa ni'mal mawla wani'mannasir"
Cukuplah Allah sebagai wakilku, dan cukuplah Allah sebagai pelindungku.

"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"(47:7)

Ayuh, mari beramal!

MENGHILANGKAN KETANDUSAN DALAM DIRI

ANTARA nikmat terbesar yang kita peroleh, dan insya-Allah masih memiliki, sekarang adalah nikmat Islam. Sekiranya anda membaca artikel ini, atau melayari blog Risalah Deenz, kemungkinan besar anda telahpun beragama Islam dan sedang beraspirasi untuk menyebarkannya. Anda ibarat peneroka yang telahpun terjumpa sebuah lembah nan subur, dan anda mahu menyeru mereka yang masih tercari-cari sebuah tanah subur untuk bersama-sama menetap bersamamu di lembah itu.
         
Sungguhpun kita sangka kita telah berada di lembah itu, adakah kita sedang mengusahakan tanah di situ dengan cemerlang? Adakah kita sedang bersikap acuh tidak acuh, dibebani kemalasan dan miskin dengan kerajinan? Tanah subur tidak akan membuahkan sebarang hasil tanaman langsung sekiranya tanah itu dibiarkan.
          
Hayatilah hadis di bawah tentang tiga jenis manusia yang diumpamakan dengan tiga jenis tanah:
          
Daripada Abu Musa (Al-Asy’ari) radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Perumpamaan apa yang aku diutus oleh Allah dengannya dari hidayah dan ilmu adalah bagaikan air hujan yang turun membasahi bumi (tanah), maka ada bahagian tanah yang subur yang menyerap air maka ia menumbuhkan rumput dan tumbuhan yang banyak. Ada pula daripadanya tanah yang gersang yang menyimpan (menampung) air kemudian Allah menjadikannya manfaat bagi manusia. Maka mereka minum darinya, memberi minum haiwan ternak dan menanam. Dan ada pula tanah lain yang tandus gersang, ia tidak menyimpan air dan tidak pula bisa menumbuhkan tumbuhan. Itulah perumpamaan orang yang memahami agama Allah lalu dia mengambil manfaat dari apa yang aku diutus Allah dengannya, maka dia belajar dan mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak mengangkat kepalanya (tidak menghiraukannya), dan tidak mahu menerima hidayah Allah yang aku diutus dengannya.” 
                                                                   (Hadis Riwayat Sahih Al-Bukhari)
          
Kesimpulannya, hidayah Allah diibaratkan seperti air hujan. Air yang sememangnya memberi manfaat sejagat. Namun, terzahirnya kemanfaatan air hujan itu bergantung kepada tanahnya. Kalau tanahnya subur, maka tumbuhlah tanaman. Kalau tanahnya gersang, air hujan akan disia-siakan sahaja.
          
Menurut hadis ini, ada tiga jenis tanah yang boleh diumpamakan dengan manusia:
1)   Tanah subur yang membuahkan tanaman
2)   Tanah gersang yang menampung air buat minuman manusia dan haiwan
3)   Tanah gersang yang langsung tidak memberi sebarang manfaat

Berdasarkan intipati hadis, ada dua golongan manusia yang diumpamakan dengan tanah-tanah yang disebutkan.

Pertama, golongan beriman yang fuqaha, atau mereka yang mempunyai kefahaman mendalam dengan agama Allah, boleh diibaratkan sebagai tanah subur. Kerana mereka, setelah menyerap hujan hidayah ke dalam sanubari mereka, terus membuahkan tumbuh-tumbuhan amal dan ilmu buat kebaikan sejagat. Sekiranya kita ingat akan ajaran sains, tumbuh-tumbuhan bukan sahaja memberi sumber makanan buat manusia, malah mereka juga membekalkan oksigen serta menadah air hujan agar adanya sungai-sungai yang memastikan tanah-pamah lain kekal subur. Manusia seperti tanah subur inilah yang bekerja keras agar pepohon Islam tetap ada agar ekosistem manusiawi terjaga sehingga ke hari ini. Tanpa mereka, tiadalah tanaman Islam, dan hancurlah bumi dengan kerosakan iklim jahiliah.

Berbeza pula dengan golongan manusia yang seperti tanah gersang. Air hujan tidak membasahkan jiwanya. Jiwanya tetap kering. Tiada pepohon Islam yang tumbuh. Yang ada hanyalah kegersangan yang menyusahkan mereka yang menetap di atasnya. Malah, hujan yang turun bertukar menjadi debu. Debu-debu inilah juga yang boleh merosakkan ekosistem umat, dan juga membunuh tanaman-tanaman lain yang dilemaskan ribut debu itu. Manusia seperti tanah tandus ini dikecam Allah swt sebagai orang:

yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
                                                           (Surah Al-Hajj, ayat 53)
Yang menariknya, golongan kedua, iaitu golongan manusia yang ibarat tanah gersang yang bermanfaat, tidak diceritakan secara terperinci. Ada pendapat mengatakan bahawa mereka ini perawi-perawi hadis yang menerima dan meriwayatkan ilmu mereka tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang ilmu mereka. Orang lain menerima manfaat daripada riwayat-riwayat hadis mereka, namun mereka sendiri tidak berkembang secara rohani.

Boleh dikatakan juga, golongan kedua ini seperti penyokong-penyokong dakwah Islam. Walaupun mereka tidak berdakwah, merekalah yang memberi sokongan kepada golongan pertama. Hujan hidayah yang turun tidak dibazirkan oleh mereka, tetapi juga dimanfaatkan sepenuhnya. Mereka sekadar menakung air yang ada untuk kegunaan orang lain, yakni mereka tidak menghalang kerja dakwah. Namun mereka kekal gersang. Mengapa? Kerana Islam, sekiranya mereka memahami, menuntut kita untuk bukan sahaja menjadi pasif menerima ilmu. Tidak cukuplah jikalau kita sekadar menerima namun tidak mengalirkannya. Siapa lagi yang harus menyebarkannya sekiranya bukan kita? Seperti yang difirman Allah swt:

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh"
   (Surah Fussilat, ayat 33)
          
Maka jelaslah golongan mana yang lebih baik.
          
Kita mempunyai pilihan untuk menjadi salah satu daripada tanah yang dinyatakan di atas.
          
Pilihan terbaik sangatlah jelas.

Pilihlah dengan bijaksana.

Tuesday, 3 June 2014

DA'IE: KERJAYA TERBAIK DI DUNIA

PERTAMA sekali, reality check: kita bukanlah malaikat. Tidak sempurna. Dalam diri kita ada nafsu yang menjadi pendamping setia kita ke mana-mana kita pergi, walaupun kehadirannya tidaklah diidamkan. Dan ilmu kita tidaklah setinggi ilmu para ulama’ dahulu dan sekarang. Lagipun kita bukanlah pakar bahasa yang mampu menyusun kata-kata seindah nukilan As-Syahid Syed Qutb mahupun Sheikh Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Kepetahan pidato kita tidaklah sehebat mana – jauh lebih hebat As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, dan jauh sekali Nabi Harun A.S. 
Kita ada kelemahan. Malah, dalam kalangan manusia sejemaah juga, sering kita rasa diri kita bagaikan sebuah lembah yang dikelilingi gunung-ganang.
Namun, ingatlah, lembah yang rendah itu boleh dikerjakan dan membuahkan hasil tanaman.
Selemah-lemah kita, serendah-rendah kita fikirkan terhadap diri kita, sehingga merasai inferiority complex, ketahuilah satu perkara: kerja tetap kena jalan.
Apa kerjanya? 

Dakwah.

Menjadi seorang da'ie.
Kerjaya terbaik di di dunia.

          “Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” 
                                                                                                 (Surah Fussilat 41: 33)

Orang yang berdakwah adalah orang yang terbaik.
Janganlah pula kita anggap ini lesen untuk berasa bangga dengan ‘kerjaya’ kita. Sentiasalah merendah diri dalam mengajak orang lain berkejar-kejaran menjadi yang terbaik di hadapan Allah, sebagaimana mereka sering berlumba-lumba menjadi seorang ‘lejen’ dalam permainan sukan, dalam menghiaskan diri dengan kejayaan, dalam berbangga-bangga sesama manusia, dan  dalam mengumpul kekayaan dan anak-keturunan – menjadi seorang ‘lejen’ di kehidupan bumi yang:
        “…hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan…” 
                                                                                                (Surah Al-Hadid 57: 20)
Kehidupan kita di bumi sudah didefinasikan Allah SWT kurang daripada satu ayat – sebuah deskripsi kecil (namun padat) dalam sebuah naratif nan agung. 

Dan itulah yang kita kejar dan megahkan.
  
Kenapa tidak berkejar-kejaran untuk berdakwah?

Malangnya, kita dahulu sangka kerja dakwah ini milik orang lain. Macam fardu kifayah. Kerja dakwah ini kerja seorang ustaz. Ustaz yang sama dipanggil untuk mengimamkan solat jenazah, mengetuai bacaan tahlil dan dijemput untuk menyampaikan doa buat sebarang majlis. Ustaz ini bekerja di bawah sebuah institusi rasmi. Gajinya dibayar gaji rakyat. Ini kerjanya. Buat apa kita buat kerjanya? Kita tidak dibayar, bukan?
Sungguh meleset sangkaan diri kita yang terdahulu. Dalam erti kata lain, kita ‘sekularkan’ kehidupan lama kita dengan menyerahkan tugasan agama kepada individu/institusi lain. Dakwah antaranya.
Benar, bukan semua manusia akan dipilih oleh Allah S.W.T. untuk berdakwah. Namun itu bukan bermakna kerja dakwah ini terhad untuk sebilangan kecil manusia yang baik-baik belaka, yang selalu digelar ‘geng surau’, ‘budak baik’, ‘budak usrah’ dan sebagainya, macamlah kerja dakwah ini tanggungjawab sebuah kelab eksklusif yang cerewet dalam memilih ahlinya.
‘Kelab Da'ie’ bukanlah sebuah fraternity ala universiti-universiti Barat. Tidak ada ritual-ritual pelik yang perlu dilalui sebelum menjadi ahli. Hanya satu syarat yang diperlukan:
Keikhlasan.
Dan kita tidak akan ditanya fasal keikhlasan kita oleh ahli-ahli lain, kerana itu urusan kita dengan Allah S.W.T.
         Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya: " Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: - "Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
                                                                                            (Sahih Al-Bukhari)
Hadis klasik. Sebuah peringatan buat kita semua, tak kisahlah samada kita belum masuk, baru masuk atau sudah menjadi seorang veteran. Anggaplah sebarang peringatan ke arah kebaikan sebagai nafas kehidupan kita.
Memang kita harus menjadi baik dalam berdakwah, tetapi mestikah kita harus menunggu sehingga diri kita betul-betul menjadi baik sebelum berdakwah?
Tidak perlu hafaz sepuluh juzuk sebelum berdakwah. Tidak perlu perbetulkan bacaan Al-Quran sebelum berdakwah. Tidak perlu mahir dalam segala hukum fiqh sebelum berdakwah. Tidak perlu…
 Itu semua boleh dipelajari semasa bekerja. You’ll learn on the job. 

 Yang penting, kita ada kemahuan untuk belajar. Ada komitmen. Willpower.
Sekiranya kita ada tabiat-tabiat buruk yang sukar kita hendak tinggalkan, bersabarlah. Dan tabahlah. Kadang-kala, tabiat buruk itu ibarat tatu yang telah sebati dengan kulit akhlak kita. Memang sakit apabila buang. Kalau terlampau sakit, kita buang sedikit demi sedikit. Insya-Allah, segala usaha kita akan dipermudahkan.
Ingat, dalam proses mentarbiyyahkan diri, kita tidak keseorangan dalam membuang tatu-tatu jahiliah dari kulit akhlak kita. Ramai lagi. Dan ada antara mereka yang telah berjaya membuang sepenuhnya. Carilah mereka. Mintalah nasihat dan bantuan mereka. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
         “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
                                                                                             (Sahih Al-Bukhari)
Wangikanlah dirimu dengan wangian tarbiyyah!
Dan sebarkanlah kewangian ini, seperti seseorang yang mencalit minyak atar kesukaannya kepada kawan-kawan sekeliling.
Wallahu'alam.

Monday, 15 July 2013

Winter Gathering 2013


"Ukhuwwah membina kenangan, kenangan membina ukhuwwah"

WINGATH 2013 

Monday, 10 June 2013

Kelebihan bulan Sya'ban


Kedatangan bulan Sya’ban setiap tahun membawa bermacam kebaikan, keberkatan, kerahmatan dan kenangan yang sangat kita perlukan pada hari ini. Oleh itu bulan ini mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Rasul saw lantaran kelebihan bulan ini. Selain mengandungi malam Nisfu Sya’ban, bulan ini juga keseluruhannya adalah istimewa berbanding bulan-bulan lain. Rasulullah saw sangat meraikan bulan Sya’ban selepas bulan Ramadan yang tidak sama seperti baginda meraikan bulan-bulan yang lain.

Bulan Sya’ban adalah bulan di mana amalan hamba diangkat kepada Allah swt, bulan di mana Allah merahmati orang yang memohon kerahmatan dan mengampuni dosa orang yang memohon keampunan. Inilah bulan di mana Allah membebaskan sejumlah hamba daripada api neraka dalam jumlah yang tidak terhitung (yang hanya diketahui oleh Allah).

Usamah bin Zaid melaporkan bahawa nabi saw telah ditanya oleh seorang sahabat: “Ya Rasulullah! Aku tidak melihat engkau banyak berpuasa pada bulan-bulan lain kecuali bulan Sya’ban. Lalu nabi saw menjawab: “Inilah bulan ramai orang yang melupainya yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Iaitu bulan yang diangkat amalan manusia kepada Allah. Oleh itu aku amat suka jika amalku diangkat kepada Allah ketika aku sedang berpuasa"(Nasa’i)

Dari Aisyah r.a berkata: 


“Tiadalah bulan yang banyak Rasulullah berpuasa melainkan bulan Sya’ban”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

Daripada Aisyah r.a berkata: Rasul saw telah bangun pada satu malam. Lalu baginda menunaikan solat dan sujud. Nabi telah sujud dengan begitu lama sehingga aku menyangka bahawa baginda telah mati. Bila aku lihat demikian aku segera bangun dan mengerakkan jari-jemarinya. Lalu jarinya bergerak-gerak (tanda masih bernyawa). Aku kembali ke tempat tidur dan aku terdengar baginda berkata-kata dalam sujudnya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kemurkaanMu dengan mendapat keredaanMu, aku berlindung dari balasan siksaanMu dengan memperolehi keselamatanMu, aku berlindung denganMu yang memiliki semulia-mulia pujian yang tidak mampu dihitung untukMu sebagaimana aku panjatkan setinggi-tinggi pujian ke atasMu”. Selepas baginda memberi salam, baginda berkata kepadaku: Wahai Aisyah, adakah kamu menyangka bahawa rasul saw telah musnah (mati)?”. Aku katakan: “Tidak, demi Allah ya Rasulullah. Tetapi aku menyangka kamu telah mati (lantaran terlalu lama sujud dan tidak bergerak). Lalu nabi bersabda: “Adakah kamu tahu apakah malam ini?”. Aku menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui”. Rasul bersabda“Inilah malam Nisfu Sya’ban, yang Allah kurniakan kepada hambaNya, Allah berfirman: “Ketahuilah, orang yang memohon keampunan pastilah Aku ampuni dosanya, orang yang meminta sesuatu pastilah Aku berikannya, orang yang berdoa pastilah Aku perkenannya dan para pendengki dilambatkan kejahatanyan seperti yang diinginkan”(Baihaqi dengan sanad yang baik)

Selain bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, bulan Sya’ban jugaterkandung keberkatan seperti yang telah disebutkan oleh nabi saw bahawa bulan ini ramai orang yang melupakan tentang kelebihannya. Justeru dengan rahmat Allah telah menjadikan bulan Sya’ban turut mempunyai kelebihan dan fadilat yang tertentu. Oleh itu bagi hamba yang beriman sewajarnya berlumba-lumba mendapatkan keampunan dan pemeliharaan Allah di bulan ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ramai orang yang lupa dan leka tentangnya. Golongan manusia seperti ini diseru supaya kembali menyedari tentang kelebihan bulan Sya’ban dan memperbaharui cita-cita serta kembali ke pangkuan Allah supaya memperolehi rahmat dan keampuannya. Moga dengan rahmat Allah itu segala dosa diampunkan dan kelak dibebaskan daripada siksaan api neraka.

Beberapa amalan yang digalakkan di bulan Sya’ban

1.Puasa

Bulan Sya’ban adalah bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa.
Dari Aisyah r.a berkata:


“Bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa ialah bulan Sya’ban yang menghubungkannya dengan bulan Ramadan”. (Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Bani)

Dari Aisyah r.a berkata:


“Rasulullah berpuasa hingga aku katakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka hingga aku katakan tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat rasul saw berpuasa penuh melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak pada bulan selain dari bulan Sya’ban”. (Bukhari dan Muslim)

Sekumpulan para ulamak seperti Ibn Mubarak dan lainnya menegaskan bahawa nabi saw tidak pernah menyempurnakan puasa di bulan Sya’ban. Baginda hanya banyak berpuasa sahaja.


Hal ini diperkuatkan oleh satu riwayat daripada Aisyah r.a, katanya:


“Kami tidak mengetahui bahawa baginda saw berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim).

Riwayat dari Aisyah r.a:


“Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa penuh sejak tiba di Madinah melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim) 

 Menurut Ibn Abbas: “Rasulullah tidak pernah berpuasa penuh selain Ramadan”. Malah Ibn Abbas menghukum makruh perbuatan berpuasa penuh selain bulan Ramadan.

Puasa pada umumnya mempunyai kelebihan yang besar dan balasan yang agung.


Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata: Nabi saw telah bersabda (bermaksud):


“Tidaklah seorang hamba berpuasa pada hari perang Fi Sabilillah melainkan Allah akan menjauhkan mukanya pada hari itu daripada api neraka perjalanan 70 tahun”. (Muttafaq Alaih)

Dari Abdullah bin Amru r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):


Puasa dan Al-Qur’an kedua-duanya akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat. Berkatalah puasa: “Ya Allah, aku telah melarangnya dari makan dan menuruti syahwat pada siang hari, maka berilah syafaatku kepadanya. Lalu Al-Qur’an berkata pula: “Ya Allah, aku telah melarangnya tidur diwaktu malam (untuk bertilawah), maka berilah syafaatku kepadanya”. Dengan itu Allah memberikan syafaat keduanya untuk hamba itu”. (Ahmad)

Begitu juga di antara kebaikan berpuasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan untuk berpuasa di bulan Ramadan, supaya apabila masuk ke bulan Ramadan nanti tidak lagi merasa susah atau berat, tambahan pula puasa di bulan Sya’ban sebagai latihan dan persiapan supaya masuk ke bulan Ramadan nanti dengan penuh kekuatan dan kecergasan.

2. Menjaga solat lima waktu secara berjamaah

Terdapat beberapa hadith yang menyebut tentang kelebihan menjaga solat berjamaah dan ancaman orang yang meninggalkannya padahal ia berkemampuan melaksanakannya.


Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasul saw telah bersabda (bermaksud);


Solat berjamaah lebih utama daripada solat berseorang sebanyak 27 darjat”. (Muttafaq Alaih)

Dari Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda (bermaksud):


 “Orang yang paling besar pahalanya dalam solat adalah orang yang paling jauh perjalanan kakinya dan yang lebih jauh lagi dan orang yang menanti solat sebelum ia solat berjamaah bersama imam akan mendapat pahala yang lebih besar dari orang yang solat kemudian tidur.(Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a: Bahwa Rasulullah saw. kehilangan beberapa orang sahabatnya dalam salat. Beliau bersabda (bermaksud):


"Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh seseorang solat mengimami sahabat lainnya dan aku akan pergi menyusul beberapa orang yang enggan solat berjamaah. Aku menyuruh mereka untuk membakar rumahnya dengan kayu bakar. Bila salah seorang di antara mereka mengetahui bahwa ia akan mendapatkan selonggok daging yang gempal maka ia akan menghadiri salat Isyak berjamaah. (Muslim)

Semua hadith ini menunjukkan penegasan tentang perintah solat berjamaah dan keringanan bagi yang menghadapi kesukaran menghadirinya.

3. Membaca al-Qur’an, mengkhatam, menghafaz dan mengulangkajinya

Amalan ini adalah sebesar-besar pintu kebaikan kerana di dalamnya terkandung keutamaan dan pahala yang besar di sisi Allah.


Dari Ibn Mas’ud r.a berkata (bermaksud):


 “Rasulullah saw telah bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an dia memperolehi satu hasanah, satu hasanah menyamai sepuluh pahala. Aku tidak katakan alif, lam dan mim satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”(Tirmizi. Menurutnya hadith ini hasan sahih)

Bulan Sya’ban menjadi mukadimah atau pengenalan kepada bulan Ramadan, dengan sebab itu amalan yang utama di bulan Ramadan juga utama pada bulan Sya’ban seperti puasa, membaca al-quran dan bersedekah. Menurut Salamah bin Suhail: Ada pendapat mengatakan bulan Sya’ban adalah bulan membaca al-Qur’an. Habib bin Abi Thabit apabila memasuki bulan Sya’ban beliau berkata: Ini adalah bulan membaca al-Qur’an. Amru bin Qis al-Mulaiy apabila memasuki bulan Sya’ban beliau akan menutup ruang-ruang masa dan sibuk dengan membaca al-Qur’an.

4. Berdoa kepada kiblat orang Islam yang pertama

Di dalam Sya’ban adalah bulan berlaku pertukaran kiblat orang Islam daripada Masjid Aqsa ke Masjidil Haram. Firman Allah SWT (bermaksud):


“Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)

Kita saksikan apa yang berlaku ke atas Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang wajar kita renung dan berikan perhatian sepenuhnya. Apakah yang patut kita lakukan? Setidak-tidaknya kita berdoa supaya Allah mengembalikan Masjid Aqsa ke pangkuan kita dan membebaskannya daripada cengkaman Yahudi perampas.

5. Menghidupkan qiamullail

Kebanyakan orang Islam tidak memberi perhatian kepada qiamullail selain bulan Ramadan. Orang yang hanya memberi perhatian di bulan Ramadan akan merasa sukar untuk mendirikan qiamullail kerana selama ini tidak menghidupkannya selain bulan Ramadan. Bila tiba bulan Ramadan secara mengejut mendirikan solat malam tentu merasa berat dan sukar untuk menjaganya. Jikalau tubuh kita kerap menghidupkan malam sebelum Ramadan dan sepanjang tahun dengan solat tahajud di waktu malam tentu kita tidak merasai susah atau berat mendirikannya di bulan Ramadan. Contohnya orang yang memberi perhatian dengan menjaga solat malam sebelum Ramadan sekurang-kurangnya solat dua rakaat pada tengah malam, ataupun solat selepas isya’ atau sebelum tidur.

Dari Qasim bin Muhamad dari Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda (bermaksud):


“Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit”. (Muslim)

6. Menghubungkan silaturrahim

Sepertimana yang telah disebutkan di dalam hadith bahawa bulan Sya’ban ialah bulan amalan hamba diangkat dan dipersembahkan kepada Allah. Nabi saw menyukai sekiranya ketika amalannya diangkat kepada Allah baginda sedang berada di dalam ketaatan. Inilah yang sewajarnya diperhatikan oleh umat Islam di bulan Sya’ban ini supaya orang muslim berusaha menjadi sebaik-baik ketaatan ketika amalan diangkat dihadapan Allah. Ini mendorong Allah akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan dan keampunan sekalipun amalan yang dipersembahkan itu ada kekurangan.

Tidak diragui bahawa menghubungkan silaturrahim dan meredakan permusuhan adalah sebesar-besar ketaatan yang dituntut khasnya di bulan yang mulia ini yang mempunyai keutamaan yang besar.

Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):


“Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.) Menurutnya ini hadith sahih.

Saudara yang dimuliakan, cukuplah kita mengetahui tentang bahaya permusuhan, iri hati, dengki dan benci-membenci sesama orang Islam.


Di dalam hadith dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):


Pintu syurga dibuka pada hari isnin dan khamis, lalu diampunkan dosa hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kecuali lelaki yang saling bermusuh antara satu sama lain. Maka dikatakan; lihatlah kepada kedua mereka sehingga mereka berbaik semula, lihatlah kedua mereka ini sehingga berbaik semula dan lihatlah kedua mereka sehingga berbaik semula”.(Muslim)
 
Hadith ini menjelaskan bahawa keampunan terhadap dosa pada waktu amalan diangkat kepada Allah terpaksa dilewatkan lantaran rosak hubungan silaturrahim, berlaku permusuhan, kedengkian dan kebencian. Bulan Sya’ban adalah bulan amalan sunat diangkat kepada Allah. Justeru seorang muslim hendaklah menjauhkan sesuatu perbuatan yang menyebabkan amalan terlewat daripada diangkat, iaitu permusuhan dan kebencian yang dilewatkan daripada memperolehi keampunan Allah kerana dosa-dosa tersebut.

Kita menyambut kedatangan bulan Sya’ban dengan sambutan yang sebaiknya dengan memenuhi dada dengan kasih sayang dan berbaik dengan semua orang.

Oleh itu, jadikanlah bulan Sya’ban ini sebagai peluang dan permulaan untuk memulihkan hubungan yang rosak antara kita dengan orang lain.

http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=67733&SecID=363

Monday, 3 June 2013

Utsman bin Mazh'un

YANG PERNAH MENGABAIKAN KESENANGAN HIDUP DUNIAWI
Seandainya anda hendak bermaksud menyusun daftar nama-nama shahabat Rasulullah saw menurut urutan masa masuknya ke dalam Agama Islam, maka pada urutan keempat belas tentulah anda akan tempatkan Utsman bin Mazh’un . · · ·
Anda ketahui pula bahwa Utsman bin Mazh’un ini seorang Muhajirin yang mula pertama wafat di Madinah, sebagaimana ia adalah pula orang Islam pertama yang dimakamkan di Baqi’ … ·
Dan akhirnya ketahuilah bahwa shahabat mulia yang sedang anda tela’ah riwayat hidupnya sekarang ini, adalah seorang suci yang agung tapi bukan dari kalangan yang suka memencilkan diri, ia seorang suci yang terjun di arena kehidupan Dan kesuciannya itu berupa amal yang tidak henti-hentinya dalam menempuh jalan kebenaran, serta ketekunannya yang pantang menyerah dalam mencapai kemashlahatan dan kebaikan.. ··
Tatkala Agama Islam cahayanya mulai menyinar dari kalbu Rasulullah saw dan dari ucapan-ucapan yang disampaikannya di beberapa majlis, baik secara diam-diam maupun terang-terangan, maka Utsman bin Mazh’un adalah salah seorang dari beberapa gelintir manusia yang segera menerima panggilan Ilahi dan menggabungkan diri ke dalam kelompok pengikut Rasulullah …. Dan ia ditempa oleh berbagai derita dan siksa, sebagaimana dialami oleh orang-orang Mu’min lainnya, dari golongan berhati tabah dan shabar….
Ketika Rasulullah saw mengutamakan keselamatan golongan kecil dari orang-orang beriman dan teraniaya ini, dengan jalan menyuruh mereka berhijrah ke Habsyi, dan beliau siap menghadapi bahaya seorang diri, maka Utsman bin Mazh’un terpilih sebagai pemimpin rombongan pertama dari muhajirin ini. Dengan membawa puteranya yang bemama Saib, dihadapkannya muka dan dilangkahkannya kaki ke suatu negeri yang jauh, menghindar dari tiap daya musuh Allah Abu Jahal, dan kebuasan orang Quraisy serta kekejaman siksa mereka ….
Dan sebagaimana muhajirin ke Habsyi lainnyaa pada kedua hijrah tersebut, yakni yang pertama dan yang kedua, maka tekad dan kemauan Utsman untuk berpegang teguh pada Agama Islam kian bertambah besar.
Memang, kedua hijrah ke Habsyi itu telah menampilkan corak perjuangan tersendiri yang mantap dalam sejarah ummat Islam.  Orang-orang yang beriman dan mengakui kebenaran Rasulullah saw serta mengikuti Nur Ilahi yang diturunkan kepada beliau, telah merasa muak terhadap pemujaan berhala dengan segala kesesatan dan kebodohannya. Dalam diri mereka masing-masing telah tertanam fithrah yang benar yang tidak bersedia lagi menyembah patung-patung yang dipahat dari batu atau dibentuk dari tanah liat…..!
Dan ketika mereka berada di Habsyi, di sana mereka menghadapi suatu agama yang teratur dan tersebar luas, mempunyai gereja-gereja, rahib-rahib serta pendeta-pendeta. Serta agama itu jauh dari agama berhala yang telah mereka kenal di negeri mereka, begitu juga cara penyembahan patung-patung dengan bentuknya yang tidak asing lagi serta dengan upacara-upacara ibadat yang biasa mereka saksikan di kampung halaman mereka. Dan tentulah pula orang-orang gereja di negeri Habsyi itu telah berusaha sekuat daya untuk menarik orang-orang muhajirin ke dalam agama mereka, dan meyakinkan kebenaran agama Masehi.
Tetapi semua yang kita sebutkan tadi mendorong Kaum Muhajirin berketetapan hati dan tidak beranjak dari kecintaan mereka yang mendalam terhadap Islam dan terhadap Muhammad Rasulullah saw. …. Dengan hati rindu dan gelisah mereka menunggu suatu saat yang telah dekat, untuk dapat pulang ke kampung halaman tercinta, untuk ber’ibadat kepada Allah yang Maha Esa dan berdiri di belakang Nabi Besar, baik dalam mesjid di waktu damai, maupun di medan tempur di saat mempertahankan diri dari ancaman kaum musyrikin ….
Demikianlah Kaum Muhajirin tinggal di Habsyi dalam keadaan aman dan tenteram, termasuk di antaranya Utsman bin Mazh’un yang dalam perantauannya itu tidak dapat melupakan rencana-rencana jahat saudara sepupunya Umayah bin Khalaf dan bencana siksa yang ditimpakan atas dirinya.
Maka dihiburlah dirinya dengan menggubah sya’ir yang berisikan sindiran dan peringatan terhadap saudaranya itu, katanya:
“Kamu melengkapi panah dengan bulu-bulunya
Kamu runcing ia setajam-tajamnya
Kamu perangi orang-orang yang suci lagi mulia
Kamu celahan orang-orang yang berwibawa
Ingatlah nanti saat bahaya datang menimpa
Perbuatanmu akan mendapat balasan dari rakyatielata’:
Dan tatkala orang-orang muhajirin di tempat mereka hijrah itu  beribadat  kepada  Allah  dengan  tekun serta mempelajari ayat-ayat al-quran yang ada pada mereka, dan walaupun dalam perantauan tapi memiliki jiwa yang hidup dan bergejolak…, tiba-tiba sampailah berita kepada mereka bahwa orang-orang Quraisy telah menganut Islam, dan mengikuti Rasulullah bersujud kepada Allah ….
Maka bangkitlah orang-orang muhajirin mengemasi barang-barang mereka, dan bagaikan terbang mereka berangkat ke Mekah, dibawa oleh kerinduan dan didorong cinta pada kampung halaman. Tetapi baru saja mereka sampai di dekat kota, ternyatalah berita tentang masuk Islamnya orang-orang Quraisy itu hanyalah dusta belaka.
Ketika itu mereka merasa amat terpukul karena telah berlaku ceroboh dan tergesa-gesa. Tetapi betapa mereka akan kembali, padahal kota Mekah telah berada di hadapan mereka…?
Dalam pada itu orang-orang musyrik di kota Mekah telah mendengar datangnya buronan yang telah lama mereka kejar-kejar dan pasang perangkap untuk menangkapnya. Dan sekarang …, datanglah sudah saat mereka, dan nasib telah membawa mereka ke tempat ini…. !
Perlindungan, ketika itu merupakan suatu tradisi di antara tradisi-tradisi Arab yang memiliki kekudusan dan dihormati.
Sekiranya ada seorang yang lemah yang beruntung masuk dalam perlindungan salah seorang pemuka Quraisy, maka ia akan berada dalam suatu pertahanan yang kokoh, hingga darahnya tak boleh ditumpahkan dan keamanan dirinya dan perlu dikhawatirkan.
Sebenarya orang-orang yang mencari perlindungan itu tidaklah sama kemampuan mereka untuk mendapatkannya. Itulah sebabnya hanya sebagian kecil saja yang berhasil, termasuk di antaranya Utsman bin Mazh’un yang berada dalam perlindungan Walid bin Mughirah. Ia masuk ke dalam kota Mekah dalam keadaan aman dan tenteram, dan menyeberangi jalan serta gang-gangnya, menghadiri tempat-tempat pertemuan tanpa khawatir akan kedhaliman dan marabahaya ….
Tetapi Ibnu Mazh’un, laki-iaki yang ditempa al-Quran dan dididik oleh Muhammad saw. ini memperhatikan keadaan sekelilingya. Dilihatnya saudara-saudara sesama Muslimin, yakni golongan faqir miskin dan orang-orang yang tidak berdaya, tiada mendapatkan perlindungan dan tidak mendapatkan orang yang sedia melindungi mereka….
Dilihatnya mereka diterkam bahaya dari segala jurusan, dikejar kedhaliman dari setiap jalan. Sementara is sendiri aman tenteram, terhindar dari gangguan bangsanya. Maka ruhnya yang biasa bebas itu berontak, dan perasaannya yang mulai bergejolak, dan menyesallah ia atas tindakan yang telah diambilnya.
Utsman keluar dari rumah dengan niat yang bulat’ dan tekad yang pasti hendak menanggalkan perlindungan yang dipikul Walid. Selama itu perlindungan tersebut telah menjadi penghalang baginya untuk dapat menikmati derita dijalan Allah dan kehormatan senasib sepenanggungan bersama saudaranya Kaum Muslimin. Kaum Muslimin merupakan tunas-tunas dunia beriman dan generasi alam baru yang esok pagi akan terpancar cahaya keseluruh penjuru, cahaya keimanan dan ketauhidan…..
Maka marilah kita dengar cerita dari saksi mata yang melukiskan bagi kita peristiwa yang telah terjadi, katanya
“Ketika Utsman bin Mazh’un menyaksikan penderitaan yang dialami oleh para sahabat Rasulullah SAW, sementara ia sendiri pulang pergi dengan aman dan tenteram disebabkan perlindungan Walid bin Mughirah, katanya: ‘Demi Allah, sesungguhnya mondar-mandirku dalam keadaan aman disebabkan perlindungan seorang tokoh golongan musyrik, sedang teman-teman sejawat dan kawan-kawan seagama menderita adzab dan siksa yang tidak kualami, merupakan suatu kerugian besar bagiku…..!
Lalu ia pergi mendapatkan Walid bin Mughirah, katanya: “Wahai Abu Abdi Syams, cukuplah sudah perlindungan anda….”
“Kenapa wahai keponakanku…?” ujar Walid, mungkin ada salah seorang anak buahku yang menggangumu…?”
‘Tidak”, ujar Utsman, “hanya saya ingin berlindung kepada Allah, dan tak suka lagi kepada lain-Nya…..!” Karenanya pergilah anda ke mesjid serta umumkanlah maksudku ini secara terbuka seperti anda dahulu mengumumkan perlindungan terhadap diriku!”
lalu pergilah mereka berdua ke mesjid, maka kata Walid: “Utsman ini datang untuk mengembalikan kepadaku jaminan perlindungan terhadap dirinya”.
Ulas Utsman: “Begitulah kiranya apa yang dikatakan itu…., ternyata ia seorang yang memegang teguh janjinya……,hanya keinginan saya agar tidak lagi mencari perlindungan kecuali kepada Allah Ta’ala .. .!”
Setelah itu Utsman pun berlalu, sedang di salah satu gedung pertemuan kaum Quraisy, Lubaid bin Rabi’ah menggubah sebuah sya’ir dan melagukannya di hadapan mereka, hingga Utsman jadi tertarik karenanya dan ikut duduk bersama mereka.
Kata Lubaid:
“Ingatlah bahwa apa juga yang terdapat di bawah:kolong ini selain daripada Allah adalah hampa!”
“Benar ucapan anda itu”, kata Utsman menanggapinya.
Kata Lubaid lagi:
“Dan semua kesenangan, tak dapat tiada lenyap dan sirna!”
“Itu dusta!”, kata Utsman, “karena kesenangan surga takkanlenyap.. .”.
Kata Lubaid: “Hai orang-orang Quraisy! Demi Allah, tak pernah aku sebagai teman duduk kalian disakiti orang selama ini. Bagai mana sikap kalian kalau ini terjadi?”
Maka berkatalah salah seorang di antara mereka: “Si toloI ini telah meninggalkan agama kita .. .! Jadi tak usah digubris apa ucapannya!”
Utsman membalas ucapannya itu hingga di antara mereka tejadi pertengkaran. Orang itu tiba-tiba bangkit mendekati Utsman lalu meninjunya hingga tepat mengenai matanya, sementara Walid bin Mughirah masih berada di dekat itu dan menyaksikan apa yang terjadi. Maka katanya kepada Utsman: “Wahai keponakanku, jika matamu kebal terhadap bahaya yang menimpa, maka sungguh, benteng perlindunganmu amat tangguh …!’
Ujar Utsman: “Tidak, bahkan mataku yang sehat ini amat membutuhkan pula pukulan yang telah dialami saudaranya di jalan Allah .. .! Dan sungguh wahai Abu Abdi Syamas, saya berada dalam perlindungan Allah yang lebih kuat dan lebih mampu daripadamu!”
“Ayuhlah Utsman”, kata Walid pula, “jika kamu ingin, kembalilah masuk ke dalam perlindunganku …!”
“Terima kasih …!” ujar Ibnu Mazh’un menolak tawaran itu.
Ibnu Mazh’un meninggalkan tempat itu, tempat terjadinya peristiwa tersebut dengan mata yang pedih dan kesakitan, tetapi jiwanya yang besar memancarkan keteguhan hati dan kesejahteraan serta penuh harapan….
Di tengah jalan menuju rumahnya dengan gembira ia mendendangkan pantun ini:
“Andaikata dalam mencapai ridla Ilahi
Mata.ku ditinju tangan jahil orang mulhidi
Maka Yang Maha Rahman telah menyediakan imbalannya
Karena siapa yang diridlai-Nya pasti berbahagia
Hai ummat, walau menurut katamu daku ini sesat
Daku ‘kan tetap dalam Agama Rasul, Muhammad
Dan tujuanku tiada lain hanyalah Allah dan Agama yang haq
Waiaupun lawan berbuat aniaya dan semena-mena”.
Demikian Utsman bin Mazh’un memberikan contoh dan teladan utama yang memang layak dan sewajamya….
Dan demikianlah pula lembaran kehidupan ini menyaksikan suatu pribadi utama yang telah menyemarakkan wujud ini dengan harum semerbak disebabkan pendiriannya yang luar biasa dan kata-kata bersa;irapnya yang abadi dan mempesona:
“Demi Allah, sesungguhnya sebelah mataku yang sehat ini amat membutuhkan pukulan yang telah dialami saudaranya di jalan Allah …! Dan sungguh, saat ini saya berada dalam perlindungan Allah yang lebih kuat dan lebih mampu daripadamu.. .!”
Dan setelah dikembalikannya perlindungan kepada Walid, maka Utsman menemui siksaan dari orang-orang Quraisy. Tetapi dengan itu ia tidak merana, sebaliknya bahagia, sungguh-sungguh bahagia.. .!
Siksaan itu tak ubahnya bagai api yang menyebabkan keimanannya menjadi matang dan bertambah murni ….
Demikianlah, ia maju ke depan bersama saudara-saudara yang beriman, tidak gentar oleh ancaman, dan tidak mundur oleh bahaya
Utsman melakukan hijrah pula ke Madinah, hingga tidak diusik lagi oleh Abu Lahab, Umayah,’Utbah atau oleh gembong-gembong lainnya yang telah sekian lama menyebabkan mereka tak dapat menidurkan mata di malam hari, dan bergerak bebas di siang hari.
Ia berangkat ke Madinah bersama rombongan shahabat-shahabat utama yang dengan keteguhan dan ketabahan hati mereka telah lulus dalam ujian yang telah mencapai puncak
kesulitan dan kesukarannya, dan dari pintu gerbang yang luas dari kota itu nanti mereka akan melanjutkan pengembaraan ke seluruh pelosok bumi, membawa dan mengibarkan panji-panji Ilahi, serta menyampaikan berita gembira dengan kalimat-kalimat dan ayat-ayat petunjuk-Nya ….
Dan di kota hijrah Madinah al-Munawwarah itu tersingkaplah kepribadian yang sebenamya dari Utsman bin Mazh’un, tak ubah bagai batu permata yang telah diasah, dan ternyatalah kebesaran jiwanya yang istimewa. Kiranya ia seorang ahli ibadah, seorang zahid, yang mengkhususkan diri dalam beribadah dan mendekatkan diri kepada Ilahi ….
Dan ternyata bahwa ia adalah orang suci dan mulia lagi bijaksana, yang tidak mengurung diri untuk tidak menjauhi kehidupan duniawi, tetapi orang suci luar biasa yang mengisi kehidupannya dengan amal dan karya serta jihad dan berjuang di jalan Allah ….
Memang, ia adalah seorang rahib di larut malam, dan orang berkuda di waktu siang, bahkan ia adalah seorang rahib baik di waktu siang maupun di waktu malam, dan di samping itu sekaligus juga orang berkuda yang berjuang siang dan malam … !
Dan jika para shahabat Rasulullah saw. apalagi di kala itu, semua bejiwa zuhud dan gemar beribadat, tetapi Ibnu Mazh’un memiliki ciri-ciri khash …. Dalam zuhud dan ibadatnya ia amat tekun dan mencapai puncak tertinggi, hingga corak kehidupannya, baik siang maupun malam dialihkannya menjadi shalat yang teuus-menerus dan tasbih yang tiada henti-hentinya.
Rupanya ia setelah merasakan manisnya keasyikan beribadat itu, ia pun bermaksud hendak memutuskan hubungan dengan segala kesenangan dan kemewahan dunia.
Ia tak hendak memakai pakaian kecuali yang kasar, dan tak hendak makan makanan selain yang amat bersahaja.
Pada suatu hari ia masuk masjid, dengan pakaian usang yang telah sobek-sobek yang ditambalnya dengan kulit unta, sementara Rasulullah sedang duduk-duduk bersama para shahabatnya.
Hati Rasulullah pun bagaikan disayat melihat itu, begitu juga para shahabat, air mata mereka mengalir karenanya. Maka tanya Rasulullah saw. kepada mereka:
“Bagaimana pendapat kalian, bila kalian punya pakaian satu stel untuk pakaian pagi dan sore hari diganti dengan stelan lainnya … kemudian disiapkan di depan kalian suatu perangkat wadah makanan sebagai ganti perangkat lainnya yang telah diangkat … serta kalian dapat menutupi rumah-rumah kediaman kalian sebagaimana Ka ‘bah bertutup…”
“Kami ingin hal itu dapat terjadi, wahai Rasulullah’, ujar mereka, “hingga Kita dapat mengalami hidup ma’mur dan bahagia… !”
Maka sabda Rasulullah saw, pula: “Sesungguhnya hal itu telah terjadi … ! Keadaan kalian sekarang ini lebih baik dari keadaan kalian waktu lalu … !”
Tetapi Ibnu Mazh’un yang turut mendengar percakapan itu bertambah tekun menjalani kehidupan yang bersahaja dan menghindari sejauh-jauhnya kesenangan dunia … !
Bahkan sampai-sampai kepada menggauli isterinya ia tak hendak dan menahan diri, seandainya hal itu tidak diketahui oleh Rasulullah saw. yang segera memanggil dan menyampaikan kepadanya:
“Sesungguhnya keluargamu itu mempunyai hak atas dirimu….!”
Ibnu Maz·h’un amat disayangi oleh Rasu!uilah saw. ….
Dan tatkala ruhnya yang suci itu berkemas-kemas hendak berangkat, hingga dengan demikian ia merupakan orang muhajirin  pertama  yang  wafat  di  Madinah,  dan yang mula-mula merintis jalan menuju surga, maka Rasulullah saw berada di sisinya.
Rasulullah  saw.  membungkuk  menciumi  kening  Ibnu Mazh’un serta membasahi kedua pipinya dengan air yang berderai dari kedua mata beliau yang diliputi santun dan duka cita hingga di saat kematiannya. Wajah Utsman tampak bersinar gilang-gemilang ….
Dan bersabdalah Rasulullah saw. melepas shahabatnya yang tercinta itu:
“Semoga Allah memberimu rahmat, wahai Abu Saib ….
Kamu pergi meninggalkan dunia, tak satu keuntunganpun yang kamu peroleh daripadanya, serta tak satu kerugian pun yang dideritanya daripadamu.”
Dan sepeninggal shahabatnya, Rasulullah yang amat penyantun itu tidak pernah melupakannya, selalu ingat dan memujinya …. Bahkan untuk melepas puteri beliau Rukayah, Yakni ketika nyawanya hendak melayang, adalah kata-kata berikut:
“Pergilah susul pendahulu hita yang pilihan. Utsman bin Mazh’un …!”