Kedatangan bulan Sya’ban setiap tahun membawa bermacam kebaikan, keberkatan, kerahmatan dan kenangan yang sangat kita perlukan pada hari ini. Oleh itu bulan ini mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Rasul saw lantaran kelebihan bulan ini. Selain mengandungi malam Nisfu Sya’ban, bulan ini juga keseluruhannya adalah istimewa berbanding bulan-bulan lain. Rasulullah saw sangat meraikan bulan Sya’ban selepas bulan Ramadan yang tidak sama seperti baginda meraikan bulan-bulan yang lain.
Bulan Sya’ban adalah bulan di mana amalan hamba diangkat kepada Allah swt, bulan di mana Allah merahmati orang yang memohon kerahmatan dan mengampuni dosa orang yang memohon keampunan. Inilah bulan di mana Allah membebaskan sejumlah hamba daripada api neraka dalam jumlah yang tidak terhitung (yang hanya diketahui oleh Allah).
Usamah bin Zaid melaporkan bahawa nabi saw telah ditanya oleh seorang sahabat: “Ya Rasulullah! Aku tidak melihat engkau banyak berpuasa pada bulan-bulan lain kecuali bulan Sya’ban. Lalu nabi saw menjawab: “Inilah bulan ramai orang yang melupainya yang berada di antara bulan Rejab dan Ramadan. Iaitu bulan yang diangkat amalan manusia kepada Allah. Oleh itu aku amat suka jika amalku diangkat kepada Allah ketika aku sedang berpuasa". (Nasa’i)
Dari Aisyah r.a berkata:
“Tiadalah bulan yang banyak Rasulullah berpuasa melainkan bulan Sya’ban”. (Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)
Daripada Aisyah r.a berkata: Rasul saw telah bangun pada satu malam. Lalu baginda menunaikan solat dan sujud. Nabi telah sujud dengan begitu lama sehingga aku menyangka bahawa baginda telah mati. Bila aku lihat demikian aku segera bangun dan mengerakkan jari-jemarinya. Lalu jarinya bergerak-gerak (tanda masih bernyawa). Aku kembali ke tempat tidur dan aku terdengar baginda berkata-kata dalam sujudnya: “Ya Allah, aku berlindung daripada kemurkaanMu dengan mendapat keredaanMu, aku berlindung dari balasan siksaanMu dengan memperolehi keselamatanMu, aku berlindung denganMu yang memiliki semulia-mulia pujian yang tidak mampu dihitung untukMu sebagaimana aku panjatkan setinggi-tinggi pujian ke atasMu”. Selepas baginda memberi salam, baginda berkata kepadaku: Wahai Aisyah, adakah kamu menyangka bahawa rasul saw telah musnah (mati)?”. Aku katakan: “Tidak, demi Allah ya Rasulullah. Tetapi aku menyangka kamu telah mati (lantaran terlalu lama sujud dan tidak bergerak). Lalu nabi bersabda: “Adakah kamu tahu apakah malam ini?”. Aku menjawab: “Allah dan rasulNya lebih mengetahui”. Rasul bersabda: “Inilah malam Nisfu Sya’ban, yang Allah kurniakan kepada hambaNya, Allah berfirman: “Ketahuilah, orang yang memohon keampunan pastilah Aku ampuni dosanya, orang yang meminta sesuatu pastilah Aku berikannya, orang yang berdoa pastilah Aku perkenannya dan para pendengki dilambatkan kejahatanyan seperti yang diinginkan”. (Baihaqi dengan sanad yang baik)
Selain bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, bulan Sya’ban jugaterkandung keberkatan seperti yang telah disebutkan oleh nabi saw bahawa bulan ini ramai orang yang melupakan tentang kelebihannya. Justeru dengan rahmat Allah telah menjadikan bulan Sya’ban turut mempunyai kelebihan dan fadilat yang tertentu. Oleh itu bagi hamba yang beriman sewajarnya berlumba-lumba mendapatkan keampunan dan pemeliharaan Allah di bulan ini. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana ramai orang yang lupa dan leka tentangnya. Golongan manusia seperti ini diseru supaya kembali menyedari tentang kelebihan bulan Sya’ban dan memperbaharui cita-cita serta kembali ke pangkuan Allah supaya memperolehi rahmat dan keampuannya. Moga dengan rahmat Allah itu segala dosa diampunkan dan kelak dibebaskan daripada siksaan api neraka.
Beberapa amalan yang digalakkan di bulan Sya’ban
1.Puasa
Bulan Sya’ban adalah bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa.
Dari Aisyah r.a berkata:
Dari Aisyah r.a berkata:
“Bulan yang paling disukai oleh rasul saw untuk berpuasa ialah bulan Sya’ban yang menghubungkannya dengan bulan Ramadan”. (Abu Daud yang disahihkan oleh Al-Bani)
Dari Aisyah r.a berkata:
“Rasulullah berpuasa hingga aku katakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka hingga aku katakan tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat rasul saw berpuasa penuh melainkan pada bulan Ramadan. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak pada bulan selain dari bulan Sya’ban”. (Bukhari dan Muslim)
Sekumpulan para ulamak seperti Ibn Mubarak dan lainnya menegaskan bahawa nabi saw tidak pernah menyempurnakan puasa di bulan Sya’ban. Baginda hanya banyak berpuasa sahaja.
Hal ini diperkuatkan oleh satu riwayat daripada Aisyah r.a, katanya:
Hal ini diperkuatkan oleh satu riwayat daripada Aisyah r.a, katanya:
“Kami tidak mengetahui bahawa baginda saw berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim).
Riwayat dari Aisyah r.a:
Menurut Ibn Abbas: “Rasulullah tidak pernah berpuasa penuh selain Ramadan”. Malah Ibn Abbas menghukum makruh perbuatan berpuasa penuh selain bulan Ramadan.
“Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa penuh sejak tiba di Madinah melainkan pada bulan Ramadan”. (Muslim)
Puasa pada umumnya mempunyai kelebihan yang besar dan balasan yang agung.
Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata: Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
Dari Abu Said al-Khudri r.a berkata: Nabi saw telah bersabda (bermaksud):
“Tidaklah seorang hamba berpuasa pada hari perang Fi Sabilillah melainkan Allah akan menjauhkan mukanya pada hari itu daripada api neraka perjalanan 70 tahun”. (Muttafaq Alaih)
Dari Abdullah bin Amru r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Puasa dan Al-Qur’an kedua-duanya akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari Kiamat. Berkatalah puasa: “Ya Allah, aku telah melarangnya dari makan dan menuruti syahwat pada siang hari, maka berilah syafaatku kepadanya. Lalu Al-Qur’an berkata pula: “Ya Allah, aku telah melarangnya tidur diwaktu malam (untuk bertilawah), maka berilah syafaatku kepadanya”. Dengan itu Allah memberikan syafaat keduanya untuk hamba itu”. (Ahmad)
Begitu juga di antara kebaikan berpuasa di bulan Sya’ban adalah sebagai latihan untuk berpuasa di bulan Ramadan, supaya apabila masuk ke bulan Ramadan nanti tidak lagi merasa susah atau berat, tambahan pula puasa di bulan Sya’ban sebagai latihan dan persiapan supaya masuk ke bulan Ramadan nanti dengan penuh kekuatan dan kecergasan.
2. Menjaga solat lima waktu secara berjamaah
Terdapat beberapa hadith yang menyebut tentang kelebihan menjaga solat berjamaah dan ancaman orang yang meninggalkannya padahal ia berkemampuan melaksanakannya.
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasul saw telah bersabda (bermaksud);
Dari Ibn Umar r.a bahawa Rasul saw telah bersabda (bermaksud);
“Solat berjamaah lebih utama daripada solat berseorang sebanyak 27 darjat”. (Muttafaq Alaih)
Dari Abu Musa ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda (bermaksud):
“Orang yang paling besar pahalanya dalam solat adalah orang yang paling jauh perjalanan kakinya dan yang lebih jauh lagi dan orang yang menanti solat sebelum ia solat berjamaah bersama imam akan mendapat pahala yang lebih besar dari orang yang solat kemudian tidur.(Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a: Bahwa Rasulullah saw. kehilangan beberapa orang sahabatnya dalam salat. Beliau bersabda (bermaksud):
"Sesungguhnya aku bermaksud menyuruh seseorang solat mengimami sahabat lainnya dan aku akan pergi menyusul beberapa orang yang enggan solat berjamaah. Aku menyuruh mereka untuk membakar rumahnya dengan kayu bakar. Bila salah seorang di antara mereka mengetahui bahwa ia akan mendapatkan selonggok daging yang gempal maka ia akan menghadiri salat Isyak berjamaah. (Muslim)
Semua hadith ini menunjukkan penegasan tentang perintah solat berjamaah dan keringanan bagi yang menghadapi kesukaran menghadirinya.
3. Membaca al-Qur’an, mengkhatam, menghafaz dan mengulangkajinya
Amalan ini adalah sebesar-besar pintu kebaikan kerana di dalamnya terkandung keutamaan dan pahala yang besar di sisi Allah.
Dari Ibn Mas’ud r.a berkata (bermaksud):
Dari Ibn Mas’ud r.a berkata (bermaksud):
“Rasulullah saw telah bersabda: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an dia memperolehi satu hasanah, satu hasanah menyamai sepuluh pahala. Aku tidak katakan alif, lam dan mim satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf”. (Tirmizi. Menurutnya hadith ini hasan sahih)
Bulan Sya’ban menjadi mukadimah atau pengenalan kepada bulan Ramadan, dengan sebab itu amalan yang utama di bulan Ramadan juga utama pada bulan Sya’ban seperti puasa, membaca al-quran dan bersedekah. Menurut Salamah bin Suhail: Ada pendapat mengatakan bulan Sya’ban adalah bulan membaca al-Qur’an. Habib bin Abi Thabit apabila memasuki bulan Sya’ban beliau berkata: Ini adalah bulan membaca al-Qur’an. Amru bin Qis al-Mulaiy apabila memasuki bulan Sya’ban beliau akan menutup ruang-ruang masa dan sibuk dengan membaca al-Qur’an.
4. Berdoa kepada kiblat orang Islam yang pertama
Di dalam Sya’ban adalah bulan berlaku pertukaran kiblat orang Islam daripada Masjid Aqsa ke Masjidil Haram. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Sungguh kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, Maka sungguh kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya." (Al-Baqarah: 144)
Kita saksikan apa yang berlaku ke atas Masjidil Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam yang wajar kita renung dan berikan perhatian sepenuhnya. Apakah yang patut kita lakukan? Setidak-tidaknya kita berdoa supaya Allah mengembalikan Masjid Aqsa ke pangkuan kita dan membebaskannya daripada cengkaman Yahudi perampas.
5. Menghidupkan qiamullail
Kebanyakan orang Islam tidak memberi perhatian kepada qiamullail selain bulan Ramadan. Orang yang hanya memberi perhatian di bulan Ramadan akan merasa sukar untuk mendirikan qiamullail kerana selama ini tidak menghidupkannya selain bulan Ramadan. Bila tiba bulan Ramadan secara mengejut mendirikan solat malam tentu merasa berat dan sukar untuk menjaganya. Jikalau tubuh kita kerap menghidupkan malam sebelum Ramadan dan sepanjang tahun dengan solat tahajud di waktu malam tentu kita tidak merasai susah atau berat mendirikannya di bulan Ramadan. Contohnya orang yang memberi perhatian dengan menjaga solat malam sebelum Ramadan sekurang-kurangnya solat dua rakaat pada tengah malam, ataupun solat selepas isya’ atau sebelum tidur.
Dari Qasim bin Muhamad dari Aisyah r.a berkata: Rasulullah saw bersabda (bermaksud):
“Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah yang berterusan walaupun sedikit”. (Muslim)
6. Menghubungkan silaturrahim
Sepertimana yang telah disebutkan di dalam hadith bahawa bulan Sya’ban ialah bulan amalan hamba diangkat dan dipersembahkan kepada Allah. Nabi saw menyukai sekiranya ketika amalannya diangkat kepada Allah baginda sedang berada di dalam ketaatan. Inilah yang sewajarnya diperhatikan oleh umat Islam di bulan Sya’ban ini supaya orang muslim berusaha menjadi sebaik-baik ketaatan ketika amalan diangkat dihadapan Allah. Ini mendorong Allah akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan dan keampunan sekalipun amalan yang dipersembahkan itu ada kekurangan.
Tidak diragui bahawa menghubungkan silaturrahim dan meredakan permusuhan adalah sebesar-besar ketaatan yang dituntut khasnya di bulan yang mulia ini yang mempunyai keutamaan yang besar.
Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.) Menurutnya ini hadith sahih.
Saudara yang dimuliakan, cukuplah kita mengetahui tentang bahaya permusuhan, iri hati, dengki dan benci-membenci sesama orang Islam.
Di dalam hadith dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
Di dalam hadith dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud):
“Pintu syurga dibuka pada hari isnin dan khamis, lalu diampunkan dosa hamba yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, kecuali lelaki yang saling bermusuh antara satu sama lain. Maka dikatakan; lihatlah kepada kedua mereka sehingga mereka berbaik semula, lihatlah kedua mereka ini sehingga berbaik semula dan lihatlah kedua mereka sehingga berbaik semula”.(Muslim)
Hadith ini menjelaskan bahawa keampunan terhadap dosa pada waktu amalan diangkat kepada Allah terpaksa dilewatkan lantaran rosak hubungan silaturrahim, berlaku permusuhan, kedengkian dan kebencian. Bulan Sya’ban adalah bulan amalan sunat diangkat kepada Allah. Justeru seorang muslim hendaklah menjauhkan sesuatu perbuatan yang menyebabkan amalan terlewat daripada diangkat, iaitu permusuhan dan kebencian yang dilewatkan daripada memperolehi keampunan Allah kerana dosa-dosa tersebut.
Kita menyambut kedatangan bulan Sya’ban dengan sambutan yang sebaiknya dengan memenuhi dada dengan kasih sayang dan berbaik dengan semua orang.
Oleh itu, jadikanlah bulan Sya’ban ini sebagai peluang dan permulaan untuk memulihkan hubungan yang rosak antara kita dengan orang lain.
http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=67733&SecID=363