Tuesday 31 July 2012

Andai Engkau Tahu Ini Ramadan Terakhir Bagimu...

Andai engkau tahu ini Ramadhan terakhir bagimu,
Pastilah engkau bersimpuh selalu mengingat nama-Nya,
Menyanyikan bait cinta kasih dan pujia-pujian untuk-Nya...

Andai engkau tahu ini Ramadhan terakhir bagimu,
Pastilah engkau mengingat-Nya setiap saat,
Engkau rapikan sholatmu menjadi ala waktiha,
Tidak seperti selama ini yang hanya fi waktiha,
Atau bahkan terlalu sering engkau lupakan,
Solatmu pastilah menjadi sangat berkualiti,
Khusu’, tawadhu’ sebagaimana seorang hamba,
Saat memohon sesuatu kepada Tuannya,
Merenungi akan sumpah yang terus saja engkau ingkari,
Ingatkah janjimu,
Bahwa sholatmu, ibadahmu, hidup dan matimu,
Hanya engkau serahkan kepada-Nya...

Andai engkau tahu ini Ramadhan terakhir bagimu
Pastilah rumahmu akan engkau hiasa dengan amal sholeh
Engkau tak akan melepas sedetikpun tanpa melantunkan firman-firman-Nya
Siang, malam senantiasa mengabdi pada-Nya
Saat siang tiba,
Engkau singkap lebih banyak waktu di antara urusan duniamu
Untuk menyatakn cintamu kepada-Nya
Saat malam tiba,
Qiyamu lail menjadi akrab bagimu...

Andai engkau tahu ini Ramadhan terakhir bagimu
Pastilah engkau kenang kembali dosa-dosamu
Durhaka kepada ayah bunda karena telah melupakan mereka
Menangis karena tak sempat berziarah menabur doa untuk mereka
Air mata membanjir dari matamu
Membasahi hatimu yang penuh dosa dan nista

Andai engkau tahu ini Ramadhan terakhir bagimu
Pastilah engkau akan bercucuran iar mata
Mengharap, memohon untuk bertemu Ramadhan berikutnya
Dengan nikmat yang telah engkau rasakan...

Nukilan: Cermin Sebuah Hati


Latihlah Sementara Sempat

Lebih seminggu kita berada dalam Ramadhan. Dan hari-hari didalam Ramadhan pasti paling kurang, akan mengajar kita satu daripada seribu hikmah yang boleh kita manfaatkan untuk hari-hari yang akan datang.

Seperti itulah juga saya. Hari-hari bangun awal pagi sebelum subuh untuk bersahur. Memang tekad untuk tidak tinggalkan sahur kali ini. Takkan untuk makan yang sudah dijanjikan padanya barakah pun masih liat?

“Makan sahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalam sahur itu terdapat keberkahan”. (muttafaqun alaih)

Sedar tak sedar, bangun sahur diawal pagi menjadi latihan buat umat Islam untuk bangun sebelum subuh. Kerana bangun diakhir malam itu mengandungi manfaat yang tidak dapat kita bayangkan.

Abu Hurairah menceritakan ketika beliau mendegar Rasulullah bersabda, “Tuhan kami (Allah) Tabaraka wa Ta’ala pada setiap malam Turun ke langit dunia, yakni pada baki terakhir satu pertiga malam. Maka Allah berfirman: “Siapakah yang sedang berdoa kepada Aku supaya dapat Aku menjawabnya dan siapakah yang sedang meminta daripada Aku supaya Aku dapat mengabulkannya dan siapakah yang sedang meminta ampun daripada Aku supaya dapat Aku ampuni dia ?” [HR Bukhari Muslim]

Ya, tersangatlah besar manfaat bila seorang hamba bangun diakhir malam itu. Masakan tidak, bila Allah sendiri memujuk hambanya untuk bangun. Walaupun sesedikit yang termampu.

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil". [Surah Muzzammil: 1-4]

Tentu sahaja kita akan beralasan sukar untuk bangun bukan. Dari itu, Allah memberi ganjaran yang besar kepada hambanya yang bersahur didalam Ramadhan. Bukankah ia melatih seorang hamba untuk bangun awal?

Ramadhan boleh saja menjadi medan latihan buat kita. Asalkan kita bersedia untuk melatih diri. Datangnya Ramadhan bukanlah kebetulan. Tetapi ianya adalah hadiah buat seorang hamba yang Allah cintai. Tinggal sekarang, mahu tak kita letakkan diri sebagai hamba yang Allah cintai.

Seperti itulah Allah meletakkan pekerjaan sebagai pengembala kambing kepada Baginda Rasulullah saw sewaktu baginda masih muda. Adakah menjadi pengembala itu sesuatu yang kebetulan? Ataupun sesuatu perkara biasa? Saya tak rasa begitu (betulkan kalau salah). Baginda mengambil upah menjadi pengembala kambing bagi keluarga Bani Saad. Bukan di Mekah City Centre iaitu dekat dengan Kaabah. Tapi di suburb Mekah. Saya lihat Rasulullah sejak dari kecil dilatih untuk menjaga dan mengawal makhluk Allah yang hidup. Kambing. Adakalanya lari dari kumpulan. Adakalanya degil tidak mahu berjalan. Menjaga dan mengawal kambing tidak semudah hari ini. Ada kawasan yang dipagarinya.

Teringat saya pada suatu kisah. Ketika Umar menjadi Amirul Mukminin. Pada suatu hari, Utsman terlihat Umar berlari-lari ditengah padang pasir. Lalu Utsman bertanya sebab Umar berlari-lari itu. Umar menjawab, kerana unta zakat miliknya telah lari dari kawanannya. Kerana takutkan tanggungjawabnya ke atas unta zakat itu, maka Umar pun berlari-larilah mengejar dan mencari.

Unta dan kambing sama ke?

Tapi dua-dua makhluk yang hidup kan? Dua-dua binatang ternakan kan? Dua-dua hidup dalam suatu kumpulan kan? Dan mustahil ke kalau ada seekor yang lari dari kumpulan? Pernah tengok cerita Ahmad Albab tak ni?



Mak cik, nak mintak bubur sikit buat bukak pose boleh cik? Bau dia perghhh

Sambung cerita Nabi tadi. Kerana mengawal dan menjaga manusia itu tentulah lebih susah dan mencabar. Lalu Allah letakkan pekerjaan mengembala kambing itu sebagai medan latihan untuk Baginda saw.

Medan latihan dibuat bukanlah untuk kita menjadi penonton kepada latihan orang lain. Tetapi latihan buat kita sendiri. Istiqamahlah ikhwah dalam latihan Ramadhan ini. Semoga ia dapat membentuk kita untuk bersedia menghadapi sebelas bulan yang mendatang.

Mahukah kita jadikan kedatangan Ramadhan ini sebagai kebetulan? Sekali lagi? Seperti tahun-tahun sebelumnya?

Pak Ngah Man
Saya seorang hamba Ar-Rahman sepenuh masa. Sebahagian kecil masa , saya gunakan untuk belajar engineering.

Sunday 29 July 2012

Sir Muhammad Iqbal

"If faith is lost, 
There is no security 
And there is no life for him 
Who does not adhere to religion."
Sir Muhammad Iqbal

Sir Muhammad Iqbal - nama tokoh yang merupakan seorang muslim yang mempunyai kelulusan serta kepakaran dalam bidang kesusasteraan (sajak etc). Beliau lebih dikenali dengan nama Allama Iqbal (Urdu: علامہ اقبال), mendapat gelaran "Sir, satu gelaran yang bukanlah calang2 (contoh lain: Sir Alex Ferguson etc), dan beliau merupakan antara pemikir islam yang terhebat yang pernah tercatat dalam sejarah.

Beliau juga merupakan antara golongan awal yang menjadi pengasas gerakan islam di Pakistan dan kepakarannya dalam bidang sastera serta falsafah digunakan sebaiknya untuk tugas penyebaran dakwah islamiyah.

Sajak - bidang penting yang kian dilupakan. Dalam zaman teknologi ini, sungguh jarang orang melibatkan diri dalam bidang sastera, sedangkan ianya merupakan profesion yang sangat terkenal suatu masa dahulu. Bidang sastera merupakan satu bidang yang sangat penting, yakni ianya digunakan untuk mempengaruhi pemikiran dan fikrah, hatta ketika peperangan, penyajak2 yang terkenal pada zaman tersebut akan disuruh untuk menaikkan semangat peperangan melalui sajak2. Namun bagi masyarakat Melayu, mungkin sajak dan pantun (atau elemen sastera lain) bukanlah sesuatu yang menaikkan semangat, bahkan menambahkan rasa mengantuk. 

Inilah satu persepsi yang harus kita ubah, dan marilah kita melibatkan diri dalam bidang sastera, mungkin sedikit, atau setidak-tidaknya kita meminati bidang ini kerana pemikir2 islam pada zaman dahulu sangat hebat dalam bidang sastera mahupun falsafah.

Koleksi sajak Sir Muhammad Iqbal boleh didapati di http://www.brainyquote.com/quotes/authors/m/muhammad_iqbal.html





"I lead no party; I follow no leader. I have given the best part of my life to careful study of Islam, its law and polity, its culture, its history and its literature." - Sir Muhammad Iqbal

Wallahu'alam, Jazakallah khayr.




Megat Ikhwan (jerzey_mk)

facebook: Megat Ikhwan
pencariantaksemudahdiduga.blogspot.com
duniabioteknologi.blogspot.com

Saturday 28 July 2012

Insignificant figure.. (amalan di bulan puasa)..

Insignificant figure atau lebih dikenali 'nombor xbermakna' (xtaw betol ker x..)

Insignificant figure ni adalah nombor2 yg terlalu kecik sperti 0.0000000000001... contoh lg senang, kalau kita ada duit satu sen, konfem ada antara kita yang main buang jer.. sape kisah..da la kecik, nak bli aper... jadi sape kisah..

cuba kita kaitkan insignificant figure ni dgn kehidupan kita. sebagai contoh, dlm khidupan kita.. kita sll membazirkan masa kita walaupn satu minit.. satu minit tu kejap jer, cm xrase pape x.. bygkan kalau kita bazirkan satu minit stiap jam, dalam satu hari kita da bazirkan 24 minit.. dlm 24 minit tu.. kita boleh buat macam2, daripada buat benda2 yang lagha.

cuba kaitkan lagi dgn perkara2 remeh yang kita buat seperti kutip sampah yang kecik.. cm tisu..(insignificant figure gk kn..).. nampak cm bnde tu remeh giler.. kalau aku buat pun cm xd beze pn..dlm pikiran kita, xkutip pn stil nmpk bersih sbb satu sampah jer.. kalau kutip pn cm xd beze..

cube anda renungkan, jika anda xkutip, mungkin.. ada org trjatuh sbb sampah tu ker.. atau mgkn sampah tu membawa pnyakit yang merbahaya.. ermm.. pikir2..

ada ag perkara yang dikatakan insignificant iaitu senyum... nampak cm bnde remeh jer snyum kalau pagi2 tu.. nampak cm kalau kita snyum or xsenyum, sama jer.. Tapi sebenarnyer tanggapan anda salah!! senyuman tu walaupn x significant.. tp, cuba bayangkn kalau pagi2 kita tengah stres, tibe2 ada org snyum kat kita.. msti ati kita sjuk sket.. kn3..

jadi niat kat dalam ati.. senyum stiap hari..

tanpa kita sedari sebenarnyer.. semua perkara2 ni.. Islam dah ajar..

Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Qur'an dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah (atom) di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).

(Surah Yunus 10:61)




lihatlah bagaimana Allah menggunakan perumpaan zarah.. 


                                                           zarah = kecik = xnampak

 Renung2kan..

sebelum melakukan sesuatu, walaupun perkara itu kecil.. fikirkan masak2.. perkara2 yang kecil ni la yang membawa perkara yang lebih besar.

p/s: maafkanlah kalau penulis menggunakan perkataan dan ayat2 yang terlalu remaja.. dan kalau ada salah dan silap, sila tegur..

Acap jai
nama ashraf.. belajar di palmy..

Friday 27 July 2012

Sinusoidal


Iman yang turun-naik ialah iman yang benar dan sahih. Tidak mungkin ia akan kekal naik, malah mustahil juga untuk ia kekal menurun.

Memanglah saya bercakap tentang iman seorang manusia yang sempurna akil balighnya dalam hal ini.

Tidaklah saya ingin bercakap tentang iman ayam goreng celup tepung cornflakes bersama nasi goreng lada hitam dihidangkan bersama taro milk tea dengan pearl yang masuk ke dalam tekak secara berdegak-degak itu, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa.

Arakian.

Pasang surut iman sering digambarkan dengan kisah Hanzalah radiallahuanhu. Hanzalah yang bimbang terhadap dirinya yang 'nampak' munafik berlari-lari mengkhabarkan derita jiwanya kepada Abu Bakar radiallahuanhu. Munafik Hanzalah hanyalah kerana beliau merasa ketinggian iman semasa bersama Nabi Muhammad s.a.w sebaliknya berasa rendah dan terumbang-ambing imannya semasa bekerja dan bersama keluarga.

Rungutan dan pendedahan itu mengocakkan pula kolam hati Abu Bakar, dijumpainya kebenaran persis yang dirasainya sekian lama. Lalu diceritakan kebimbangan tersebut kepada Nabi Muhammad s.a.w, langsung dibalasnya:

“Demi Dia yang jiwaku berada di tangan-Nya, jika kamu sentiasa berada di tahap yang sama seperti ketika mana kamu bersama denganku dan semasa mengingati Allah, nescaya Malaikat akan berjabat tangan denganmu ketika kamu berhenti rehat atau berjalan! Akan tetapi, wahai Hanzalah, ada masa untuk ini dan ada masa untuk itu (Baginda mengulang menyebutnya tiga kali)” [Hadith riwayat Muslim].



*****


Persoalan: Kamu yakin kamu beriman?

Tunjukkan, di mana iman kamu?

Mungkin orang melayu di luar sana tidak akan menanya soalan ini kepada anda. Agak aneh dan biadap untuk main 'put the donkey's tail' dengan persoalan-persoalan yang mencecah tahap transendental untuk orang kita, bimbang mendapat penampar tawar percuma. Lagipun, tiada sesiapa yang akan bertanya dalam bahasa yang terlalu baku. Gelak kecil.

Tetapi persoalan beginilah yang membawa kita benar-benar memahami keadaan iman yang turun naik ini. Jika anda berasa up up and away, kemudian down, kemudian masa yang lain tidak berasa apa-apa, anda sepatutnya mempunyai satu tempat khas untuk melihat keadaan iman anda, dan akhirnya membawa kepada kaedah rawatan yang diperlukan.

Hati.

*face palm, why haven't i thought of that*

Kisah Hanzalah, antara lain, menceritakan kepada kita bahawa hakikat iman itu terserlah dengan merasa. Nabi Muhammaad s.a.w tidaklah menjatuhkan haram aktiviti bekerja dan berlibur dengan keluarga hanya kerana ia tidak meningkatkan iman, tetapi sebaliknya menyatakan secara halusnya bahawa Hanzalah tidak merasakan imannya semasa berbuat aktiviti-aktiviti begitu.

Menurunnya iman apabila melaksanakan kerja-kerja 'bukan masjid', bukanlah bererti ianya salah dan tidak mendatangkan manfaat, tetapi jauh daripada itu, kerana keterjauhan kita daripada merasai Tuhanlah yang menyebabkan kita kecundang ke lembah perasaan bernama 'kemunafikan' itu. Dan ia menjadi satu ‘kewajipan’ untuk manusia kadang-kadang merasa jauh dari Tuhannya, kerana biarpun iman itu milik kita, acuan kita, berteleku di hati kita, hendak atau tidak, apabila iman itu berbolak-balik, ibarat kita yang terpaksa menjugglenya di atas unicycle sambil mengimbangi obor di atas kepala.

Teramat sukar.

Hatta, Rasulullah s.a.w sendiri mengiakan. Dan untuk menanganinya, lahirlah satu konsep sinusoidal (graf sin) yang amat unik. Daripada graf yang menaik dan menurun pada tahap yang sama setiap masa, periodik dan berfungsi ganjil, graf sinusoidal yang ideal ini menunjukkan trend iman kita secara keseluruhannya menaik, bangkit dan membelah kertas graf menuju infiniti. Benar ada turun-naiknya, namun pasangnya iman kita itulah yang mengatasi surutnya iman, dan kemenangan mutlak milik iman yang membanjir itu.





*****
 
Bagi para skeptis, konsep sinusoidal iman ialah eskapisme. Eskapisme kerana hakikat turun-naik sudah difahami oleh semua muslim dan meletakkan ‘kejayaan ideal sebagai iman yang keseluruhannya menancap naik’ seolah-olah terlalu memudahkan persoalan yang sebegitu kompleks. Duuh, bukan semua orang nak imannya pada tahap tertinggi bukan, soal anda dalam nada retorik.

Kelihatan kompleks, pada pendapat saya, hanyalah kerana kita tidak melihat betapa mudahnya sebenarnya iman kita untuk menaik. Ingatkah masa kecil-kecil dahulu, kita dirotan dan dipukul dan ditegur manja ala-ala harimau yang mengaum kerana tidak bersolat? Usaha kita untuk bersolat dahulu rupa-rupanya ialah akibat ‘keimanan’ takut-dirotan-dan-dijerkah, melebihi keimanan terhadap Allah itu sendiri. Dan sekarang, kita yang dewasa sepatutnya meyakini bahawasanya keimanan kita didasari kepada Allah dan tertegak dengan dalil-dalil qat’ie yang sangat mementingkan hubungan rasionalisasi dengan hati.

Lihat, inilah perubahan iman yang menancap naik itu!

Dan percayalah, semakin banyak kita mematangkan diri dengan pembacaan dan amal, memang sepatutnya iman kita akan terus diekstrapolasikan ke atas. Tidak pernah dahulu kita merasa hangatnya tangisan sewaktu solat, tidak pernah kita mencuba mentadabbur ayat-ayat suci, malah tidak pernah untuk mengetahui lebih banyak tentang sesuatu hukum fikh. Atributasinya, tidak lain tidak bukan, ialah iman yang menaik. Cumanya….

Dalam turun-naiknya iman itu, kadang-kala (bahkan selalunya!!!) kuasa jahiliyyah yang menang di atas putik-putik iman yang mahu menumbuh. Graf yang awalnya menaik, sedikit demi sedikit terpaksa mengalah kepada graviti hawa nafsu dan syaitan. Yang lebih teruk, setelah jatuh, terlalu sukar untuk kita menaiki tangga-tangga iman itu kembali. Kita merasa jauh daripada Tuhan bukan setakat di dalam aktiviti-aktiviti lagha, bahkan kesannya jauh ke dalam ‘aktiviti-aktiviti masjid’ yang semakin lama semakin menghilang fokus dan perasaan.


*****


Adakah wujud praktis yang meningkatkan iman, untuk mengalahkan graviti ini?

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal.” (Surah Rampasan Perang, 8;2)

Bermulalah dengan membanyakkan menyebut nama Allah. Usaha yang tampak fizikal dan bersifat eskapis ini ialah permulaan yang baik untuk meregangkan setiap sendi dan kulit, langsung melatihnya bergetar dengan sayunya irama iman di dalam hati.

Dan kesedaran juga penting, kerana kita perlu sentiasa meletakkan kita di plot mana pada graf iman itu. Hal ini memberi peluang untuk membuat refleksi yang mendalam, lantas menyedari yang imannya sedang di peringkat mana dan memerlukan rawatan yang bagaimana pula.

Dan Ramadan, oh Ramadan, ialah hamparan checklist yang berkesan untuk melihat sejauh mana iman kita telah ditransformasi sepanjang tahun. Adakah kita ingin mencabar diri melaksanakan ibadat-ibadat yang lebih mendekatkan kita kepada Allah pada tahun ini, ataupun perbandingan kita hanya pada permukaan Ramadan itu sahaja?

“Oh, tahun ini, insyaAllah turun lebih banyak kilo berbanding tahun lepas!!!”


Blogger Jalan Simon
blogger di tepi jalan, muslim di sepanjang jalan

Tuesday 24 July 2012

Lelaki Yang Dirindui


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi

Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi

Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita

Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh

Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul



Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih

Hijrah Ramadhan

Masihkah kita ingat, suatu senggang waktu yang dimuliakan Allah dalam setahun? Ramadhan namanya. Saban tahun kita tempuhi waktu ini.

Sejak kita sekecil kanak-kanak, dengan baju yang labuh besar, dengan pensel warna masih di tangan, berebut mainan dengan adik-beradik yang lain, waktu itu juga kita lalui Ramadhan. 

Kemudian, kita tempuhi alam persekolahan. Ada yang bersekolah di asrama. Ada yang tidak. Masing-masing punya pengalaman yang tersendiri. Masing-masing mencorak siapa kita hari ini. Ketika itu juga kita lalui Ramadhan.

Tahun berganti tahun. Dari kanak-kanak kita menjadi remaja. Kemudian melangkah alam dewasa. Menanti dihadapan ialah hari tua. Itupun sekiranya ajal belum mahu berjumpa. 

Apa makna Ramadhan sewaktu kita kanak-kanak? Mungkin sebagai countdown sebelum tiba hari raya. Mungkin itu waktu bermain bunga api atau mercun menunggu malam raya.

Sepanjang usia remaja, apakah Ramadhan itu bagi kita? Adakah suatu bulan dimana makanan yang dihidangkan di dewan makan sedap-sedap? Bazaar Ramadhan? Atau tempoh mencari baju raya? Ataupun mungkin itu waktu kita bersemangat menulis kad raya untuk kawan-kawan? Err ada lagi ke?

Ramadhan akan terus hadir. Setiap tahun. Selagi dunia masih belum sampai ke penghujungnya. Dan kita akan terus merasai Ramadhan itu selagi kita hidup didalamnya. Tetapi, apakah makna Ramadhan itu?

Seringkali kita dengar pahala dan ganjaran yang tidak putus-putus dan istimewa hanya dalam bulan ini. Seperti ayat al-Quran yang terbit dari lidah-lidah kita melalui janji Rasulullah:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitab Allah(Al-Quran), maka baginya satu kebaikan dan satu kebaikan itu akan digandakan menjadi sepuluh yang seumpamanya. Tidaklah aku mengatakan mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf , tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf"
(Riwayat At-Tarmizi )


Selanjutnya, puasa yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan itu bukanlah sebagai beban, malah sebagai medan untuk top-up amal-amal yang kita lakukan sebelas bulan sebelumnya. Begitulah Allah hadiahi hamba-hambanya dengan penuh kasih dan cinta melalui firmannya didalam Hadis Qudsi: 

"Tiap-tiap perbuatan baik, pahalanya sepuluh kali hingga tujuh ratus kali ganda selain daripada puasa. Maka puasa itu adalah bagi-Ku dan Aku yang membalasinya"
(riwayat Al-Bukhari dan Muslim oleh Abu Hurairah)


Dan banyak lagi pahala dan ganjaran Allah berikan buat hamba-hambanya yang mencari. Kerana itulah, didalam bulan ini, ramai daripada kita berlumba-lumba memperbanyakkan amalan. Masing-masing berusaha dengan upaya yang ada. Dan, boleh saya teka, anda yang sedang baca artikel ini pun, berlumba-lumba juga kan? 

“Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga, dan ditutup pintu-pintu neraka, dan diikat syaitan-syaitan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya, istimewanya bulan ini, ibadat kita tidak lagi diganggu oleh syaitonirrojim. Beruntunglah orang-orang yang mengambil peluang ini. 

Dengan ganjaran yang tidak terbayang oleh akal kita tu, dan ditambah dengan ketiadaan musuh yang utama, mengapa tidak kita ambil peluang untuk mencari jalan berhijrah? 

Jahiliyah yang membelenggu kita paling rapuh dalam bulan ini. Dan ia akan menjadi kuat semula sesudah tamatnya Ramadhan. Manfaatkanlah masa yang tinggal ini. Sayonara Jahiliyah.



Ya, inilah masanya.

Pak Ngah Man
Saya seorang hamba Ar-Rahman sepenuh masa. Sebahagian kecil masa , saya gunakan untuk belajar engineering.

Sunday 22 July 2012

Ramadhan: Mindsetting

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita berjaya sampai di bulan Ramadhan. Sungguh, tak terucap dengan kata-kata untuk menyatakan perasaan gembira dan teruja. Anda sendiri dapat merasakan 'Ruh' yang luar biasa. Adapun di bulan mulia ini, ramai orang terutamanya Muslim berbondong-bondong ke masjid, surau atau masjid bergema dek alunan ayat-ayat Al-Quran. MasyaAllah. Ada juga golongan peniaga yang sudah terbayang durian runtuh yang bakal diterima terutamanya mereka yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan.

Lazat bukan? Mungkin senario yang hampir sama di atas meja rumah kita sepanjang bulan Ramadhan. Terasa sangat nikmat bila seharian menahan lapar dan dahaga, akhirnya tekak dibasah dengan air 'honeydew' dan lidah merasa enaknya murtabak. Akhirnya, tanpa sedar, perut sarat penuh terisi. Selepas solat tarawikh, ada pula 'supper Ramadhan edition' yang nama popularnya moreh.Keadaan ini berlarutan hingga berlabuhnya tirai Ramadhan dan tiba pula hari raya yang dinantikan. Apa erti Hari Raya Aidilfitri bagi anda?Apa objektif yang kita nak capai seusai Ramadhan?



Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat suci di bawah:

Wahai orang-orang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah:183]

Jadi, ringkasnya Allah menyeru kita supaya berpuasa, dengan harapan kita bertaqwa. Perkataan 'la'allakum' itu sendiri bermaksud 'dengan harapan'. There's is hope but no guarantee that we can gain 'taqwa' as we strive for. Adakah kita melihat Ramadhan hanya bulan yang menyuruh kita berlapar dan dahaga semata-mata ataupun satu peluang yang sangat besar kurniaan Allah untuk kita melatih dan melakukan transformasi diri? Fikir sejenak. Allah SWT telah mengikat syaitan-syaitan,menutup semua pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga. Betapa kasihnya Allah dalam membantu hambaNya untuk merubah dengan mengurangkan dugaan-dugaan dengan terbelunggunya syaitan. Ramadhan seharusnya menjadi 'training ground' kita untuk berjuang untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya selepas bulan Ramadhan.

Tidak salah untuk menikmati segala jenis makanan atau lain-lain.Cuma yang silapnya bila kita meletakkan fokus ramadhan bukan pada tempatnya. Marilah kita bersama melihat Ramadhan tahun ini dari sisi yang lain.

Tiga puluh hari untuk kita mengurangkan perkara lagha
Tiga puluh hari untuk kita mujahadah untuk mengawal nafsu
Tiga puluh hari untuk biasakan diri dengan amalan kebajikan
Tiga puluh hari untuk benar-benar merasa kebersamaan atas dasar mengejar redha Allah
Tiga puluh hari untuk memenuhkan dada dengan ayat suci Al Quran
Tiga puluh hari untuk membersihkan fikrah,meluruskan kehidupan

InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat mencapai tingkat taqwa yang lebih tinggi, taqwa yang lebih harmoni sebagai objektif puasa yang dinyatakan Allah SWT menerusi ayat Al-Baqarah di atas. Jika demikian, saya,anda,dia dan mereka layak untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan senang hati, kerana kita meraikan prestasi amalan dan kehidupan di bawah lembayung Islam, bukannya kerana tamatnya sudah tempoh keletihan selama 30 hari. Keberkesanan Ramadhan pada diri kita sebenarnya dinilai pada hari-hari selepasnya. Wallahu alam. Semoga pemulisan ini menjadi peringatan yang berguna pada diri sendiri dan lain-lain.Selamat beramal! :)

Si kecil ini pun dah berlari-lari mengejar solat jemaah. Kita?hihi

Ahmad Maujud

Perasaan berTuhan

Masih ingatkah kamu, ketika bacaan dalam solatmu tiba-tiba menyebabkan seluruh bulu di tengkuk terangkat, dan perasaan 'seram-sejuk' itu tiba-tiba menyelimuti dalam beberapa saat yang dinamakan orang sebagai khusyuk? Kamu meminta sepenuh hati, namun hatimu sendiri tidak dapat menakung perasaan yang hampir pecah. Dan air mata yang disekang berderai tanpa diminta.

Cumanya, kamu cuba sembunyikan esk-esk-esk itu dengan berlakon bersin atau batuk. Bimbang mendapat persepsi salah jemaah di sekeliling. Tiada apa yang salah, fikirmu.

Ketika itu jugalah Tuhan menarik balik nikmat khusyuk itu, meninggalkan kamu bersendirian untuk dipersembahkanmu, permainan tarik tali antara ria' dengan tauhid. Nikmat khusyuk yang sekejap itu akhirnya, menjadi kutukan untuk dirimu sendiri.

"Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah, yang kamu hendak dustakan?" (55;16)

Banyak Tuhanku, terlalu banyak.

*****

Dalam keadaan semasa yang tidak memungkinkan kita selalu memikirkan Allah (alasan kita), tidak dapat tidak, nikmat berfikir dan merasai semakin lama semakin menghilang manisnya. Berapa banyak saat yang dihabiskan untuk benar-benar khusyuk, menyerahkan seluruh jiwa dan raga kita kepada Allah, tanpa ragu-ragu dan berpatah ke belakang? Kita menggelupur untuk mencari makna pada setiap perasaan, tenggelam timbul dalam lautan aktiviti jahiliah yang jauh lebih memenuhkan hati.

“Main game lagi syok kot, Kalau tak, kerja aku lonely saje”

“Kenape ye lebih mudah menangis dengan drama korea daripada solat?”

Maka jadilah kita manusia yang tergesa-gesa dengan amal ibadat, kosong pada tadabbur, dan lemau dengan ajakan kebaikan, kerana kita, ya kita, terpaksa berkejaran untuk menaiki ekspres hawa’ dan nafsu menuju destinasi ‘hati yang cukup dan seronok’. Libang-libu hati kita. Peperangan yang dahsyat antara tarikan syaitan dan iman ini akhirnya menuju konklusi yang tanpa sesiapa sedari, amat menakutkan:

Tiada lagi perasaan untuk berbuat kebaikan. Malah tiada langsung kesedaran yang kita sudah menghilangkan nikmat Allah yang utama ini, nikmat merasa!!!

Kita merasai Tuhan dengan perasaan. Perasaan pula hadir dalam julat yang pelbagai. Bergembira ketika berbuka puasa, bersedih atas kematian para sahabat, pasrah pada setiap ketentuan. Dan lebih memaknakan semua ini - ceri di atas kek - wujud kesedaran bahawasanya tangkai hati manusia itu dipegang oleh Allah, yang Allah memberi peluang untuk kita merasa.

Menyedari ini, lengkaplah putaran perasaan kita, ibarat meneguk air mineral yang dapat disahihkan kesucian puncanya. Implikasinya, menjadi lebih mudah untuk kita berdepan dengan kesedihan tatkala mengetahui yang Allah membanjiri kesedihan itu tanpa berniat untuk menzalimi hambanya. Dan kita pun tergelak kecil, hampir sahaja tersesat dengan menyalahkan suratan takdir, padahal kesedihanlah yang paling sesuai buat kita pada waktu dan ketika itu! Kerana kita tidak mahu tergolong dalam kalangan manusia yang disebut Allah taala:

“Sesungguhnya orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah tanpa alasan (bukti) yang sampai kepada mereka, yang ada dalam dada mereka hanyalah (keinginan akan) kebesaran yang tidak akan mereka capai, maka mintalah pertolongan kepada Allah. Sungguh Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.” (40;56)

Secara serta-merta, mana-mana lagi pesaing untuk memiliki lubuk hati kita dapat dihancur lumatkan. Masakan tuhan nafsu yang bertenggek pada hati setiap kali kita melaksanakan aktiviti jahiliah itu yang memberi perasaan, langsung tempat kita bergantung harap meminta pertolongan. Tidak mungkin!


*****

Bulan yang mulia, Ramadan Kareem, menjadi saksi pencarian kita ini. Inilah tempoh waktu di mana turunnya Al-Quran itu dapat menjadi manual perjalanan ini yang amat sukar dan panjang. Pencarian kepada perasaan berTuhan:

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Quran yang serupa (ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya kulit orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan hati mereka ketika mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan baarang siapa yang dibiarkan sesat oleh Allah, maka tidak seorang pun yang dapat memberi petunjuk.” (39;23)

Dan khusyuk akan kembali mendakap kita, baik dalam solat mahupun setiap gerak kehidupan kita. Kita pun akan mengangkat ikrar, dengan semangat yang membuak-buak, kita tidak akan lagi mensia-siakan peluang ini!


Blogger Jalan Simon
blogger separuh jalan, muslim sepanjang jalan

Renungan Ramadhan


Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan. Di awalnya rahmah, di tengah-tengahnya
maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka.

Umumnya Ramadhan disambut meriah di seluruh dunia. Masjid dan surau akan dibanjiri oleh jemaah yang bersolat terawih. Untuk menambahkan manfaat dari perhimpunan jemaah setiap malam, ada masjid dan surau yang mengadakan majlis renungan atau ceramah pendek atau tafsir pendek. Ini merupakan satu amalan yang baik kerana ia akan menjadikan majlis solat terawih sebagai satu medan bukan sahaja untuk beribadat bahkan juga medan untuk berkongsi Ilmu dan ingat memperingati. Sesuai dengan firman Allah bermaksud:

“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat
kepada orang-orang yang beriman”

(Surah Azzariyat: 57)

Dan firman-Nya lagi:

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)


Walaupun begitu, di sana terdapat masalah dari segi kurangnya sumber untuk renungan. Oleh yang demikian sebagai salah satu usaha kerdil untuk memenuhi hasrat ini. Cebisan-cebisan renungan ini cuba merangkumi pelbagai aspek dari penghayatan Ramadhan. Seberapa daya, ana berusaha memastikan kenyataan yang dibuat disertakan dengan hujjah dan dalil yang terbukti kuat dan dinyatakan sumbernya yang sah.

Pada setiap hari, akan disisipkan satu renungan ramadhan untuk penghayatan semua pembaca.INSYA ALLAH jika Allah masih mengizinkan..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN...RAMADHAN KAREEM.. 29 Syaaban 1433 H






Ghuraba'

Mathematicians and Statisticians to be InsyaAllah

Tuesday 17 July 2012

Ukhuwah Islamiyah

Ukhuwah Islamiyah (persaudaraan Islam) bukanlah sekadar teori. Ini adalah praktikal yang mampu antum lakukan dalam kehidupan seharian. Karena itu, nikmatnya ukhuwah tidak akan mampu dirasai, kecuali dengan mempraktikannya.

Berikut merupakan antara cara-cara yang mampu dilakukan untuk mengukuhkan ukhuwah Islamiyah setelah ikatan hati dibina antara kita sesama ikhwah dalam memperjuangkan agama Allah:

1. Katakan bahawa antum mencintai ikhwah tersebut

عَنِ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ قَالَ: إِِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أََنَّهُ يُحِبُّهُ

Rasulullah saw. bersabda, “Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits shahih)


عَنْ اَنَسٍ: اَنَّ رَجُلاً كَانَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ فَمَرَّ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُوْلُ اللهِ اِنّي لأحِبُّ هَذَا فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ أَعْلَمْتَهُ؟ قَالَ: لا، قَالَ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: أعْلِمْهُ فَلَحِقَهُ فَقَالَ: إِنِّي أُحِبُّكَ فِى اللهِ فَقَالَ: أَحَبَّكَ الَّذِي أَحْبَبْتَنِى لَهُ

Anas r.a. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw., lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Nabi bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw. bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.” (Abu Dawud, dengan sanad shahih)

Jadi, jangan berlengah lagi. Katakan cinta kepada ikhwah-ikhawah yang antum cintai. Uhibbukum fillah abadan abada ila jannah..

2. Minta doa jauh saat berpisah


عَنْ عُمَرَبْنِ الْخَطَابِ قَالَ: اِسْتَأْذِنْتُ النَّبِيَّ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ فِى الْعُمْرَةِ فَأَذِنَ لِي فَقَالَ: لاَ تَنْسَنَا يَا اُخَيَّ مِنْ دُعَائِكَ فَقَالَ: كَلِمَةً مَا يَسُرُّنِى أَنَّ لِى بِِهَا الدُّنْيَا، وَفِى رِوَايَةٍ قَالَ: أَشْرِكْنَا يَا أُجَيَّ فِى دُعَائِكَ

Umar bin Khaththab berkata, “Aku minta izin kepada Nabi Muhammad saw. untuk melaksanakan umrah, lalu Rasulullah saw. mengizinkanku.” Beliau bersabda, “Jangan lupakan kami, wahai saudaraku, dalam doamu.” Kemudian ia mengatakan satu kalimat yang menggembirakanku bahwa aku mempunyai keberuntungan dengan kalimat itu di dunia. Dalam satu riwayat, beliau bersabda, “Sertakan kami dalam diamu, wahai saudaraku.” (Abu Dawud dan Tirmidzi, hadits hasan shahih)


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُوْ لِأَخِيْهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ إِلاَّ قَالَ الْمَلَكُ : وَلَكَ بِمِثْلٍ

Rasulullah saw. bersabda, “Tidak seorang hamba mukmin yang berdoa untuk saudaranya dari kejauhan malainkan malaikat berkata, ‘Dan bagimu seperti itu’.” (Muslim)

Sejauh manapun antum pergi, jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan ikhwah yang antum cintai. Cuba sedaya mungkin untuk tidak merenggangkan ikatan hati yang telah dibina walaupun jarak memisahkan antum.

3. Bila berjumpa, tunjukkan wajah gembira dan senyuman


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُفِ شَيْئاً وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلِيْقٍ

Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.” (Muslim)

Cuba sedaya mungkin mewujudkan suasana walaupun dalam keadaan yang mendesak dan terpaksa. Ukhuwah kerana Allah melebihi segala-galanya.

4. Berjabat tangan dengan erat

Berjabat tanganlah setiap kali bertemu. Sebab, Rasulullah saw. bersabda, “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (Abu Dawud)


قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: مَا مِنْ مُسْلِمِيْنَ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلاَّ غُفِرَ لَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَتَفَرَّقَا

Cara untuk menzahirkan kasih sayang sesama ikhwah.

5. Sering-seringlah berkunjung

Nabi Muhammad saw. bersabda, “Allah swt. berfirman, ‘Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang mencintai karena Aku, keduanya saling berkunjung karena Aku, dan saling memberli karena Aku’.” (Imam Malik dalam Al-Muwaththa’)

Andai kata antum serumah dengannya tanyalah perkhabarannya. Wujudkan keselesaan di antara antum.

6. Ucapkan tahniah kepada ikhwah yang mendapat kejayaan

عَنْ اَنَسٍ بن مالك قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: مَنْ لَقِيَ أَجَاهُ بِمَا يُحِبُّ لِيَسُرَّهُ ذَالِكَ سَرَّةُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Anas bin Malik berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (Thabrani dalam Mu’jam Shagir)

Jadilah antum orang yang PALING pertama mengucapkan tahniah pada waktu ikhwah diijab qabulkan, mendapat anak, mendapat rumah baru, pergi menunaikan haji, naik pangkat dan lain-lain misalannya.

7. Berilah hadiah terutama di waktu-waktu istimewa sekiranya berkemampuan

عَلَيْكُمْ بِالْهَدَايَا فَإِنَّهَا تُوْرِثُ الْمَوَدَّةَ وَتُذْهِبُ الضَّغَائِنَ

Hadits marfu’ dari Anas bahwa, “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, karena hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.” (Thabrani)

عَنْ عَائِشَةَ: تَهَادَوْا تَحَابُّوْا

Thabrani juga meriwayatkan hadits marfu’ dari Aisyah r.a. bahwa, “Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, niscaya kamu akan saling mencintai.”

8. Berilah perhatian dan memberi bantuan keperluan pada ikhwah yang memerlukan

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَمَ: مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَاللهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَادَامَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ اَخِيْهِ.

Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (Muslim)

Jangan menunggu sehingga ada antara ikhwah yang perlu merayu meminta ditolong sebaliknya perhatikan dengan mata hati antum siapa antara kita yang lebih memerlukan.

Karena itu, jadikan diri antum orang yang paling dahulu membantu pada saat ikhwah kita memerlukan pertolongan. Ukhuwah bukan sekadar dibibir. Ia perlu dizahirkan dalam tindakan. InsyaAllah, Allah merahmati ukhuwah yang dibina atas dasar ketaqwaan kepadaNya bukan atas dasar arahan ataupun keterpaksaan pada diri. 



Khas ditujukan pada semua ikhwah di New Zealand. Salam kemanisan Ukhuwah.


Mathematicians and Statisticians to be InsyaAllah

Saturday 14 July 2012

Perutusan Ramadhan oleh Syeikh Hijazi Ibrahim Tharya



Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, keluarga dan para sahabatnya, serta orang-orang yang mengikutinya dengan baik sehingga hari kiamat.

Firman Allah SWT (bermaksud):
“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana orang-orang terdahulu sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa”. (Al-Baqarah: 183)

Bulan Ramadhan adalah satu bulan yang agung, yang membawa kelebihan-kelebihan yang banyak, kurniaan dari Allah yang luas serta pahala dan ganjaran yang diebrikan kepada orang yang merebutnya. Rasulullah saw menyebut tentang kelebihan ramadhan semasa di penghujung Sya’ban dan ketibaan Ramadhan.

Daripada Salman r.a, Rasulullah telah berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban dengan sabdanya (bermaksud): “Wahai manusia, akan datang kepada kamu satu bulan yang agung, bulan yang berkat. Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Bulan yang Allah jadikan berpuasa pada siangnya satu kefarduan, menghidupkan malamnya dengan qiyamullail sebagai satu amalan sunat.

Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan amalan sunat, pahalanya seperti beliau melakukan amalan yang wajib pada bulan yang lain. Sesiapa yang mendekatkan dirinya dengan Allah pada bulan ini dengan melakukan satu amalan wajib, pahalanya seperti beliau melakukan tujuh puluh amalan yang wajib pada bulan yang lain. Ramadhan juga bulan kesabaran. Sabar balasannya ialah syurga. Ramadhan bulan kebersamaan dan bulan yang ditambah rezeki orang mukmin. Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan memperoleh keampunan daripada dosanya dan dibebaskan daripada api neraka, ia juga memperolehi pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.

Para sahabat bertanya, ‘Tidak semua orang daripada kalangan kami yang mampu untuk menjamu orang berbuka puasa. Apa yang perlu kami lakukan?’ Rasulullah menjawab, ‘Allah memberi ganjaran seumpama ini bagi sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka puasa walaupun hanya sebiji kurma, seteguk air atau seteguk susu. Ramadhan ialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pembebasan dari api neraka”. (Ibn Khuzaimah, Baihaqi dan Ibn Ady)


Di antara ibadah yang Allah khususkan pada bulan Ramadhan:

1. Puasa, dengan menahan diri daripada berbuka atau makan yang sedia dimaklumi dan menegah anggota daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah. Kalau tidak melakukan perkara tersebut bagaimana hendak dikira bermuraqabah kepada Allah sedangkan tidak gerun kepadaNya, dan bermuraqabah kepada Allah tidak mampu menghalangnya daripada perkara yang tidak diredai oleh Allah. Berapa ramai orang yang berpuasa tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud): “Orang yang tidak mampu menghalang daripada berkata dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak memberikan ganjaran kepadanya kerana tidak makan dan minum (berpuasa)”.(Bukhari dan Tirmizi)

Puasa datang untuk membuatkan manusia merasai bahawa dia wajib mengutamakan Allah mengatasai keperluan dan keinginan dirinya sendiri. Dia juga wajib memenuhi tuntutan Allah melebihi daripada tuntutan dirinya sendiri.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw telah bersabda (bermaksud): “Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah tentulah diampun dosa-dosanya yang terdahulu”. (Bukhari)

2. Al-Quran turun pada bulan Ramadhan: Allah telah mengkhususkan bulan yang agung ini dengan penurunan al-Quran. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Sesungguhnya Kami telah turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr”. (Al-Qadr: 1)

Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Alif, Lam, Ra. Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (Muhammad) agar engkau mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya terang-benderang dengan izin Tuhan, iaitu menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji”. (Ibrahim: 1)

Al-Quran juga kitab yang membawa hidayah kepada manusia keseluruhannya. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Bulan Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang benar dan batil”. (Al-baqarah: 185)

3. Qiamullail: Di bulan Ramadhan terdapat amalam qiam pada malamnya. Allah telah menetapkan sesiapa yang bersungguh-sungguh mendirikannya akan diampunkan segala dosa-dosa yang telah lalu.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahwa Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Sesiapa yang menghidupkan qiam pada malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”. (Bukhari dan Muslim)

4. Malam Lailatul Qadar: Pada bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah SWT (bermaksud):
“Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan”. (Al-Qadr: 3)

Orang yang bangun pada malam itu dihapuskan segala kesalahan dan diampunkan dosanya. Sabda nabi saw:
“Sesiapa yang bangun pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”.

5. Iktikaf: Beriktikaf pada sepuluh yang akhir di bulan Ramadhan adalah termasuk petunjuk Rasulullah saw. Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata:
“Rasulullah saw beriktikaf pada sepuluh yang akhir pada bulan Ramadhan”. (Bukhari dan Muslim)

Puasa merupakan bekalan kita untuk menghadapi musuh

Melalui ibadah puasa mampu menguatkan kemahuan dan mendidik kesabaran. Ini kerana orang yang berpuasa sanggup berlapar padahal di hadapannya keinginan untuk makan, menahan dahaga padahal di tangannya terdapat air sejuk dan menegah daripada berseronok padahal di sampingnya adalah isterinya. Tiada yang memerhatikannya pada saat itu melainkan Tuhannya dan tiada kuasa yang menguasai ketika itu melainkan emosinya dan tidak akan terjadi melainkan dengan kemahuan yang teguh dan penuh sedar kerana Ramadhan mengajar erti sabar. Oleh sebab itu Ramadhan dinamakan bulan kesabaran.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda (bermaksud): “Segala perkara ada zakat. Zakat jasad ialah puasa”. Sabda nabi lagi: “Puasa separuh kesabaran”. (Ibn Majah dan Baihaqi)

Sesungguhnya Islam bukanlah agama yang menyerah dan berasa malas, bahkan Islam adalah agama jihad dan perjuangan yang berterusan. Justeru bekalan yang pertama untuk berjihad ialah sabar dan kemahuan yang kuat. Sekiranya orang yang tidak mampu berjihad melawan nafsunya jauh sekali mampu melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu memenangi ke atas nafsu dan syahwatnya jauh sekali mampu memenangi perjunagan melawan musuhnya. Orang yang tidak mampu bersabar menahan lapar dalam sehari jauh sekali mampu bersabar menghadapi perpecahan penduduk demi matlamat yang besar.

Ibadah puasa terkandung makna sabar. Melemahkan penguasaan nafsu merupakan langkah Islam yang paling nyata dalam mempersiapkan mukmin yang sabar yang tangkas dan mujahid, yang bersedia menanggung kehausan, kelaparan dan kepayahan, yang sanggup menempuh keperitan, kesukaran dan tekanan hidup selagi mana masih di jalan Allah.

Wahai umat Islam,

Sesungguhnya Ramadhan termasuk dalam musim-musim ibadah yang besar dan persembahan yang menarik untuk perniagaan akhirat. Ibadah-ibadah ini menjadi indah sesuai dengan waktu-waktunya, yang dihiasi masa-masanya dan yang manis pada siang dan malamnya. Ibadah-ibadah begitu indah pada setiap masa namun pada bulan ini tentu lebih indah kerana ganjarannya di sisi Allah lebih besar dan banyak. Oleh sebab itu orang Islam mestilah mengambil peluang dengan merebut keagungan ini dan menyambut ketibaannya dengan taubat nasuha, niat yang tulus untuk melakukan ketaatan, kemahuan yang kuat dan cita-cita yang tinggi untuk meneruskan ibadah sehingga ke penghujung Ramadhan supaya tertulis sebagai golongan yang dilepaskan daripada api neraka. Juga memperbanyakkan empat amalan yang digalakkan oleh Rasulullah saw, seperti sabda nabi:

“Perbanyakkan di bulan Ramadhan dengan empat amalan: Dua amalan yang diredai Allah kepada kamu dan dua lagi amalan yang sangat kamu perlukan. Amalan yang diredai Allah ke atas kamu ialah: Mengucapkan syahadah Tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu sentiasa beristighfar. Manakala amalan yang sangat kamu perlukan ialah: Memohon kepada Allah dikurniakan syurga dan berlindung daripada siksaan api neraka”.

Justeru anda hendaklah memperbanyakkan tilawah al-Quran kerana Ramadhan adalah bulan al-Quran. Pada bulan ini al-Quran telah diturunkan dan Jibril mengajar dan membacakannya kepada Rasulullah saw sehinggakan pada tahun akhir kewafatan Rasulullah saw mengkhatamkan al-Quran sebanyak dua kali di hadapan Jibril.

Orang Islam juga hendaklah memperbanyak sedekah, meringankan bebanan orang fakir dan miskin dan meraikan mereka dengan kebaikan dan pemberian. Inilah bulan yang meninggikan nilai ruhiyyah ke atas nilai kebendaan dan memandang kecil kehidupan dunia berbanding akhirat.

Allah menggandakan pahala orang yang bersedekah dan memberikan ganjaran yang besar kepada orang yang memenuhi keperluan orang miskin dan melembutkan hati mereka untuk membantu anak-anak yatim dan ibu tunggal. Sifat pemurah dan dermawan mereka kerana mengambil teladan daripada Rasulullah saw yang mempamerkan sifat dermawan dan mulia. Bahkan baginda adalah manusia yang paling baik di bulan Ramadhan ketika Jibril membacakan al-Quran.

Daripada Ibn Abbas r.a, berkata: “Nabi saw manusia yang paling dermawan dalam perkara kebaikan dan manusia yang paling dermawan dalam bulan Ramadhan ketika Jibril datang menemuinya. Jibril menemui baginda setiap malam di bulan Ramadhan sehingga penghujungnya dan Nabi saw membacakan al-Quran di hadapan Jibril. Apabila Jibril datang menemui nabi, baginda menjadi manusia lebih dermawan daripada angin yang bertiup”. (Bukhari dan Muslim)

Umat Islam hendaklah mengeratkan silaturrahim, saling sayang-menyayangi, saling ziarah-menziarahi dan kasih-mengasihi dengan jiran tetangga dan kaum kerabat, berbaik dengan semua orang mukmin dan menjauhi perpecahan, menamatkan persengketaan dan membersihkan hati dari penipuan dan hasad dengki. Firman Allah:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat”. (Al-Hujurat: 10)

Firman Allah SWT (bermaksud):
“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: Ya Tauhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau maha Penyantun lagi Maha Penyayang”. (Al-Hasyr: 10)

Kata penyair:
“Ramadhan datang sebagai ladang …untuk membersihkan hati daripada keburukan. Oleh itu tunaikanlah hak-haknya melalui perkataan dan perbuatan. Ambillah sebagai bekal kepada hari kesudahan. Justeru orang yang menanam benih sedang dia tidak menyiramnya, tentulah semasa menuai hasil nanti akan menyesal”.

Tahniah kepada dunia Islam

Kami mengucapkan tahniah kepada dunia Islam keseluruhannya dengan ketibaan bulan yang berkat ini. Kami memohon kepada Allah supaya diawal bulan ini penuh kebaikan, keberkatan dan kesatuan kepada umat Islam, kemenangan dan pertolongan Allah kepada mereka. Begitu juga kami berdoa kepada Allah supaya mengikat hati saudara-saudara kami para mujahidin di setiap tempat, membebaskan saudara kami yang menjadi tawanan dan memberi dunia yang merdeka kekuatan untuk berusaha bagi melepaskan kepungan ke atas rakyat Palestin sehingga mereka diberikan kebebasan dan memperolehi segala keperluan untuk kehidupan mereka pada bulan yang berkat ini.

Adapun saudara-saudara kami yang berada di dalam penjara-penjara penjajah dan penzalim, kami ucapkan tahniah kepada mereka dan keluarga mereka dengan kedatangan bulan kesabaran dan kami katakan kepada mereka: ‘Sabarlah kerana malam untuk orang-orang yang zalim akan berlalu dan cahaya fajar Islam akan datang. Cahayanya terang di ufuk. Justeru hanya perlukan kesabaran seketika sahaja’.

Firman Allah SWT (bermaksud):

“Dan pada hari kemenangan bangsa Rom itu bergembiralah orang-orang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang dikehendaki. Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”. (Ar-Rum: 4-5)

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=69231&SecID=363

Perutusan Prof. Dr. Muhammad Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin



Segala puji bagi Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, keluarga dan sahabat-sahabatnya dan pengikut yang benar sehingga hari kiamat.

Islam adalah agama terakhir, dan risalah Allah yang terakhir kepada dunia, dan manhaj Allah kepada umat Islam. Melalui Islam Allah telah menghimpunkan umat yang bercerai-berai, menyatu-padukan barisan, dan memperbaharui semangat para pemuda, dan menghidupkan jiwa yang mati.
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna.” (Al-Anfal: 24).

Rasulullah adalah penutup sekalian Nabi dan Rasul, rahmat petunjuk, nikmat yang diberikan dan lampu yang menerangi:
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.” (al-Anbiya: 107).

Rahmat ini begitu jelas dalam bentuk yang paling besar sehingga dalam keadaan kemenangan yang dicapai oleh Nabi dalam bulan yang agung ini.

Kemenangan di bulan Ramadan

Ramadan adalah bulan kesabaran, menguatkan kemahuan dan melengkapkan pembinaan keperibadian Islam dalam kedua-dua aspek rohani dan fizikal, di samping mencapai ketakwaan dan muraqabah yang berterusan kepada Allah SWT. Semua ini memberikan kekuatan kepada seorang Islam untuk menjadikannya berdiri di hadapan musuh dengan tabah hati, kuat semangat, saling menyabarkan orang lain dan menjadikannya sabar sehingga Allah benar-benar memberikan kemenangan.

Di bulan Ramadan, melalui puasa, qiam, pembacaan al-Quran dan iktikaf mendekatkan umat Islam kepada Tuhan mereka, memberikan mereka kekuatan, mengingatkan mereka tentang kemenangan di Badar dan penaklukan kota Mekah yang agung. Musuh-musuh Allah begitu takut untuk menghadapi orang Islam pada bulan Ramadan; kerana mereka percaya bahawa bulan Ramadan mermbekalkan orang Islam dengan suatu kekuatan yang tidak mereka perolehi pada bulan-bulan yang lain.

Pada bulan yang diberkati ini umat Islam telah mencapai beberapa kemenangan besar, di antaranya:

  • Badar al-Kubra: di mana Allah telah menegakkan yang benar dan menghapuskan yang batil (salah) dan memenangi untuk hamba-hambaNya yang beriman dan meninggikan kedudukan mereka:

“Dan (ingatlah) ketika Allah menjanjikan kepada kamu salah satu dari dua angkatan, menjadi untuk kamu (menghadapinya), sedang kamu suka kiranya (angkatan perniagaan) bukan angkatan (perang) yang mempunyai kekuatan itu yang dijadikan untuk kamu (menghadapinya). Padahal Allah menghendaki untuk menetapkan yang benar (ugama Islam) dengan Kalimah-kalimahNya, dan untuk membinasakan kaum yang kafir seluruhnya; Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya. ( Anfal: 7-8)

  • Penaklukan kota Mekah: Di bulan Ramadan berlaku penaklukan Mekah di mana Allah telah memuliakan Islam, menolongnya dan meninggikan panjinya. Kini kota Mekah telah menjadi Tanah Suci dan Kaabah yang mulia menjadi kiblat umat Islam sehingga hari kiamat.
  • Penaklukan Andalus: Permulaan penaklukan Andalusia ialah pada bulan Ramadan Hijrah 92 Hijrah oleh Tariq bin Ziyad seorang hamba yang dimerdekakan daripada Musa bin Nusair.
  • Ain Jalut: Berlaku pada sepuluh terakhir bulan Ramadan dalam tahun 658 Hijrah. Ini merupakan kemenangan yang bermakna ke atas tentera Tartar setelah jenayah dan kekejaman yang mereka lakukan seperti membunuh dan merampas negara dan rakyatnya.
  • Hari Kesepuluh Ramadan: Dalam sejarah kontemporari kita berlaku kemenangan pada hari kesepuluh dalam bulan Ramadan 1393 Hijrah. Pada hari yang bersejarah dan unggul yang mengembalikan Mesir dan rantau Arab dan Islam kepada kemuliaan dan harga diri.

Dalam semua peperangan ini umat Islam adalah komited dengan akhlak Islam selepas cepat membunuh, perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak, memelihara keluarga dan tidak membunuh tawanan walaupun musuh mereka tidak komited kepada nilai-nilai dan prinsip ini.

Faktor kemenangan

Melalui peperangan, kita boleh mengambil pengajaran dari beberapa faktor yang paling penting dalam kemenangan dan diringkaskan seperti berikut:

1 - Membina iman yang benar:

Ini dapat dilihat dalam ketaatan kepada Allah dan RasulNya, keteguhan hati, berzikir dan kesabaran. Allah berkata dalam mengulas mengenai peperangan Badar:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Anfal : 45-46).

2 - Kekuatan jiwa dan ruhani sebelum kekuatan fizikal:

Ramai orang berfikir bahawa umat Islam tidak mempunyai kekuatan fizikal seperti harta dan peralatan; untuk bangkit dan bersaing dengan negara-negara yang menyebabkan kemundurannya dan mengurangi hak-hak rakyat. Itu memang betul dan penting, tetapi yang lebih penting dan lebih wajib darinya ialah kekuatan ruhani seperti iman yang benar, akhlak yang mulia, jiwa yang suci, semangat yang membara, dan pengorbanan pada jalan yang wajib dan kesetiaan yang terbina di atas kepercayaan dan perpaduan, dan dari keduanya berlaku kekuatan.

Seandainya sesuatu bangsa mempercayai hak mereka, mengubah dirinya sendiri, dan berpegang kepada kekuatan ruhani, dan mengindahkan akhlak mereka, sudah pasti akan dating jalan-jalan kekuatan fizikal dari semua arah. Lembaran sejarah telah membuktikan kebenarnya.

Iman membentuk semula psikologi dan kejiwaan seseorang insan, dan mengubah apa yang ada di dalam diri, dan menjadikannya makhluk yang berbeza dan menghadapi kesukaran dengan keazaman yang kuat dan semangat yang tidak akan pudar. Malah, akan mengatasi dorongan hawa nafsu, keinginan diri dan nafsu syahwatnya. Ramadan yang mulia memberikan impak yang besar dalam hal ini, sebagaimana Ramadan adalah bulan kesabaran, dan melalui kesabaran dan menuruh bersabar menjadi sebab kepada kemenangan ke atas musuh-musuh mereka:

“Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan.” (Al-Imran: 120).

Juga, kekuatan rohani ini adalah asas yang kukuh untuk membina tamadun dan mencapai kebangkitan mana-mana bangsa. Oleh sebab itu, Imam al-Banna rahimahullah menyatakan: Pembentukan dan pembinaan sebuah bangsa, merealisasikan sebuah impian atau sekurang-kurangnya sekumpulan manusia yang mahu mencapai cita-cita ini memiliki jiwa yang benar-benar kental yang dapat dilihat melalui beberapa aspek iaitu: Kemahuan yang tinggi yang tidak mampu digugat oleh kelemahan. Kesetiaan sejati yang tidak mengenal erti kompromi dan pengkhianatan. Pengorbanan agung yang tidak mengenal erti tamak dan kedekut. Memahami prinsip, menyakininya, menghormatinya, tidak melakukan kesilapan, tidak terseleweng, tidak berkompromi dan tidak terpengaruh dengan prinsip lain.

Dengan hanya memiliki ke semua asas yang berbentuk rohani ini dan dengan memiliki kekuatan rohani yang agung akan tertegak sebuah prinsip dan akan mampu membentuk sebuah bangsa yang mampu bangkit, membentuk jiwa bangsa yang bersemangat waja dan akan bermula kembali suatu kehidupan bagi mereka yang telah sekian lama tidak. Ini adalah undang-undang dan sunnah yang telah Allah tetapkan untuk ala mini dan tiada apa yang dapat mengubah sunnah:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).

3 - Perpaduan dan keharmonian:

Jelasnya, dalam menghadapi musuh-musuh negara memerlukan kita bersatu dalam menghadapi kuasa-kuasa yang mahu mengheret kita kembali dan membawa kita kembali kepada keadaan pra-revolusi. Kuasa-kuasa ini berusaha sedaya upaya di dalam dan di luar negara sehingga kita tidak menikmati kebaikan dari kemenangan besar ini yang merakamkan sejarah negara kita sekali lagi. Islam menggalakkan kerjasama dan saling bantu-membantu. Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Al-Maidah: 2)

Sungguh menghairankan dalam laungan ini masih terdapat orang Islam yang hanya berdiri di hadapan projek-projek Islam sehingga tidak dapat menikmati hak untuk hidup dan memainkan peranannya dalam membina Mesir.

Begitu juga, kita merasa hairan masih terdapat orang yang berusaha untuk memecah-belahkan bangsa, menyalakan api pertikaian dan konflik, dan meniupkan api yang merobek perpaduan rakyat dengan cara mengeksploitasi beberapa kesilapan, perbezaan pendapat dan pertikaian padahal perkara yang dipersetujui dan disepakati oleh semua pihak terlalu banyak.

Jika kita mahu menang dan mempertahankan negara kita, jalan kita ialah mengekalkan etika revolusi yang mulia yang sentiasa mengawal kita, dan tiangnya adalah perpaduan dan kesatuan antara rakyat di dalam tanah air semuanya, sama ada orang Islam dan Kristian, lelaki dan wanita, muda dan tua.

Perpaduan dan kesatuan ini menjadikan matlamat utama ialah kebangkitan dan pembangunan negara kita dan kestabilannya, kebebasan yang sebenar, tercapai keadilan di kalangan rakyat dan kesaksamaan di kalangan warganya tanpa perbezaan oleh warna, agama atau kelas. Menjadi matlamat semua memelihara prinsip, menyokong yang betul, meletakkan asas-asas demokrasi dengan erti yang sebenar, dan neraca adalah keadilan. Manakala demokrasi yang memiliki dua kriteria atau ‘double standard’, maka ia tidak bertepatan dengan revolusi besar ini yang dibangunkan oleh rakyat dan dikorbankan demi mencapainya.

4 - Berhati-hati dari sebab-sebab kekalahan:

Bagi mencapai perkara di atas, kita mesti berhati-hati daripada punca kelemahan dan kegagalan, antaranya:

- Konflik dan Perselisihan pendapat: Al- Quran dengan jelas menyatakan (bermaksud):
“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Anfal: 46)

Allah SWT juga memberi amaran daripada perpecahan (bermaksud):
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.” (Al-Imran: 103)

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” (Al-Imran: 105).


- Berlumba-lumba mendapatkan habuan dunia:

Semasa di Badar, selepas terdapat tanda-tanda kemenangan dan memperolehi harta rampasan, bermula pertikaian siapa lebih berhak mendapat harta rampasan dan semua kumpulan masing-masing menuntut hak mereka. Lalu turun amaran ini (bermaksud):

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang harta rampasan perang. Katakanlah: "Harta rampasan perang itu (terserah) bagi Allah dan bagi RasulNya (untuk menentukan pembahagiannya). Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu.” (Anfal: 1)

Nabi saw bersabda (bermaksud):

“Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemikian.” (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no 2924)

- Kelemahan jiwa: Lemah semangat dan berputus asa telah menyelinap ke dalam hati adalah satu kekalahan bagi manusia dari dalam diikuti dengan kekalahan dari musuh, hilang semangat dan mengalahkan yang diikuti oleh mengalah dan menyerah di hadapan lawan. Rasulullah pernah berpesan:

“Hampir tiba masanya kalian diperebutkan seperti sekumpulan pemangsa yang memperebutkan makanannya.” Maka seseorang bertanya: ”Apakah kerana sedikitnya jumlah kita?” ”Bahkan kalian ramai, namun kalian seperti buih yang terapung. Dan Allah telah mencabut rasa gentar dari dada musuh kalian terhadap kalian. Dan Allah telah menanamkan dalam hati kalian penyakit Al-Wahan.” Seseorang bertanya: ”Ya Rasulullah, apakah Al-Wahan itu?” Nabi saw bersabda: ”Cintakan dunia dan takutkan kematian.” (HR Abu Dawud 3745)

Adakah anda tidak melihat dengan jelas bahawa bahawa sebab kelemahan umat, kehinaan bangsa, lemah jiwa, hati lemah, dan hatinya kosong dari akhlak yang mulia dan sifat-sifat kelelakian yang sebenar, walaupun bilangannya ramai, sumber dan hasil meningkat. Umat jika tenggelam dalam keseronokan, hanyut dengan kemewahan dan tenggelam dalam matlamat-matlmat kebendaan, tertarik dengan keindahan hidup dunia, dan melupakan jalan yang sukar, perjuangan yang berat dan berjuang pada jalan yang benar, maka katakanlah: Kemuliaan dan harapan yang hilang.

- Kagum dengan orang Islam yang ramai:

Orang Islam yang percaya kepada kebenaran dan mempertahankannya dengan apa jua yang dimiliki, tidak akan menyebabkannya meninggalkan perjuangan ini meskipun hanya jumlah yang sedikit atau kekurangan kelengkapan, bahkan kekal patuh kepada kebenaran dan mempertahankannya sehingga Allah memenangkan agamaNya atau mati tanpa mencapainya. Hari ini orang Islam mempunyai bilangan yang ramai atau kelengkapan yang cukup, namun ia telah masuk ke dalam kagum pada diri sendiri dan tertipu dengan kekuatan. Inilah yang membawa kepada kekalahan:

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (At-Taubah: 25)

Wahai umat Islam. Wahai Ikhwan Muslimin

Rebutlah bulan yang diberkati ini bagi mengukuhkan ikatan iman, dan memperdalam akarnya melalui puasa, tilawah Al-Quran, zikir dan istighfar.

Berilah perhatian tentang ikatan persaudaraan anda kerana ianya adalah rahsia kekuatan anda, tonggak kejayaan anda, sendi keamanan melalui kesatuan dan perpaduan di antara anda.Yakinilah fikrah anda dan percaya, berkumpul di sekelilingnya, dan lakukanlah untuknya, dan teguh bersamanya.

Berlumba-lumbalah dalam melakukan amal soleh di hari yang masih tinggal dari bulan yang mulia ini, supaya anda beroleh kejayaan.

Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabatnya. Allah Yang Maha Besar dan segala puji hanya bagi Allah.

sumber: http://www.ikhwanonline.com/new/Article.aspx?SecID=213&ArtID=89691


Thursday 12 July 2012

Most Islamic countries in the world are non-Muslim


What makes a good Islamic country? Is it one where the people dress conservatively (or even severely in the case of women), adhere strictly to the rituals of Islam, where shariah laws apply?

Or is a good Islamic country one that keeps to the substantive teachings of Islam, more concerned with the content rather than the form of the religion? Where fairness, justice, honesty are the cornerstones of government policies and of its citizens' daily dealings.

How is a good Muslim judged? By the number of times he prays a day, by how assiduously he keeps to the rules? Or by how he lives the true meaning of his faith?

A study by Scheherazade S Rehman and Hossein Askari from George Washington University, published in the Global Economy Journal Vol 10 drew surprising conclusions.

The study examined if policies of Muslim countries (or Muslim majority countries) were founded on Islamic principles in comparison to non-Muslim countries. 208 countries were studied. The criteria: economic opportunity, economic freedom, corruption, financial systems and human rights were used to measure the level of 'Islamicity' (based on an information website about Islam and Muslims). The study found that most Islamic countries did not conduct themselves according to Islamic principles concerning economic, financial, political, legal, social and governance issues.

This is reflected in the governments in those countries but also the practices of the citizens in their daily dealings. Even at a social level it was found that many non-Muslim countries did much better in keeping to Islamic values. The most ‘Islamic' country the study found was actually non-Muslim – New Zealand. Luxembourg came second. The top 37 countries in the study were all non-Muslim.

Imaddudin Abdulrahim, one of Indonesia's leading thinkers on Islamic monotheism claimed that Ames, a small city in Iowa, represents an exemplar of an Islamic state. Yet Islam does not play a part in the day-to-day social, economic and political life of the city. The population does not observe Islamic rules on food or dress.

Imaddudin was not interested in form; he used parameters which reflect what he considered true Islam – trust, justice, fairness, freedom. He found that people did not lock their doors when they went out and yet no one trespassed. If you returned a broken egg to the grocer he accepted that it was broken when you bought it and replaced it without question.

People were honest in their dealings irrespective of the value of the transaction. The government was fair and non-discriminatory. People were accepting of ethnic or religious differences. He saw Islam beyond shariah and beyond its textual appearances. He was more concerned with the substantive elements of the religion.

Recently I enquired through a friend the possibility of getting a scholarship (from a certain university funded by a Muslim tycoon) for an Indian girl who had done very well in her exams but whose parents were poor and unable to send her to university. I was told in no uncertain terms that scholarships were only given to Muslims.

How does this reflect the true values of Islam?

When I was in Sudan I visited villages where artesian water was pumped out by equipment donated by Christian charities. I saw clinics and schools built and maintained by Christian foundations. Every village involved was however 100 percent Muslim!

Is there anywhere in any ‘Christian' country where Muslims are forbidden to build mosques? As long as they comply with the local building codes they have every right to do so and the law will protects their rights.

Yet this is not the case in many Muslim countries. No wonder so many non-Muslim countries score higher than Muslim ones based on Islamic principles. It's no use spouting chapter and verse of the Quran if our deeds do not match the words we mouth.

We can follow all the rituals – fast, do the haj, pray five times a day, abstain from non-halal food, and cover ourselves. They all count for little if our deeds do not reflect the values of the religion. If we are corrupt, if we discriminate against others because of ethnicity or religion, if we deny freedom of worship to others or even to one's own, are we living by the true values of Islam?

Are our economic policies geared to help those at the bottom of the ladder or do they benefit the top disproportionately? Is our political system fair? Do we respect human rights? Have we an untainted legal system? Is our governance transparent and accountable?  Are we tolerant of other religions and not impede their practice?

By any of the above criteria Malaysia has failed to live up to Islamic principles. The authorities obstruct the building of non-Muslim places of worship – or even demolish them. Christians are persecuted on dubious grounds. Our government discriminates on race and religion. Corruption is rife especially in high places.

The poor (the majority of whom are Malays) are left behind while the rich get richer. There is no respect for human rights and the political system is skewed. On every count we fail to live up to Islamic values. Lately radical Muslims have started to see ‘Christians under the bed' – an Islamic form of the infamous McCarthyism of the fifties in the US. They imagine that Christians are out to proselytise their fellow believers. They don't believe that other Muslims can be more sophisticated than they and can make up their own minds what to believe in.

More than that, they demand Christians desist in doing whatever may remotely be a threat to them. If these people were in charge in Sudan there would have been a lot of thirsty people and a lot of people without medicine and children without schooling.

I suppose they will now pass a fatwa that no Muslims must go to Christian hospitals. The Seventh Day Adventist Hospital in Penang has been servicing the people for a long time and a lot of Muslims use the hospital. There are symbols of Christianity everywhere and there are Bible tracts for those who want to read them.

Going by recent events the hospital could be charged with proselytising. If so I think they would have failed miserably - I doubt a single Muslim patient has converted. You go to a hospital because you are sick and because you think it gives good service. You send your children to a school because you think it gives your children the best education, you drink because you are thirsty, you don't care who paid for the pump that brought the water out.

Religion does not come into the reckoning for most people in this way. Conversely you provide care irrespective of that person's religion or give scholarships because the person is poor and deserving, irrespective of her skin colour or her religion. If Malaysia lives up to the real values of Islam and not its superficiality, the country would be much better off.

Radical Muslims should be careful that the Christians they imagine lurking  under their beds may turn out to be better Muslims than themselves. But then maybe that's the crux of the problem, they are being exposed for what they are, faux Muslims.


A group of Educationalists from the Indonesian Private Sector with FIANZ Officials and a Wellington Sister.


Source: Malaysiakini