Wednesday 24 October 2012

Exam Datang Lagi~

Bismillah.

Masa berlalu.. pantas..
tup tap tup tap.. dah nak exam..
Hah??!!! Sudah mau exam???!!! Stresss

Sebagai seorang pelajar yang tidak genius mahupun berotak super geliga, exam adalah satu fasa yang mendebarkan, merisaukan, menggusarkan. Kadang-kadang menakutkan.

Ini normal bukan? Clichė~

Perasaan-perasaan ini seterusnya menyebabkan kita bingkas bangkit dari lamunan mimpi di siang hari dalam lecture hall. Mata yang sebelum ni 'celik segan, pejam tak mahu', tiba-tiba terbeliak dlm dewan kuliah. Tips untuk final exam yg lecturer bagi disalin sebijik-sebijik. Buku-buku teks tebal yang dah berhabuk di rak buku diselak helaian demi helaian dari kulit ke kulit. Sebelum ni, nak jenguk cover depan buku teks pun segan-segan. Lecture notes untuk 1 sem di-print sekaligus, wang tidak lagi menjadi penghalang. Sebelum ni nak print slide 5 page pun kedekut. Masa yg sebelum ni habis dekat game, mukabuku [facebook], drama korea dan lain-lain sanggup dikorbankan demi exam. Group discussion tiba-tiba muncul untuk menjamin kefahaman so that dapat jawab final exam dengan tenang dan aman. Sebelum ni, jangan cakap group discussion, study sendiri-sendiri pun tak sempat bro~

Ini perkara biasa bukan? No big deal..

Manusia bertukar 360º atau dalam loghat jepun 'henshin' abis demi kesejahteraan ketika exam & dengan harapan menggunung result exam bakal memberi sinar harapan untuk masa depan yg belum pasti.

Henshin [baca dengan loghat jepun] 

Refleksi

Bagi yg sudah dapat menghidu point-point penting yg bakal saya utarakan, pasti sudah tersengih-sengih sendirian.. tak pun sudah pedih ulu hati akibat serangan bertubi-tubi yg sudah terkena tembak. Eheh

Hari ini, ingin diri yg hina ini mengajak kita untuk sama2 tadabbur peristiwa exam yg berulang dan terus berulang setiap tahun. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk celik ataupun sedar tentang situasi, kondisi dan realiti umat islam kini, sedar akan keadaan diri kita sendiri dan persekitaran di dunia ini. Kita sewajarnya menjadi generasi yg sudah 'terbeliak'.. bukan lagi 'bermata kuyu' mahupun 'mata kelip-kelip'. Tak guna sekadar celik & sedar, tapi 'terbeliak' yg membuahkan tindakan. Sedarnya kita perlu kepada TARBIYAH seterusnya meletakkan tarbiyah dalam prioritas yg tinggi dalam hidup ini!!!

Tarbiyah bukan segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah

Kitab Al-Furqan yg dulu kurang dibelek, kini patutnya menjadi teman setia. Bukan sekadar ditilawah, malah dihafaz surah-surahnya. Ditadabbur ayat-ayat osem ilahi, dipelajari tafsirannya. Tiada kitab yg dapat menjamin kesejahteraan kita di masa kini dan di masa hadapan melainkan kitab suci Al-quran. Al-quran, koleksi surat-surat cintaNya khas buat hamba-hambaNya.



Al-Quran.. sarat dengan ayat-ayat cinta ilahi~

Harta, masa, tenaga.. di mana kita habiskan??? Celiknya kita patut merubah diri ini. Tangan tak lagi segan untuk dimasuk ke dalam poket mengeluarkan wallet lalu dikorek helain duit kertas untuk disedekah. Tenaga yg mampu dihabiskan berfutsal, berbasketball, ber[apa2 sukan], bermain guli, etc mampu juga diutilise untuk melangkahkan kaki ke masjid/surau, bangun qiam, berpuasa sunat, dan banyak lagi! Begitu juga masa, kini dihabiskan dengan perkara bermanfaat tidak lagi dibazirkan dengan perkara sia-sia a.k.a lagho.


sudahkah anda tinggalkan beban-beban jahiliyah? Adios jahiliyah~

Mari duduk bersama kami, kita group discussion sejenak setiap minggu, berbulatan gembira, liqo', halaqah, quranic circle atau apa-apa nama yg sewaktu dengannya demi kefahaman ad-deen kita yg sudah kita celik akan kepentingannya. Dan tak lupa tarbiyah ini tak boleh kita nak harap daripada bulatan gembira sahaja, perlu kita sedar yg kadang-kadang kita study sendiri-sendiri, so the same goes with tarbiyah, perlu kepada 'tarbiyah dzatiyah' atau dlm bahasa yg lebih simple 'tarbiyah sendirian berhad'. Hal ini kerana majoriti masa kita habis dengan diri sendiri dan bukan di dalam bulatan gembira semata-mata.



pergh, besaunyer bulatan gembira nih!!

Jadi, ayuhlah kita 'HENSHIN' demi kesejahteraan kita pada hari exam besar kita, hari kebangkitan, yaumul qiyamah. Sama-sama kita usaha untuk pastikan kita semua sukses with flying colours di akhirat kelak kerana sesungguhnya hari itu satu kepastian! Bukankah syurga & neraka satu yg PASTI?

Cukup sekadar di sini. Kalian boleh elaborate sendiri-sendiri tanpa perlu saya panjangkan post yg sudah panjang ni.

Kami dah 'HENSHIN', anda bila lagi???

Moga Allah redho~


p/s: Terima kasih, jazakallahu khoir buat yg sudi spend masa baca tulisan yg tak seberapa ni. Moga Allah permudahkan urusan preparation, study & exam kalian. Moga diberi result yg terrrrrrbaik!!!!!! :)

Doakan saya jugak tau! [^_^]v


Musalman Jalanan
musalman yang berjalan mencari redho tuhan

Sunday 21 October 2012

Antara kita dan burung. (Pengajaran kisah hudhud)

Saya menulis nota ini sebagai pengajaran pada kita semua selarikan dengan kepentingan Al-quran dan Assunnah. Al-quran bukan diturunkan untuk kamu berhujjah dan berhukum semata-mata atau mencari kesahihan ilmu semata-mata. Tapi ia untuk ditadabbur (dihayati) dan untuk diambil pengajaran. Tiada gunanya jika kita hanya mnggunakan Al-quran untuk mengatakan "kamu salah, kamu btol.. apa yang kamu sampaikan ini taqlid. dan tak ada asas." Saya tegaskan. TAK!!! Gunakan Al-quran ini sebagai panduan untuk kita semua sepanjang hari.


38-29: Kitab yang Kami (Allah) turunkan kepada engkau penuh berkah agar mereka mentadabbur(menghayati) ayat-ayatnya dan agar orang yang berakal sihat mendapat petunjuk
Surah Sad(38:29)


 Ini juga disebut oleh Allah dalam surah Al-Mu'minun:


23-66: Sesungguhnya ayat-ayat-Ku (al-Qur’an) telah dibacakan kepada kamu namun, kamu selalu berpaling ke belakang.

23-67: Kamu menyombongkan diri, memperkatakannya (al-Qur’an) pada malam hari, perkataan-perkataan keji.

23-68: Tidakkah mereka mentadabbur(menghayati) firman (Allah) itu, atau apakah telah datang kepada mereka apa yang tidak pernah datang kepada nenek moyang mereka dahulu?

23-69: Atau, adakah mereka tidak mengenal rasul mereka, kerana itu mereka memungkirinya?

23-70: Atau mereka mahu katakan: "Padanya (Muhammad saw) ada penyakit gila." Sebenarnya dia (Muhammad saw) datang kepada mereka dengan kebenaran, tetapi kebanyakan mereka benci kepada kebenaran.

23-71: Sekiranya kebenaran itu tunduk kepada keinginan mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami (Allah) mendatangkan kepada mereka peringatan, tetapi mereka berpaling daripada peringatan itu.

23-72: Adakah engkau meminta upah daripada mereka? Jangan! Upah daripada Rab (Tuhan) engkau adalah lebih baik, dan Dia (Allah) adalah sebaik-baik yang memberi rezeki.

23-73: Dan sesungguhnya engkau benar-benar menyeru mereka kepada jalan yang lurus.

23-74: Dan sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada akhirat, menyimpang (juga) daripada jalan.

23-75: Walaupun Kami (Allah) kasihan belaskan mereka, dan Kami (Allah) hilangkan kemudaratan yang ada pada mereka namun, mereka tetap terumbang-ambing terus menerus dalam kederhakaan mereka.

Allah bertanya, kenapa tidak menghayati ayat-ayat ini? Dan dalam ayat seterusnya, Allah menceritakan tentang orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Wallahualam..


Pengajaran burung hudhud.

Kita kena tahu burung hudhud adalah tentera yang bekerja dibawah pemerintahan kerajaan Sulaiman a.s. Seperti yang kita sedia maklum, seorang tentera pasti terikat dengan disiplin dan peraturan tentera yang ketat. (bayangkan tentera kat malaysia, salah sikit da kena pumping) Namun begitu, lihat apa yang terjadi dalam kisah hudhud. Hudhud gagal untuk menghadirkan perhimpunan pagi. Dan dia pasti tahu, ketuanya (iaitu nabi Sulaiman) pasti akan menghukum dia.

Kita kena tahu burung hudhud ini, tidak datang bukan sebab dia nak ponteng tapi disebabkan dia pergi berjalan jauh hingga ke negeri Saba'. Di sana dia mengintip adakah orang-orang di negeri Saba' itu beriman pada Allah atau tidak. Malangnya tidak. Seperti yang kita tahu, mereka ini semua menyembah matahari. Nak dikatakan kat sini, demi menjalankan tugas syahadahnya, si hudhud sanggup meletakkan nyawanya sebagai taruhan.

Kesimpulan:

 1. Kita kena dan wajib untuk mendisiplinkan diri seperti hudhud yang menjadi tentera yang berdisiplin.. (die xdtg perhimpunan bkn sbb die xberdisiplin ea..)

 2. Tugas Syahadah kita, kita kena lakukan walau siapapun kita seperti yang dilakukan oleh burung hudhud. Apa yg dia mampu lakukan sebagai seorang tentera adalah menyampaikan berita tentang negeri Saba' pada ketuanya. Sebagai raja, Nabi Sulaiman menghantar utusan menyampaikan syahadahnya.

Di sini nak tunjuk, walau siapa pun kita, lakukan tugas kita sebagai Muslim dengan jayanya, sebagai seorang student, mungkin boleh melakukan dakwah dengan menunjukkan qudwah melalui result. Jika pemimpin pelajar-pelajar pula, mungkin boleh dengan menunjukkan qudwah, cara kita bergaul semua.

 3. Di sini, Islam menunjukkan keringanan apabila melakukan dakwah. Nak tunjukkan kat sini melanggar peraturan atau disiplin tentera itu sangat-sangat berat tapi kita lihat apa yang dilakukan dan dikatakan Nabi Sulaiman. Baginda kata, dia jatuhkan hukuman yang berat tapi sebaliknya berlaku. Dalam berdakwah, ada certain benda yang kita faham fiqh dakwah dan fiqh awliyatnya. Memang disiplin ilmu itu penting tapi. Fikirkan dan renungkan sendiri.

 4. Jangan terpengaruh dengan kisah-kisah yg isra'liyat yg  tidak sahih. Dan jauhi pada persoalan perkara-perkara yang tidak penting seperti:

-bagaimana rupa burung hudhud

-jauh mana negeri Saba' tu (yang penting dia jauh.) xyah la gado jauh mana.
-bagaimana rupa perhimpunan yang dilakukan nabi Sulaiman. (yang pasti dihadiri semua tentera)
-apa pangkat burung hudhud, mesti jeneral kan. tu sebab nabi sulaiman kenal dia.. (tak penting dan tak ada kena mengena langsung) haha

Gambar Hiasan

renung2 kan.

kisah ini dipetik dari Surah An-naml:

27-20: Dan dia memeriksa burung-burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat hud-hud, apakah ia termasuk yang tidak hadir.”

27-21: “Sungguh aku akan mengazabnya dengan azab yang keras, atau benar-benar menyembelihnya, kecuali jika ia datang kepadaku dengan alasan yang terang.”

27-22: Maka tidak lama kemudian datanglah ia (hud-hud), lalu ia berkata: "Aku mengetahui apa yang kamu belum mengetahuinya; dan aku bawa kepada kamu dari negeri Saba’, suatu berita yang diyakini (benar).”

27-23: “Sesungguhnya aku mendapati seorang wanita memerintah mereka, dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar.”

27-24: “Aku mendapati dia dan kaumnya bersujud kepada matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang baik perbuatan mereka, sehingga tertutuplah bagi mereka jalan. Maka mereka tidak mendapat petunjuk.”

27-25: “Bahawa (mereka) tidak bersujud kepada Allah yang mengeluarkan apa yang terpendam di langit dan di bum, dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.”

27-26: “Allah, tiada Ilah (Tuhan) kecuali Dia, Rab (Tuhan) bagi ‘Arash yang besar.”

27-27: Berkata (Sulaiman): "Akan kami lihat, apakah kamu (hud-hud) benar, ataukah kamu termasuk orang-orang yang berdusta.”

27-28: “Pergilah dengan (membawa) suratku ini, dan jatuhkanlah ia kepada mereka, kemudian berpalinglah daripada mereka, lalu perhatikanlah apa yang mereka kembalikan (jawab).”

27-29: Berkata ia (Ratu Saba’): "Wahai pembesar-pembesar! Sesungguhnya telah dijatuhkan kepadaku sepucuk surat yang mulia.”

27-30: “Sesungguhnya ia daripada Sulaiman, dan sesungguhnya ia (menyebutkan): Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).

27-31: “Bahawa janganlah kamu sekalian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai Muslimin (orang berserah diri).”

27-32: Berkata dia (Ratu Saba’): "Wahai para pembesar! Berilah fatwa kepadaku dalam urusan ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu menyaksikan.”

27-33: Mereka menjawab: "Kita adalah orang yang memiliki kekuatan dan memiliki keberanian yang sangat (tinggi), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.”

27-34: Dia (Ratu Saba’) berkata: "Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia (jadi) hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.”

27-35: “Dan sesungguhnya aku akan mengirim kepada mereka suatu hadiah, dan menunggu apa yang akan dibawa kembali oleh utusan itu.”

27-36: Maka tatkala utusan itu sampai kepada Sulaiman, dia (Sulaiman) berkata: "Adakah kamu (hendak) membantu aku dengan harta? Maka apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikan-Nya (Allah) kepadamu; tetapi kamu merasa bangga dengan hadiahmu.”

27-37: “Kembalilah kepada mereka! Sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak terdaya melawannya, dan kami akan mengusir mereka daripada negeri (Saba’) itu dengan terhina, dan mereka (dalam keadaan) tidak berharga.”

27-38: Berkata (Sulaiman): "Wahai pembesar-pembesar! Siapakah antara kamu yang sanggup membawa singgahsananya kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai Muslimin (orang yang berserah diri)?”

27-39: Berkata 'Ifrit daripada (golongan) jin: "Aku akan datangkan kepada engkau singgahsana itu sebelum engkau berdiri daripada tempat duduk engkau. Dan sesungguhnya aku atasnya (membawa singgahsana itu), benar-benar kuat lagi boleh dipercayai.”

27-40: Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu daripada kitab: "Aku akan mendatangkannya (singgahsana itu) kepadamu sebelum matamu berkelip." Maka tatkala Sulaiman melihatnya (singgahsana itu) telah berada di hadapannya, dia pun berkata: "Ini termasuk kurnia Rab (Tuhan)ku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau mengingkari. Dan sesiapa yang bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Rab (Tuhan)ku adalah al-Ghaniy (Maha Kaya), lagi al-Karim (Maha Mulia).”

27-41: Dia (Sulaiman) berkata: "Ubahlah baginya (Ratu Saba’) akan singgahsananya, maka kita akan melihat apakah dia mengenalinya ataukah dia termasuk orang yang tidak mengenal.”

27-42: Dan tatkala dia (Ratu Saba’) datang, ditanyakanlah kepadanya: "Serupa inikah singgahsana kamu?" Dia menjawab: "Ia seakan-akan ini! Dan kami telah diberi pengetahuan sebelumnya, dan kami adalah Muslimin (orang yang berserah diri).”

27-43: Dan menghalanginya apa yang dipertuhankannya (dahulu) selain Allah. Sesungguhnya dia (dahulunya) termasuk orang yang kafir.

27-44: Dikatakan kepadanya: "Masuklah ke dalam istana!” Maka tatkala dia melihatnya (lantai istana itu), disangkanya kolam air, lalu disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah dia (Sulaiman): "Sesungguhnya ia adalah istana yang dipergilapkan (dibuat) daripada kaca." Berkatalah dia (Ratu Saba’): "Rabbi (wahai tuhanku! Sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri, dan aku aslim (berserah diri) bersama Sulaiman, kepada Allah, Rab (Tuhan) sekalian alam.

Al-chong.. nama gelaran..

Friday 19 October 2012

Ikhwah EMO

Bismillah

Pernah anda dengar term 'ikhwah emo'?? Mungkin tidak kerana term ini jarang2 digunakan.. (mungkin tak pernah dengar pun.. hehe..)

Tapi apa yang anda terbayang apabila disebut perkataan 'ikhwah emo'??

a) seorang ikhwah yang minat lagu2 genre emo?
b) seorang ikhwah yang berpakaian ala2 emo?
c) seorang ikhwah yang hatinya sangat mudah tersentuh pabila mendengar bacaan quran mahupun tazkirah tazkiyatun nafs?
d) seorang ikhwah yang sikit-sikit emo?

Burung-burung yang 'emo'!

Haaa, mungkin kita boleh bincang tentang ikhwah (a), (b) dan (c) di post yg lain kerana kita hanya akan berbincang tentang ikhwah (d) pada kali ini.. hoho

'Emo' yg dimaksudkan di sini lebih mudah kalau dijelaskan dalam bentuk contoh2 dalam dialog seharian:

i. Pak Jabit ni nak emo-emo pagi2 buta ni apa pasal??
ii. Hang ni nak 'emo' sangat pasai pa?? Lek lu..
iii. Agak2 la kalau nak 'emo' pun, sampai terbakor kedai Mak Som tu ha..

Emo - Perasaan marah ataupun naik angin yang sukar dikawal mahupun dihentikan oleh kawan mahupun lawan. Tanda-tanda: Suara keras & kuat, tindakan kasar & agresif, berwajah masam semasam asam jawa dsb.
[MJ, 2012]

Pasti sekarang anda sudah jelas lagi nyata bagai terang mentari lagi disuluh torch-light apa 'emo' yang saya maksudkan di sini.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini, wajarkah seorang muslim itu emo?
Ya, perlu lah emo..... tetapi bersyarat!

Jom usha 1 hadis nabi yg famous lagi masyhur:

Daripada Abu Hurairah r.a.: Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan aku wasiat. Baginda bersabda: "Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: "Janganlah engkau marah." (Riwayat al-Bukhari)

Nabi SAW yg kita kenali biasa memberi jawapan yang berbeda walaupun soalan yang sama ditanya oleh para sahabat kerana jawapannya khas untuk menyelesaikan isu sahabat itu masing-masing. Mungkin sahabat yg bertanya ini amatlah mudah bengang, berang (bukan Kuala Berang), mahupun angry bird. Nabi mengulangi jawapan yg sama sebagai tanda penegasan pada nasihatnya itu.

Jelas daripada hadis ini yang main point nya tidak wajar bagi kita terlalu mudah 'emo' @ marah apabila berhadapan dengan sesuatu yang boleh meng'emo'kan kita. Sabar bro..

Kalau kita tengok balik lembaran sirah nabawi, amatlah sukar untuk kita jumpa kisah di mana Nabi SAW yg kita sayangi 'emo'. Pasti ada kisah nabi 'emo' tapi yang pasti 'emo' yang patut kita contohi. Antaranya kisah di mana Nabi marah apabila ada sahabat yang kurang setuju dipotong tangan seorang wanita bangsawan yang mencuri. Ya, nabi marah ketika itu, wajahnya merah padam.. tapi, tiada sahabat yg terpelanting diterajang mahupun kata kesat dihamburkan.. malah Nabi SAW berdiri dan berkhutbah,

“Wahai manusia sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah, apabila seorang bangsawan mencuri, mereka biarkan. Akan tetapi apabila seorang yang lemah mencuri, mereka jalankan hukuman kepadanya. Demi Dzat yang Muhammad berada dalam genggaman-Nya. Kalau seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri. Niscaya aku akan memotong tangannya.”

Sabar itu penawar 'emo'.

sabaq bro!! 

Ya, sememangnya sabar itu penghapus api 'emo'..tapi apakah kita sudah sabar ketika 'emo'???

...Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya yang dinamakan sabar itu adalah ketika (bersabar) pada pukulan (benturan) pertama”. (Hadits Shahih Riwayat Bukhari)

Apa yg kita boleh kaitkan hadis ini dengan perbincangan kita ialah, sabar itu ketika dipermulaan nak 'emo'. Bukanlah dikatakan sabar apabila pintu sudah dihempas, dinding sudah pecah terburai di-flying-kick, kerusi sudah patah dikarate, kata-kata keras, kesat, atau cacian sudah berterabur dari mulut barulah mahu bersabar. It's too late bro..

Lemah lah kalian jikalau terlalu mudah 'emo' tak tentu pasal kerana,

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Tahan marah, baru qowiy!!

Jadi marilah kita sama-sama mengawal emosi kita & jangan terlalu mudah untuk 'emo'. Muhasabah buat kita semua terutama diri sendiri yang mudah sekali 'emo'. :)

Akhir kalam, jom kita sama-sama tadabbur satu ayat quran yg osem ni;

“Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134)

wallahua'lam

p/s: Mintak maaf kalau panjang sangat, jangan marah! :P



musalman yg berjalan mencari redho tuhan

Peristiwa di bulan Zulhijjah

Oleh: Tariq Abdul Rahman

Bulan Zulhijjah merupakan bulan-bulan yang mempunyai kedudukan tertinggi di dalam jiwa umat Islam, iaitu salah satu bulan-bulan Haram dan bulan yang mengandungi beberapa peristiwa besar, yang paling utama dan paling besar ialah perhimpunan Islam sedunia sempena menunaikan fardu haji.

Di antara peristiwa di bulan yang agung ini:

1. Ghazwah dan peperangan

Pada 11 Zulhijjah 571H Salehuddin al-Ayubi Berjaya merempuh kubu kukuh yang menjadi tempat saliran air. Ia termasuk dalam strategi utama mewujudkan kesatuan Islam. Kubu ini Berjaya ditawan selepas berlaku pengepungan selama 38 hari. Salehuddin al-Ayubi mengukuhkan binaan kubu selepas menerima penyerahannya yang kini dikenali Qal’ah Sultan Salehuddin. Fungsinya menyamai yang diguna pakai bagi menyatukan tentera-tentera bersekutu yang terdiri dari tentera Halab dan tentera Salib Antakiyah.

Pada 4 Zulhijjah 616H kota Bukhara telah jatuh ke tangan tentera Moghul di bawah pimpinan Gengiz Khan selepas berlaku pengepungan selama tiga hari. Tentera Moghul telah memburu seluruh penduduk Bukhara dan menggunakan pedang kepada semua orang yang masih hidup di dalam kota dan mengakhiri kekejaman mereka dengan membakar seluruh kota!!.

2. Kelahiran

Pada 25 Zulhijjah 1326H lahir seorang sarjana besar Abdul Salam Muhammad Harun seorang “syaikhul muhaqqiqin” (penyelidik atau pengedit besar), perintis dalam seni penyelidikan khazanah silam dan meninggalkan puluhan bahan ilmiah Arab seperti buku-buku sastera dan bahasa yang diperakuinya. Antara yang paling utama ialah “Al-Kitab” karya Sibaweih, “Al-Hayawan” karya Al-Jahiz dan “Khazanah al-Adab” karya al-Baghdadi.

Pada 5 Zulhijjah 1335H lahir seorang pendakwah, muslih, faqih dan mujaddid Syeikh Muhammad al-Ghazali di Mesir dan menamatkan pengajiannya di Al-Azhar. Beliau menghabiskan usianya dengan menjalankan dakwah dan memusatkan dakwahnya dalam hal membaharui iman kepada Allah, memerangi kekerasan dan kezaliman, seruan kepada keadilan sosial, membebaskan dan membangkitkan umat.

3. Kewafatan

Pada 26 Zulhijjah tahun 27H Khalifah Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab telah terbunuh setelah ditikam oleh Abu Lukluk seorang Majusi yang dikatakan berdendam ketika beliau sedang memimpin solat. Saidina Umar telah dilantik menjadi khalifah selepas kewafatan Abu Bakar as-Siddiq. Beliau memerintah selama sepuluh tahun di mana jajaran Negara Islam telah bertambah luas. Pada masa pemerintahannya dipenuhi dengan keadilan dan kemuliaan kepada umat Islam. Pada zamannya juga Mesir dan al-Quds Berjaya dibuka.

Pada 18 Zulhijjah tahun 35H Khalifah Amirul Mukminin Uthman bin Affan r.a telah terbunuh di tangan orang-orang yang terpedaya dengan fitnah. Sumbangan utama Saidina Uthman ialah menghimpunkan al-Quran di dalam satu mushaf. Tempoh pemerintahannya selama 13 tahun. Beliau mendapat gelaran “Zu an-Nur’ain” kerana mengahwini dua puteri Rasulullah, Ruqayyah dan Ummu Kalthum.

Pada 6 Zulhijjah tahun 158H Khalifah Abu Jaafar al-Mansur, pengasas sebenar Daulah Abbasiyah telah mangkat. Baginda telah Berjaya mengukuhkan tonggak dan sendi Daulah serta menyelesaikan semua fitnah dan kebangkitan rakyat yang wujud untuk menentangkannya. Sebagaimana yang diketahui baginda adalah seorang khalifah yang sangat mengambil berat tentang kebajikan dan urusan Negara. Baginda jugalah yang mengasaskan kota Baghdad dan seterusnya menjadinya sebagai ibukota Daulah Abbasiyah. Baginda telah mendapat nasihat secara langsung tentang pembinaannya dari Imam Abu Hanifah an-Nu’man.

Pada 26 Zulhijjah 206H al-Hakam bin Hisyam bin Abdul Rahman salah seorang raja Andalus yang terkenal telah mangkat. Baginda telah dilantik pada usia 26 tahun. Al-Hakam merupakan raja pertama yang mendapat kemuliaan di Andalus.

Pada 11 Zulhijjah 207 seorang sejarawan besar, Muhammad bin Umar al-Waqidi telah meninggal dunia. Beliau adalah sarjana ilmu al-Maghazi dan Sirah. Penulis kitab “Al-Maghazi”. Dilahirkan di Madinah dan memperolehi ilmu di tangan ulama setempat, kemudian menetap di Baghdad sehingga meninggal.

Pada tahun 286H Muhammad bin Yazid bin Abdul Akbar yang lebih dikenali dengan “Al-Mubarrad” telah meninggal dunia. Beliau digelar Al-Mubarrad, menurut satu riwayat kerana kecantikan wajahnya dan satu riwayat lain kerana ketelitian dan kepetahan jawapannya. Al-Mubarad adalah pemimpin sarjana ilmu Nahu tanpa sebarang pertikaian. Belaiu juga imam pada zamannya dalam bidang sastera dan bahasa yang diperolehi dari gurunya al-Mazny. Beliau hidup sezaman dengan 9 orang khalifah Abbasiyah. Di antara sumbangan al-Mubarrad ialah penulisan kitab “Al-Kamil” dalam bidang sastera dan bahasa.

Begitu juga pada tahun 463H di bulan Zulhijjah telah meninggal dunia al-Hafiz Abu Bakar Ahmad bin Ali bin Tsabit, yang lebih dikenali dengan “Al-Khatib al-Baghdadi” yang merupakan salah seorang imam Hadith dan sejarah pada kurun ke 5H. Beliau telah menghasilkan banyak karya tentang sejarah dan yang terkenal ialah “Tarikh Baghdadi”.


Friday 12 October 2012

Tips untuk mengelak dari bersangka buruk.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)


Ayat di atas ditujukan kepada orang yang beriman. Setiap perkara yang di atas kita perlu rasa DITUJUKAN KEPADA KITA. Agar kita rasa tergerak untuk tergolong dalam golongan yang beriman.

Dalam berukhuwwah , kita perlu ada ithar dan juga husnudzon (brsangka baik). Tapi, husnudzon itu bukanlah mudah seperti yang disangkakan dan tidak boleh dipandang ringan. Kerana bersangka buruk hanya membawa kepada perpecahan umat.

1) "Muslim sesama muslim ibarat bangunan kukuh, akan sentiasa ada syaitan yang menyelinap untuk melemahkan asas bangunan tersebut."

 Kata-kata ini diucapkan oleh seorang Ustaz yang pernah memberi pengisian di  NZ.Yang mengikat hati para muslimin adalah UKHUWWAH FILLAH seperti simen yang menyatukan batu bata. Akhirnya, batu bata itu membentuk satu bangunan yang kukuh. Syaitan pula akan cuba untuk meniup sangkaan-sangkaan yang buruk di dalam hati kita. Tujuannya, untuk melemahkan 'simen' ataupun UKHUWWAH FILLAH itu tadi.
Jadi, bila mula nak bersangka buruk, ingatlah, bukan lagi UKHUWWAH FILLAH antara kita dan sahabat, tapi syaiton.

2) Adakah 1 kesalahan menafikan 1001 kebaikan dia?

 Kebiasaannya, sangka buruk akan bermula apabila kita ditakdirkan Allah SwT terlihat keburukan/keaiban yang sahabat kita lakukan. Akhirnya, kita mula syak yang bukan-bukan. Tetapi, kita harus ingat, sebenarnya kebaikan dia lagi banyak daripada apa yang kita tahu. Entah-entah, dia la yang lap habuk di atas meja kita. Entah-entah, dia la yang jemur dan melipat baju kita. Entah-entah, dia memang sengaja masak lauk kegemaran kita, sedangkan kita fikir kebetulan dia masak lauk tersebut. Entah-entah, kebaikan dia bukan sahaja 1001, tetapi 10001 ataupun 10000001. Bukan sahaja kepada kita, bahkan kepada orang sekeliling yang lain. Jadi, janganlah disebabkan 1 kesalahan dia, kita terus lupa kebaikannya yang lain.

"2 perkara yang kita perlu ingat: Kebaikan mereka kepada kita dan keburukan kita kepada mereka.

2 perkara yang kita perlu lupa : Keburukan mereka kepada kita dan kebaikan kita kepada mereka."


3) Mencipta alasan untuk mereka.

Apa yang para salafussoleh lakukan untuk mengelakkan dari bersangka buruk ialah dengan mencipta 70 alasan jika sahabat mereka itu terbuat kesalahan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam sangkaan yang bukan-bukan.

"Oh, mungkin dia bangun lewat sebab bangun tahajud kot malam tadi."
"Oh, mungkin dia terminum air aku dalam peti sejuk sebab masa tu dia tercekik peha ayam kot."

Jadi, pendapat di atas tidak hanya terbatas di situ. Mungkin ada lagi cara-cara yang boleh digunakan untuk bersangka baik sesama Mukmin yang saya tidak nampak, tapi kalian nampak.

Credit: msjilbabpink.blogspot.com

Apapun, carilah cara apa pun, agar kita sentiasa berlapang dada dan hati sentiasa tergerak untuk berkasih sayang sesama Mukmin.

Wallahualam.

Oleh: Omar