Friday 28 September 2012

Iphone5, suatu review.

Hmm. Dengarnya baru-baru ini keluar lagi smartphone baru dari apple kan? iPhone 5 namanya. Sedar-tak sedar, dah berpuluh-puluh malah mungkin sampai ratusan smartphone dah keluar hari ini kan. iPhone 5 ni dengarnya datang dengan design baru, lebih laju, lebih bla bla bla. Eh, review saya bukan nak cerita tentang spec iPhone 5 ye. 

Saya teringat hari-hari ketika saya masih kanak-kanak. Belum ada smartphone lagi masa tu. Handphone pun berapa kerat je ada. Yang tu pun besar macam botol air. Sampaikan ada yang buat botol air dengan bentuk handphone. Dan sayalah salah seorang penggunanya.

Zaman berubah. Sewaktu di sekolah menengah, datang pula handphone yang baru. Masa tu banyak sangat handphone digunakan. Malah, ramai dari kalangan kita yang curi-curi bawa handphone pergi sekolah. Masa tu handphone punya fungsi dah lebih dari sekadar telefon biasa. Dah boleh dengar mp3. Boleh tangkap gambar. Boleh rakam video. Dan ada juga yang katanya boleh digunakan untuk membaling anjing. Entah saya pun tak pernah try.

Dalam beberapa tahun yang baru ini, masih-masih baru, muncul pula smartphone. Datang dengan fungsi yang lebih banyak. Hinggakan ada yang menjadikan smartphone sebagai pembantu peribadi dikala senang dan susah. Cewah. Uniknya smartphone ni, dalam setahun, entah berapa bilangan "generasi baru" yang keluar. Samalah seperti iPhone. Sudah generasi kelima sekarang. Kedatangannya dinanti-nanti. Bukan oleh seorang, bukan lima orang. Bukan sekadar di Amerika. Jauh lagi. Sehingga ke Uganda, Armenia dan Samoa.



Saya pernah terbaca tweet dari seorang sahabat. Bagaimana setiap masa akan sentiasa keluar smartphone yang baru. Akan sentiasa cuba untuk memuaskan hati manusia. Tapi tak pernah puas bukan? Kalau tidak, kedatangan generasi baru tu mesti tidak mendapat sambutan langsung. Masing-masing dah puas dengan handphone baling anjing(katanya).

Itulah manusia. Tidak pernah puas. Tidak pernah cukup. Saya teringat sepotong hadis dari baginda s.a.w:

Dari Ibnu 'Abbas, ia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ مِثْلَ وَادٍ مَالاً لأَحَبَّ أَنَّ لَهُ إِلَيْهِ مِثْلَهُ,  وَلاَ يَمْلأُ عَيْنَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ  , وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak semisal itu pula. Mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6437) 

Bukanlah saya mahu mengatakan kita tidak boleh memiliki smartphone baru. Bukan bukan. Tetapi saya takut kalau-kalau nanti kerisauan kita, tamak hidup kita terhadap barang-barang duniawi lebih dari kerisauan kita terhadap hidup selepas mati. Lebih dari tamak kita untuk mencari cinta Ilahi.

Belilah iPhone 5 demi dakwah. Belilah Galaxy S3 supaya mudah untuk kita menjadi seorang khalifah. Belilah apa sahaja. Dan letaklah Allah sebagai yang utama.


Teori Langmuir, Water Droplet dan Gorter & Grendel Experiment

Tiga teori sains yang disebut diatas adalah teori membuktikan bagaimana asas kepada phospholipid bilayer model, yang juga merupakan lapisan paling luar dalam cell kita; cell membrane.

Menurut theory diatas, phospolipid terdiri daripada 2 lapisan, iaitu satu menyukai air; water-loving, dan satu lagi membenci air; water-hating. Hasil daripada 2 lapisan ini, maka terjadilah water droplet, sekiranya setitis minyak dititikkan kedalam air.



Teori ini membuktikan bahawa minyak, jika dicampur bersama air, maka ianya tetap dengan ciri2 nya, dan sama sekali tidak akan bercampur dengan air tersebut, hatta membentu satu lapisan istimewa disekelilingnya (disekeliling minyak itu). Ianya tidak sama dengan ciri2 air panas, dan juga air sejuk, bila dicampurkan mula2 akan menjadi suam, kemudian akan menjadi air sejuk bila dibiarkan. Molekul mereka sebati, akhirnya. Berbeza sekali dengan teori water droplet yang disebutkan pada sebelumnya.

Apa mesejnya? Daripada sifat minyak tadi, apabila dititiskan didalam air, maka ianya sangat tegar, dan tidak dicampurkan sifat2 nya dengan sifat2 air, walaupun dibiarkan lama sekalipun, ia tetap tegas dengan pendiriannya. Maka samalah jua dengan kita, dengan pendirian kita, dengan keislaman kita, dengan akidah kita, dengan keimanan kita, maka seharusnya dengan islam yg sebenarnya, sepertimana difahami oleh nabi kita SAW dan juga para sahabat, seharusnya kita tegar dan tegas dengan pendirian kita sebagai seorang muslim walau dimana jua kita berada.

Begitu juga jika kita berada dalam masyarakat yang sungguh teruk akidah dan akhlak nya, seharusnya kita tidak mudah larut bersama masyarakat tersebut. Kekalkan pendirian kita, jika kita benar bersama islam.

Selain itu, ciri2 minyak tadi seharusnya kita contohi dalam membezakan islam dan jahiliyah dalam hidup kita. ISLAM dan JAHILIYYAH adalah seperti molekul minyak dan molekul air. Kedua-duanya tidak akan pasti bersatu, sama-sekali, tidak akan. Yang islam tetap akan islam, dari segi tindak tanduk dan perilaku, cara berfikir dan setiap apa yang kita lakukan dalam hidup, jika ianya islam, ia takkan menjadi jahiliyyah, dan SEKIRANYA IANYA JAHILIYYAH, MAKA IANYA ADALAH JAHILIYYAH.

Wallahu’alam.

http://facebook.com/ikhwan.megatkhas
http://jerzeymk.tumblr.com/

Thursday 27 September 2012

Loser?

Bismillah.

Kadang-kadang anda mungkin rasa loser dengan apa yang anda buat. Tidak kira dalam soal pelajaran, dakwah dan tarbiyyah, mahupun pencapaian-pencapaian anda di dalam bidang ko-kurikulum serta bidang-bidang yang lain yang anda usahakan.

Mungkin anda juga sering bermonolog sendirian: ‘apa yang telah aku buat?’ ‘adakah aku telah menyumbangkan sesuatu kepada Islam?’ ‘mengapa aku tidak melihat sebarang perubahan kepada orang-orang di sekeliling yang telah diseru ke arah kebaikan?’ ‘hah, program tak ramai orang datang? Kenapa, mengapa, bagaimana, adakah dan segala persolan beratur di minda anda.

Dan anda akan mula rasa loser.

Kerana kadang-kadang anda menyukat rasa loser itu dengan ukuran pandangan masyarakat sekeliling anda, dengan sukatan manusia biasa yang mempunyai pelbagai expectation, tanggapan dan tidak kurang juga yang sarkastik.

Tetapi jangan risau. Bukan anda seorang sahaja yang loser. Mari kita lihat contoh mereka-mereka sebelum kita yang juga merupakan seorang ’loser’.


1. Nabi Yusuf

Jika kita hidup pada zaman Nabi Yusuf, kita mungkin akan merasakan bahawa beliau seorang ‘loser’. Tidak disukai abang-abang, dicampak ke dalam perigi, terpisah dengan bapa kandung, digoda oleh isteri pembesar, dan akhirnya meringkuk ke dalam penjara.

‘The perfect loser’. Mungkin itu pandangan anda.

Tetapi tidak bagi Allah. Bagi Dia Yusuf seorang yang istimewa. Tatkala semua manusia menganggapnya sebagai loser, Allah mengangkat baginda sebagai pembesar di Mesir dan memberi kedudukan yang mulia di sisi-Nya.

Dan Yusuf kelihatan sangat gagah dan tampan di situ.


2. Kisah Rasulullah dan Zaid bin Harithah di Thaif

Siapa yang tidak tahu kisah ini, kisah di mana kaki Rasulullah kesayangan anda telah berdarah akibat dilempar batu oleh penduduk Thaif yang tidak mahu menerima dakwah. Rasulullah mengesat darah yang mengalir dari kakinya, bimbang darah itu menitis ke bumi kerana tidak mahu bumi Thaif menjadi saksi bahawa mereka yang ‘masih belum beriman’ menyakiti baginda, lantas mengundang kemarahan Allah.

“Sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Siapa tahu mungkin mereka yang akan mengungkap kalimah la ilaaha illallah nantinya datang dari keturunan ini?” Dan Rasulullah tidak berhenti mengungkap doa.

Anda rasa ini ialah loser. Kenapa tidak saja meminta pertolongan malaikat melemparkan gunung ke atas mereka? Biar mereka rasa. Mereka sudah terlalu jahat kepada baginda.

Loser? Allah wa rasuuluhu a’lam.

Selepas baginda wafat, sebahagian ummat Islam keluar dari deen dan keadaan di jazirah Arab pada waktu itu kecoh dan kacau. Wujud juga beberapa kumpulan yang menentang Islam yang sewaktu itu di bawah pimpinan khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq.

Tetapi anda tahu tak siapakah yang memberi sokongan yang kuat kepada khalifah?

Penduduk Makkah dan Thaif. Ya, yang anda rasa dah takde harapan tu.

Mereka mempertahankan Islam dengan bergaya di ambang kekacauan itu.

Dan banyak lagi kisah-kisah loser yang lain. Kisah perjanjian Hudaibiyah, Perang Yarmouk dan sebagainya.

Oh ye, tak lengkap pula rasanya jika kita terlepas pandang kisah-kisah loser abad ini. Ye lah, dah zaman millenium kan, ada lagi ke kisah-kisah loser?

Ada.


1. Kemusnahan WTC

Satu dunia kecoh dengan peristiwa ini dan menuduhnya didalangi oleh orang Islam. Arghh, losernya. Semua nak tuduh orang Islam. Apa–apa yang berkaitan dengan bom dan keganasan, semua orang Islam yang buat.Ish.

Loser ke ummat Islam?

Tak. Selepas kejadian tu, kan berbondong-bondong rakyat Amerika memeluk agama Islam. Pada mulanya, mereka mesti rasa curious kenapa semua orang tuduh orang Islam yang buat. Lepas dah kaji Islam secara mendalam, mereka tak percaya propaganda yang disebarkan kerajaan mereka. Mereka masuk Islam dengan kepercayaan yang teguh dan iman yang mengakar kuat.


2. Filem ‘Innocence of Muslim’

Kurang ajar betul Sam Bacile ni, sesuka hati je buat filem yang menghina Rasulullah. Ish, losernya. Kenapa dari dulu lagi akan selalu ada orang yang tak puas hati dengan Nabi? Lukis kartun Nabi la, bakar Al-Quran la.

Loser ke ummat Islam?

Tak langsung. Ketinggian martabat Rasulullah bukan diberikan oleh manusia, tetapi oleh Allah. Fuh, kalau Allah dah bagi pangkat yang mulia kat Nabi, takde maknanya orang lain nak rendah-rendahkan. Sudah termaktub dalam kitab, untuk Rasulullah - maqaman mahmuudan (maqam yang terpuji). Tak boleh ubah.

Dan mesti masyarakat barat tertanya-tanya, kenapa la dari dulu selalu je ada orang yang nak buat sesuatu untuk insult nabi? Mesti la orang ni istimewa dan ada sesuatu yang tiada pada orang lain.

Haa, mesti mereka curious nak tahu kan? Itu kan sikap mereka, suka mengkaji dan mendalami sesuatu. Mana tahu, bertitik-tolak dari peristiwa ini, mereka akan mula mengkaji tentang Rasulullah dan pada akhirnya, mereka pasti akan mengetahui bahawa keperibadian Rasulullah tersangatlah mantap dan ‘osem’.

Kan?

Allah wa rasuuluhu a’lam.



Kalau mengukur loser dari neraca timbangan manusia, memang kita akan rasa loser. Dah study bagai nak rak, tapi tak boleh score, aduh,memang rasa loser habis.

Tapi itu di sisi manusiawi kita dan orang lain.

Kalau kita belajar dengan niat yang ikhlas, semuanya kerana Allah, dah study sungguh-sungguh, tapi result tak best, semuanya kembali kepada Allah.

Allah tahu yang terbaik.

Kita sibuk berdakwah dan mengajak orang kepada kebaikan, tapi takde seorang pun nak ikut, jangan rasa loser.

Kita hanya mampu berusaha, segalanya dikembalikan kepada Allah, Dialah yang maha memberi hidayah.

Jangan sesekali mengukur tahap loser itu mengikut logik akal kita,tapi ukurlah dengan pandangan Allah. Allah tak melihat hasil, tetapi Allah lihat usaha dan keikhlasan yang kita berikan. Segala-galanya lillaahi taa’la.

Kita tidak mahu mengikut jejak langkah makhluk yang berbicara seperti ini:

“Aku dari api, dia dari tanah. Maka aku lebih mulia dari dia.”

Berbicara mengikut logik akal semata-mata, kadang-kadang mengundang padah.

Semoga Allah sentiasa memberi kita petunjuk.

Source:


Saturday 22 September 2012

Bergaul tetapi tidak bercampur


"Is, takkan Is tak boleh nak bagi sedikit pun peluang kat Jah? Is tak kesian kat Jah ke? Apa kurangnya Jah?" Jah bersuara memecah keheningan petang itu.

"Tak mungkin Jah. Is tak sanggup. Kita memang jauh berbeza. Is nak ke utara, Jah nak ke selatan. Is pilih A tapi Jah pilih Z. Tak mungkin kita boleh bersama Jah. Haluan kita tak sama!" Is teguh berpegang pada pendiriannya.

"Tak paham la Jah dengan Is ni. Orang berlumba-lumba nak dekat Jah tapi Is pula nak lari dari Jah. Apa tak cukup moden ke Jah ni? Tak cukup up-to-date ke?" Jah tak berputus asa cuba mempengaruhi Is.

"Is minta maaf. Jah dah terlalu jauh dari syariat yang Allah tetapkan.Memang kita takkan boleh bersatu!" Is nekad. Memang mustahil untuk mereka bersama. Dan petang itu menjadi saksi, perpisahan antara Islam dan Jahiliyah.

Kisah di atas adalah realiti kita semua. Saya yakin setiap dari kita pasti mempunyai kisah masing-masing. Biarpun jalan ceritanya berbeda,tetapi latarnya insyaAllah masih sama. Ya latarnya sama buat mereka-mereka yang mahu kembali kepada Allah, buat mereka yang berusaha keras untuk memperbetulkan jalan kehidupan berlandaskan syariat Allah, buat mereka yang saban hari berperang dengan perasaan untuk membanteras jahiliyah dan menanam Islam di dada.

Islam dan jahiliyah itu ibarat air teh dan air kopi. Yang tidak mungkin enak bila dicampur dan diminum bersama. Rasanya pasti pelik, malah mungkin mampu membuatkan kita termuntah! Air teh yang coklat jernih warnanya pasti rosak dan kelam dek campuran air kopi. Hitam tidak dapat dibeza mana kopi mana tehnya.

Begitu jualah dengan Islam dan Jahiliyah. Kalau dicampur-adukkan kehidupan Islam dan Jahiliyah,pasti rosak akidah! Gelap hidup tak keruan tiada arah!



Namun begitu, menghilangkan racun-racun jahiliyah dari diri bukanlah bermaksud tidak bergaul langsung dengan mereka yang masih terbelenggu dalam arus jahiliyah. Lupakah kita pada aslih nafsak wad’u ghairak?Baikilah dirimu sahabat tetapi jangan lupa juga menyeru orang lain.

Bak kata Syed Qutb : yakhtalithun walakin ya tamayyazun- bergaul tetapi tidak bercampur. Bergaullah dengan mereka. Selami perasaan mereka yang masih terseksa jiwanya dek kerana bisa jahiliyah.Kerana kalau bukan kita yang sudah sedar betapa bahayanya jahiliyah berusaha untuk menarik mereka yang masih tenggelam dalam keseronokan dunia,siapa lagi?

Akhir kata, jadikanlah dirimu seperti serbuk teh atau serbuk kopi yang menghasilkan warna pada air kosong tetapi akhirnya mendap juga dibawah! Bergaul tetapi tidak bercampur! Allahu a’lam

credit: annesophillea

Saturday 15 September 2012

Bukan Untuk Si Manja…. !


Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.

Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.

Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.

Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.

Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.


yang cepat mengalah,
yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. 
yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. 

Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.

Berbahagialah seadanya.





Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.

“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


Wednesday 12 September 2012

Apa Yang Kita Mahu Sebenarnya Daripada Tarbiyah

Diskelemer I: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang sudah berada dalam keretapi dakwah dan tarbiyah. Barangsiapa yang berdegil dan mahu mengambil risiko, saya sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kes lompat gaung atau berenang bersama jerung.


Diskelemer II: Artikel ini memang niatnya untuk menembak kepala (Baca: Headshot) orang yang sudah lama berbulatan gembira. Jadi silalah bersedia dengan sebarang alat bantuan tambahan seperti jaket kalis peluru, losen kalis api dan topi keledar setebal lapan inci.



-ayat daripada angelwearsgucci.blogspot.com-



Mungkin post ni bukan lah sehebat artikel yang dikeluarkan oleh penulis blog di atas. Tetapi disebabkan sangat malas untuk menulis disclaimer maka saya copy and paste sahaja.


Ada sesetengah orang yang sudah lama join usrah. Sudah pun bergerak di dalam dakwah dan tarbiyah di kawasan masing-masing. Mungkin suatu ketika dulu di mana kita mula-mula ditarik di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini, jalan ini berjaya mengubah diri kita 180 degree dengan sangat drastik. Daripada kita yang sebelum ini banyak memikirkan perkara lagha dan membuat aktiviti tidak berfaedah malah maksiat pula, dakwah dan tarbiyah berjaya mengubah kita menjadi seorang yang lebih kenal tujuan hidup dan maka kita bergerak bersama kereta api dakwah dan tarbiyah sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.


Ikhwah yang di kasihi sekalian, mungkin ada satu masa selepas beberapa ketika kita di dalam dakwah dan tarbiyah ini kita akan merasa sesuatu yang kita tidak pernah rasa sebelum ini. Perasaaan ini adalah ketika di mana kita merasakan bahawa kita seakan-akan tidak dapat meningkat. Bahan-bahan di dalam usrah mula dirasakan kering. Daurah-daurah di rasakan tidak mampu untuk mengembalikan semangat. Jaulah dan rehlah gagal menyemarakkan ukhuwah. Mukhayam gagal menghasilkan six pack (ok, ini main2). Jalan dakwah dan tarbiyah ketika itu gagal memberi apa yang kita harapkan dan kita dapat sebelum ini.


Ketika itu perasaan kita bergolak dan kita mulai mencari sebab. Banyak benda yang kita boleh jadikan sebab. Maka kita mula mengatakan apa yang tidak kena daripada pandangan kita. Kita boleh menyalahkan naqib yang tidak pandai mengendalikan usrah. Kita boleh menyalahkan ikhwah/akhawat yang tidak serius. Kita juga boleh menyalahkan PIC program jaulah rehlah daurah mukhwayam kerana gagal membentuk suasana. Nak katanya, banyak benda yang boleh kita persalahkan.


Tetapi ikhwah yang dikasihi sekalian, adakah itu attitude yang betul? Adakah itu attitude yang diajarkan kepada kita sepanjang kita mengenal dakwah dan tarbiyah? Adakah selama ini kita di tarbiyah untuk menyalahkan orang lain?? Tentu tidak!


Sudah pasti kita tentu sahaja boleh menuduh orang sekeliling2. Tetapi adakah itu akan menyelesaikan masalah? Adakah itu akan menyebabkan kita mendapat kembali roh dakwah dan tarbiyah yang sudah lama kita x rasai? Sudah pasti tidak!


Ikhwah yang di kasih sekalian, di saat ini terjadi,renungkan kembali, apa yang sebenarnya kita mahu daripada dakwah dan tarbiyah ini? Apa yang sebenarnya kita betul2 mahu daripada dakwah dan tarbiyah ini? Apa yang sebenarnya kita mahu daripada dakwah dan tarbiyah ini? (sila fikir sampai dapat jawapan yang datang dari hati sebelum meneruskan pembacaan)


Jadilah lampu yang dapat menerangi orang lain ketika mana kita merasai ikhwah yang lain berada dalam keadaan gelap. Bimbinglah mereka di mana mereka tidak mengetahui. Bukan lah naqib itu sengaja membuat usrah yang x feel, bukanlah ikhwah/akhawat lain tidak mahu menjadi serius dalam dakwah dan tarbiyah, dan bukan PIC sengaja membuat program yang bosan. Mereka perlu diperbetulkan kerana mereka juga manusia biasa. Maka bimbinglah mereka.bukannya menunding jari.


Jika dakwah dan tarbiyah ini dapat membawa kita berubah seperti kita hari ini, tidak bolehkah jika dakwah dan tarbiyah ini mahu mengharapkan sesuatu daripada kita? Kita tidak selamanya akan menerima. Kita perlu memberi. Bak kata ustaz hasrizal, erti hidup itu pada memberi. Berilah dengan cinta.cinta kita kepada dakwah dan tarbiyah. Berilah dengan perasaaan kasih sayang.perasaan kasih saying kita kepada ikhwah/naqib. Berilah dengan sabar!sabar kepada gelagat dan sifat manusia yang berbeza. 


Dakwah itu adalah cinta. Dan cinta itu akan meminta semuanya daripada kamu.




Ps (1): mungkin apabila ada yang membaca ini dan merasakan artikel ini tepat mengenai kepala anda. Ketahuilah yang saya sebenarnya cinta kepada anda.
Ps (2):saya x pernah edit atau baca balik apa yang saya post kat blog ini.so please bear with me.


Tuesday 11 September 2012

Motivasi dakwah 2

Sila rujuk motivasi dakwah 1


Di dalam perjalanan nabi dan Abu Bakar untuk berhijrah mereka membuat keputusan untuk singgah di sebuah gua sebelum meneruskan perjalanan memandangkan kaum musyrikin quraisy sudah menjalankan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka. Emas, perempuan, pangkat, unta semua dijanjikan kepada sesiapa yang membawa balik nabi dan Abu Bakar sama ada hidup atau mati.



Taktik mendaki bukit untuk bersembunyi di dalam gua ini diharapkan berjaya oleh Abu Bakar dan nabi untuk bersembunyi sementara operasi musyrikin quraisy reda sedikit untuk meneruskan perjalanan.



Tanpa diduga, sekumpulan musyrikin quraisy membuat keputusan untuk naik ke bukit mereka bersembunyi. Apabila sampai berhampiran di pintu gua, kekasih nabi yang terkenal dengan sifat as siddiq, terkenal dengan keimanan nya, terkenal dengan pengorbanannya, terkenal dengan keberaniannya mula berasa gelisah. Dia berkata kepada nabi s.a.w “kalau aku mati, aku hanya mati seorang, tetapi jika engkau dibunuh,binasalah umat ini!” . Abu Bakar begitu risau dan cemas memandangkan musyrikin quraisy makin hampir.


Ketika ini rasulullah dengan sifatnya yang tenang memberitahu Abu Bakar “janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!”


Ikhwah,sekental mana semangat kita, seqawiy mana kita beramal, semangat mana kita bertajarrud kita pasti tidak dapat menandingi kehebatan sifat dan peribadi Abu Bakar. Abu bakar di landa kegelisahan tatkala bahaya menghampiri. Adakah Abu Bakar tidak tahu yang Allah sentiasa bersama mereka ketika itu? Pasti Abu Bakar tahu! Tetapi ayat ringkas dan sangat simple nabi ini berjaya menenangkan Abu Bakar. Jika Abu Bakar memerlukannya, apatah lagi kita?


Ikhwah yang dikasihi, ingatlah setiap detik kita mengharungi kehidupan Allah sentiasa bersama kita. Ketika kita susah atau bersedih, ingatlah Allah sangat tahu perasaan kita ketika itu. Allah lebih kenal kita daripada kita mengenal diri kita. Allah sahajalah yang boleh mengeluarkan kita daripada kesusahan. Merintihlah kepada allah. Minta lah kepada allah. Berdoalah kepada allah! Tiada siapa yang lebih boleh memahami kita selain daripada Allah!





“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,”




Bersambung....


Bulan Menangis. Tanah Meratap.


Di suatu malam yang sunyi, terdengar tangis esakan suatu suara yang halus. Panjang tangisnya. Mendayu suaranya. 

Tanah: Wahai bulan, apakah yang menyebabkan engkau menangis di tengah-tengah malam ini? Seperti anak kecil aku lihat. Khabarlah padaku.

Bulan: Wahai tanah, engkau tidak akan fahami diriku. Terletaknya aku di tengah-tengah langit. Hadirnya diriku di waktu malam. Sedangkan engkau ku dapati melekat dibumi. Engkau tidak akan faham tanah, tidak akan. 

Tanah: Apakah kerana kita tidak sejenis, engkau meragui persahabatan kita? Aku sudah mengenalmu bukan barang sehari dua. Kalkulator manusia juga belum tentu bisa menghitung perkenalan kita. Khabarkan sahaja padaku ceritamu. Mungkin-mungkin ada yang bisa aku tolongi.

Bulan: Saban malam aku muncul di langit manusia. Adakalanya sebentar. Adakalanya penuh semalaman. Ketahuilah wahai tanah, sahabatku, bahawa tiada malam yang aku lewati tanpa aku menyaksikan pendustaan manusia. 

Tanah: Pendustaan yang bagaimanakah maksudmu bulan?

Bulan: Aku masih ingat wahai tanah. Allah pencipta tubuhku pernah menawarkan diriku untuk menjadi khalifah atas muka bumi. Sungguh berat terasa olehku. Lalu aku menolak tawaran itu. Tidak berapa lama kemudian, aku dengar, makhluk yang bernama manusia menerima tawaran untuk menjadi khalifah. 

Tanah: Ya, aku tahu cerita itu. Aku sendiri pernah ditawarkan tanggungjawab yang sama. Ingat tak pada kisah sahabat kita sang gunung. Hampir-hampir sahaja dia menerima tanggungjawab itu. Kemudian dikhabar pula nasibnya yang akan hancur luluh sekiranya tanggungjawab itu didustai. 

Bulan: Aku lihat mereka yang bernama khalifah itu benar-benar seorang pendusta. Aku sendiri menyaksikan dari langit apa yang mereka perbuat saban malam. Maksiat, pembunuhan, penindasan golongan yang lemah, cinta dunia. Wahai tanah, andai aku sebut satu persatu, tentu sahaja engkau sendiri bosan dengan aku. Aku malu dengan Tuhanku tanah. Apakah yang akan aku persembahkan padaNya nanti bila aku ditanya sebagai saksi. Andai aku ini diberi pilihan, mahu sahaja aku memilih untuk menyorok. Biarlah aku ini tidak dikenali. Biarlah aku ini menjadi cerita-cerita mulut. Kerana tidak sanggup lagi aku untuk menjadi saksi perbuatan jijik manusia setiap kali malam menjelma wahai tanah.

Tanah: Andai itu sebab engkau menangis wahai bulan, ketahuilah bahawa akulah yang lebih menderita atas perbuatan manusia itu. Lihat sahajalah, mereka berzina atas tubuhku. Mereka membunuh bayi kecil, lalu ditanam dalam tubuhku. Mereka berjual-beli dengan cara yang hina atas tubuhku, mereka puasi cinta dunia mereka semuanya atas tubuhku wahai bulan. Bukankah aku yang lebih patut menangis berbanding engkau? Apakah yang harus aku jawab pada Tuhanku nanti?

Kedua-duanya menangis. Lebih sedu tangisnya. Lebih dalam ratapnya. Sedang manusia terus dan terus dengan dunia yang belum tentu dijamin esoknya. 



Motivasi Dakwah 1


Kisah nabi dan Abu Bakar ketika mana mereka hendak berhijrah daripada daerah yang mereka cintai Makkah ke bumi yang sangat asing, Madinah memang sangat lah masyhur dan tidak asing bagi kita. Di dalam kisah ini, kita menemukan beberapa pengajaran yang boleh dijadikan sebagai bekalan kita untuk menyelusuri jalan yang sangat panjang di hadapan kita.

Apabila kaum quraisy sudah nekad dan mengumpulkan pemuda-pemuda gagah perkasa untuk membunuh nabi s.a.w, nabi diperintahkan oleh Allah untuk keluar dari Makkah. Pada hari itu juga dengan menutup muka beliau, nabi s.a.w bergegas ke rumah Abu Bakar dalam keadaan matahari sedang terik. Apabila berjumpa Abu Bakar, Abu Bakar tahu ada urusan yang sangat penting dan memerlukan urgensi. Lantas nabi s.a.w berkata pada sahabatnya “aku diberi keizinan oleh Allah untuk keluar”. Lantas Abu Bakar bertanya “adakah aku akan menemani mu ya rasulullah?” Nabi menjawab dengan tenang “ ya benar”.


Apabila kita membaca kisah ini sepintas lalu kita mungkin tidak menemukan apa apa pengajaran. Mari lah kita membaca kisah ini dengan mata hati. Apabila rasulullah berkata pada Abu Bakar yang dia di perintahkan keluar, apakah reaksi yang paling logik jika kita dikhabarkan sedemikian rupa? Pasti kita bertanya semula “keluar pi mana eh?” ataupun “bila kene keluar” ataupun “berapa lama keluar”. tetapi tengoklah pada jawapan As Siddiq ini. Beliau bertanya “adakah aku akan menemani mu ya rasulullah?”. Apabila diteliti soalan ini, betullah dan logik sangat kenapa Abu Bakar digelar As Siddiq. Dengan penuh berharap tanpa menyoal apa-apa detail daripada rasulullah beliau seakan meng-offer-kan diri beliau kepada rasulullah.


Perlu kita ingat kembali apakah sebenarnya yang ditinggalkan oleh Abu Bakar di Makkah. Bukanlah setakat harta yang Abu Bakar tinggalkan di Makkah, malah kaum keluarga beliau. Asma’ anaknya, di tempeleng oleh Abu Lahab sehingga anting-anting beliau terputus daripada telinga. Itulah risiko yang di ambil oleh Abu Bakar! Pembesar quraisy bila-bila masa sahaja boleh membunuh keluarga beliau!

Subhanallah...moga kita dikurniakan iman sehebat Abu Bakar inshaallah! Amin ya rabb!


Bersambung...

Sunday 9 September 2012

Kamu Perlu Merubah Dunia Walaupun Keseorangan - Ustaz Kamarussalam Yusuf.


Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individunya agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar.

Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):

“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)

Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yang murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka. Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka. Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah: “Dia diutuskan sebagai sebuah umat”

Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab.

Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.

‘Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untukmenangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.

Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.

Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.

Benarlah kata-kata mereka yang menyifatkan:

“Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”. Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.

Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amalkerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yang dikatakan:

“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki”.

Mereka berusaha seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya. Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya.

Kesungguhan inilah yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:

“Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika kamu menyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.

Lantaran ini, mereka telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya. Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w:

“Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat” [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]

Amal kerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:

“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia” [Diriwayatkan oleh Ahmad]

Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiap individunya menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata:

Alangkah indahnya! Alangkah hebatnya Islam! Dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas, mereka tidak reladiri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.

“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempatmereka” [Muhammad: 12]

Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w:

“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”[Muttafaq ‘alaih]

Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap melengkapi kepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan Islam.

Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?

Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?


Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan?


Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular?


Siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia?



Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis dan Salibi Antarabangsa?



Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative kepada barangan mereka?



Siapa? Siapa? Siapa?




Pastikan kita!!!