“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani”. (Surah al-Hujurat ayat: 12)
Ayat di atas ditujukan kepada orang yang beriman. Setiap perkara yang di atas kita perlu rasa DITUJUKAN KEPADA KITA. Agar kita rasa tergerak untuk tergolong dalam golongan yang beriman.
Dalam berukhuwwah , kita perlu ada ithar dan juga husnudzon (brsangka baik). Tapi, husnudzon itu bukanlah mudah seperti yang disangkakan dan tidak boleh dipandang ringan. Kerana bersangka buruk hanya membawa kepada perpecahan umat.
1) "Muslim sesama muslim ibarat bangunan kukuh, akan sentiasa ada syaitan yang menyelinap untuk melemahkan asas bangunan tersebut."
Kata-kata ini diucapkan oleh seorang Ustaz yang pernah memberi pengisian di NZ.Yang mengikat hati para muslimin adalah UKHUWWAH FILLAH seperti simen yang menyatukan batu bata. Akhirnya, batu bata itu membentuk satu bangunan yang kukuh. Syaitan pula akan cuba untuk meniup sangkaan-sangkaan yang buruk di dalam hati kita. Tujuannya, untuk melemahkan 'simen' ataupun UKHUWWAH FILLAH itu tadi.
Jadi, bila mula nak bersangka buruk, ingatlah, bukan lagi UKHUWWAH FILLAH antara kita dan sahabat, tapi syaiton.
2) Adakah 1 kesalahan menafikan 1001 kebaikan dia?
Kebiasaannya, sangka buruk akan bermula apabila kita ditakdirkan Allah SwT terlihat keburukan/keaiban yang sahabat kita lakukan. Akhirnya, kita mula syak yang bukan-bukan. Tetapi, kita harus ingat, sebenarnya kebaikan dia lagi banyak daripada apa yang kita tahu. Entah-entah, dia la yang lap habuk di atas meja kita. Entah-entah, dia la yang jemur dan melipat baju kita. Entah-entah, dia memang sengaja masak lauk kegemaran kita, sedangkan kita fikir kebetulan dia masak lauk tersebut. Entah-entah, kebaikan dia bukan sahaja 1001, tetapi 10001 ataupun 10000001. Bukan sahaja kepada kita, bahkan kepada orang sekeliling yang lain. Jadi, janganlah disebabkan 1 kesalahan dia, kita terus lupa kebaikannya yang lain.
"2 perkara yang kita perlu ingat: Kebaikan mereka kepada kita dan keburukan kita kepada mereka.
2 perkara yang kita perlu lupa : Keburukan mereka kepada kita dan kebaikan kita kepada mereka."
3) Mencipta alasan untuk mereka.
Apa yang para salafussoleh lakukan untuk mengelakkan dari bersangka buruk ialah dengan mencipta 70 alasan jika sahabat mereka itu terbuat kesalahan. Tujuannya adalah untuk mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam sangkaan yang bukan-bukan.
"Oh, mungkin dia bangun lewat sebab bangun tahajud kot malam tadi."
"Oh, mungkin dia terminum air aku dalam peti sejuk sebab masa tu dia tercekik peha ayam kot."
Jadi, pendapat di atas tidak hanya terbatas di situ. Mungkin ada lagi cara-cara yang boleh digunakan untuk bersangka baik sesama Mukmin yang saya tidak nampak, tapi kalian nampak.
Credit: msjilbabpink.blogspot.com |
Apapun, carilah cara apa pun, agar kita sentiasa berlapang dada dan hati sentiasa tergerak untuk berkasih sayang sesama Mukmin.
Wallahualam.
Oleh: Omar
sesungguhnya serendah-rendah ukhuwah itu husnuzon.. ayuh kita husnuzon selalu agar ukhuwah terus gemilang!!! :)
ReplyDelete-MJ-