Dari Abdullah b. Umar R.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w telah bercerita:
Sekumpulan tiga orang pemuda yang keluar, mengembara ke suatu tempat.
Sedang mereka dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya memaksa
mereka untuk mencari perlindungan. Mereka bergegas berlari ke arah
sebuah gua. Setelah mereka masuk ke dalam gua, tiba-tiba, sebuah batu
besar jatuh dari atas gunung lalu menutup pintu gua. Mereka
terperangkap.
Gambar Hiasan |
Seorang dari mereka lalu berkata
kepada yang lain, "Ingatlah kembali akan amal kebaikan yang pernah
kalian lakukan ikhlas kerana Allah dan berdoalah padaNya semoga kita
diselamatkan dari masalah ini".
Lalu seorang dari mereka bersuara: Ya Allah, aku masih mempunyai ibu
bapa yang sudah tua, isteri dan anak-anak yang masih kecil. Setiap kali
selepas aku pulang dari bekerja, aku akan membawakan mereka air susu.
Aku mulai dengan menghidangkan susu tersebut kepada kedua ibu bapaku.
Suatu hari, aku terlambat pulang dari pekerjaanku. Aku dapati ibu bapaku
sudah tidur. Namun aku masih meneruskan rutinku. Aku perahi susu lembu
dan aku bawa kepada mereka. Tanpa mengejutkan mereka, aku berdiri
berhampiran. Pada waktu itu, sungguh tidak aku temui keutamaan memberi
susu itu kepada anak-anakku sebelum ibu bapaku menikmatinya. Biar anak-anakku berteriak
menangis meminta susu tersebut dariku, namun tidakku beri. Aku terus berdiri
sehingga pagi keesokan harinya. Ya Allah, seandainya amal yang aku
lakukan ini ikhlas keranaMu, maka permudahkanlah kami dari kesulitan
ini.
Lalu batu itu bergerak sedikit. Sedikit yang tiada orang mampu melepasinya.
Pemuda kedua pula mengadu: Ya Allah, pernah aku cintai saudara
perempuanku tidak kurang daripada cintanya seorang lelaki terhadap wanita.
Sungguh, suatu hari pernah aku godai saudaraku itu untuk berzina. Dia bersetuju menuruti kemahuanku seandainya aku penuhi permintaannya, hadiahi dirinya seratus dinar kerana dia terlalu memerlukan wang sebanyak itu.
Permintaan itu bagiku terasa amat besar. Namun tetap aku gagahi diriku untuk mencari
wang sebanyak itu. Apabila cukup sahaja seratus dinar, aku
kembali padanya untuk melakukan zina. Aku berikan padanya wang itu.
Ketika aku hampir sahaja melakukan dosa itu, dia berkata, "Wahai hamba
Allah, takutilah engkau pada Allah dan janganlah engkau merosakkan
ikatan itu melainkan dengan hak". Aku pantas berdiri meninggalkan dia.
Ya Allah, kiranya aku bangun meninggalkan dia itu adalah amalanku yang
paling ikhlas padaMu, maka ringankanlah beban kami Ya Allah.
Bergerak lagi batu itu sedikit. Kali ini sehingga menampakkan cahaya dari luar.
Kemudian, pemuda ketiga berkata: Ya Allah, telah aku upahi seorang
pemuda untuk menyukat padi beras. Setiap kali selesai sahaja kerjanya,
aku berikan baki padi beras sebagai hadiah, tetapi dia menolak. Lalu aku
gunakan padi itu sebagai benih. Tanaman padiku berhasil. Apabila aku
menuainya, maka aku memperoleh hasil yang sangat banyak. Kekayaan itu
menyenangkan diriku sehingga aku mampu untuk memiliki lembu dan kambing.
Pemuda tadi kemudian datang kepadaku dan berkata, "Takutilah Allah dan
jangan engkau menzalimi hakmilikku". Lalu aku katakan padanya,"ambillah
kesemua lembu dan kambingku ini". Dia lalu berkata,"Takutilah Allah dan
jangan engkau mempermain-mainkan aku". Aku menjawab,"Sungguh aku tidak
bermain-main, ambillah lembu dan kambingku ini". Wahai Allah, jika amal
ini ku lakukan ikhlas keranaMu, maka tenangkanlah diri kamu atas
kesulitan ini.
Maka bergeraklah batu yang menutupi pintu gua itu sehingga mereka boleh melalui dicelahnya.
Buku 36, Nombor 6607 (Sahih Muslim)
No comments:
Post a Comment