Wednesday, 10 September 2014
TADABBUR ALAM: BURUNG
Haiwan itu bertenggek di situ. Kadang-kadang menggaru-garu badannya yang lebat dengan bulu-bulu pelepah. Badannya anggun. Sangat sesuai dengan penciptaannya untuk terbang di langit. Kumpulan haiwan ini mempunyai banyak spesis- Enggang, Gagak, Rajawali, Belatuk, Helang dan Merpati. Burung, itulah dia. Sejenis haiwan yg diciptakan Allah untuk selalu berada di antara langit dan bumi.
"Dan tidaklah kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main"-(21:16)
Nah! Literally burung-burung ini selalu ada di dada langit. Bergerak ke sana ke mari dengan sayapnya sedangkan makhluk lain bersusah-payah mengesot-esotkan diri untuk bergerak. Terbang di udara. Hingga memberikan impian kepada manusia untuk menyertainya di udara. Maka muncullah lelaki- lelaki seperti Abbas Ibn Firnas dan Wright Brothers. Maka kini manusia mampu membelah udara terbang lebih tinggi dari sekawanan burung Artic Tern.
Namun adakah penciptaannya sia-sia? Tidak! Mustahil sekali sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat al-Quran tadi. Sudah tentu dan pasti, penciptaan mereka memberikan pengajaran kepada para duat di luar sana.
Cuba kita perhatikan. Perjalanan hidup mereka saban hari dan saban tahun. Ke mana sebenarnya mereka pergi? Di mana rumah mereka dan bagaimana pula mereka menjumpai makanan mereka hari itu?
Hidup mereka ini, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tinggal entah di mana. Bersarang entah di mana. Anak-anak burung yang menetas mencicit-cicit kelaparan. Sang burung pun meredah alam mencari makanan untuk dirinya dan keluarganya.
Bagaimana pula dengan duat? Adakah rumah mereka tiada? Adakah makan pagi dan makan malam mereka tidak terjaga? Apa lagi? Apa lagi urusan kita yg menyangkut kita dari bergerak menyampaikan firman-Nya? Apa lagi?
Sesungguhnya burung-burung di hadapan mata kita ini adalah tentera Allah. Sejak dari dahulu hinggalah hari ini, penghidupan mereka di hadapan mata kita para duat mengajarkan kita erti hidup sebagai jundullah. Siapakah yang diutus untuk mengajarkan Qabil supaya menanam saudaranya kalau bukan seekor burung gagak? Siapakah yang berusaha memadamkan api yang cuba membakar susuk tubuh Nabi Ibrahim kalau bukan tubuh kecil burung unai-unai? Bukankah burung-burung membentuk salah satu divisyen tentera udara Nabi Sulaiman? Bukankah burung Hud-hudlah yang mengintip kesyirikkan Ratu Balqis? Bukankah burung Ababil yang dikirim Allah untuk menghunjam batu sijjil?
Inilah identiti burung-burung ini. Mereka juga adalah Jundullah, sama juga dengan kita. Hidup mereka juga tinggal tak menentu, makan tak menentu keluarga tak menentu dan bermacam-macam lagi yang tak menentu. Namun mereka tetap tegar bersama Islam sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Meyampaikan al-Haq hingga tiada lagi fitnah di bumi, dan agama itu hanya untuk Allah semata-mata. Makan dan minum mereka dijaga sendiri oleh Allah. Bukankah tawakkal itu ibarat burung yang keluar di pagi hari dengan perut yang kosong, kemudian pulang dengan perut yang cukup? Tunggu apa lagi wahai daie? Bukankah cukup Allah sahaja sebagai pencukupmu?
"Hasbunallah wanikmal wakeel,wa ni'mal mawla wani'mannasir"
Cukuplah Allah sebagai wakilku, dan cukuplah Allah sebagai pelindungku.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"(47:7)
Ayuh, mari beramal!
MENGHILANGKAN KETANDUSAN DALAM DIRI
ANTARA nikmat terbesar yang kita peroleh, dan
insya-Allah masih memiliki, sekarang adalah nikmat Islam. Sekiranya anda
membaca artikel ini, atau melayari blog Risalah Deenz, kemungkinan besar anda
telahpun beragama Islam dan sedang beraspirasi untuk menyebarkannya. Anda
ibarat peneroka yang telahpun terjumpa sebuah lembah nan subur, dan anda mahu
menyeru mereka yang masih tercari-cari sebuah tanah subur untuk bersama-sama
menetap bersamamu di lembah itu.
Sungguhpun kita sangka kita telah berada di lembah itu, adakah kita sedang mengusahakan tanah di situ dengan cemerlang? Adakah kita sedang bersikap acuh tidak acuh, dibebani kemalasan dan miskin dengan kerajinan? Tanah subur tidak akan membuahkan sebarang hasil tanaman langsung sekiranya tanah itu dibiarkan.
Hayatilah hadis di bawah tentang tiga jenis manusia yang diumpamakan dengan tiga jenis tanah:
Daripada Abu Musa (Al-Asy’ari) radhiyallahu ‘anhu dia berkata, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Perumpamaan apa yang aku diutus oleh Allah dengannya dari hidayah dan ilmu adalah bagaikan air hujan yang turun membasahi bumi (tanah), maka ada bahagian tanah yang subur yang menyerap air maka ia menumbuhkan rumput dan tumbuhan yang banyak. Ada pula daripadanya tanah yang gersang yang menyimpan (menampung) air kemudian Allah menjadikannya manfaat bagi manusia. Maka mereka minum darinya, memberi minum haiwan ternak dan menanam. Dan ada pula tanah lain yang tandus gersang, ia tidak menyimpan air dan tidak pula bisa menumbuhkan tumbuhan. Itulah perumpamaan orang yang memahami agama Allah lalu dia mengambil manfaat dari apa yang aku diutus Allah dengannya, maka dia belajar dan mengajarkannya. Dan perumpamaan orang yang tidak mengangkat kepalanya (tidak menghiraukannya), dan tidak mahu menerima hidayah Allah yang aku diutus dengannya.”
(Hadis
Riwayat Sahih Al-Bukhari)
Kesimpulannya, hidayah Allah diibaratkan seperti air hujan. Air yang sememangnya memberi manfaat sejagat. Namun, terzahirnya kemanfaatan air hujan itu bergantung kepada tanahnya. Kalau tanahnya subur, maka tumbuhlah tanaman. Kalau tanahnya gersang, air hujan akan disia-siakan sahaja.
Menurut hadis ini, ada tiga jenis tanah yang boleh diumpamakan dengan manusia:
1)
Tanah subur
yang membuahkan tanaman
2)
Tanah
gersang yang menampung air buat minuman manusia dan haiwan
3)
Tanah
gersang yang langsung tidak memberi sebarang manfaat
Berdasarkan intipati hadis, ada dua golongan manusia yang diumpamakan dengan tanah-tanah yang disebutkan.
Pertama, golongan beriman yang fuqaha, atau mereka yang mempunyai kefahaman mendalam dengan agama Allah, boleh diibaratkan sebagai tanah subur. Kerana mereka, setelah menyerap hujan hidayah ke dalam sanubari mereka, terus membuahkan tumbuh-tumbuhan amal dan ilmu buat kebaikan sejagat. Sekiranya kita ingat akan ajaran sains, tumbuh-tumbuhan bukan sahaja memberi sumber makanan buat manusia, malah mereka juga membekalkan oksigen serta menadah air hujan agar adanya sungai-sungai yang memastikan tanah-pamah lain kekal subur. Manusia seperti tanah subur inilah yang bekerja keras agar pepohon Islam tetap ada agar ekosistem manusiawi terjaga sehingga ke hari ini. Tanpa mereka, tiadalah tanaman Islam, dan hancurlah bumi dengan kerosakan iklim jahiliah.
Berbeza pula dengan golongan manusia yang seperti tanah gersang. Air hujan tidak membasahkan jiwanya. Jiwanya tetap kering. Tiada pepohon Islam yang tumbuh. Yang ada hanyalah kegersangan yang menyusahkan mereka yang menetap di atasnya. Malah, hujan yang turun bertukar menjadi debu. Debu-debu inilah juga yang boleh merosakkan ekosistem umat, dan juga membunuh tanaman-tanaman lain yang dilemaskan ribut debu itu. Manusia seperti tanah tandus ini dikecam Allah swt sebagai orang:
yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka, dan yang hatinya keras membatu; dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran.
(Surah Al-Hajj, ayat 53)
Yang menariknya, golongan kedua, iaitu golongan manusia yang ibarat tanah gersang yang bermanfaat, tidak diceritakan secara terperinci. Ada pendapat mengatakan bahawa mereka ini perawi-perawi hadis yang menerima dan meriwayatkan ilmu mereka tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang ilmu mereka. Orang lain menerima manfaat daripada riwayat-riwayat hadis mereka, namun mereka sendiri tidak berkembang secara rohani.
Yang menariknya, golongan kedua, iaitu golongan manusia yang ibarat tanah gersang yang bermanfaat, tidak diceritakan secara terperinci. Ada pendapat mengatakan bahawa mereka ini perawi-perawi hadis yang menerima dan meriwayatkan ilmu mereka tanpa menjelaskan lebih lanjut tentang ilmu mereka. Orang lain menerima manfaat daripada riwayat-riwayat hadis mereka, namun mereka sendiri tidak berkembang secara rohani.
Boleh dikatakan juga, golongan kedua ini seperti penyokong-penyokong dakwah Islam. Walaupun mereka tidak berdakwah, merekalah yang memberi sokongan kepada golongan pertama. Hujan hidayah yang turun tidak dibazirkan oleh mereka, tetapi juga dimanfaatkan sepenuhnya. Mereka sekadar menakung air yang ada untuk kegunaan orang lain, yakni mereka tidak menghalang kerja dakwah. Namun mereka kekal gersang. Mengapa? Kerana Islam, sekiranya mereka memahami, menuntut kita untuk bukan sahaja menjadi pasif menerima ilmu. Tidak cukuplah jikalau kita sekadar menerima namun tidak mengalirkannya. Siapa lagi yang harus menyebarkannya sekiranya bukan kita? Seperti yang difirman Allah swt:
“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh"
(Surah Fussilat, ayat 33)
Maka jelaslah golongan mana yang lebih baik.
Kita mempunyai pilihan untuk menjadi salah satu daripada tanah yang dinyatakan di atas.
Pilihan terbaik sangatlah jelas.
Pilihlah dengan bijaksana.
Subscribe to:
Posts (Atom)