إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, bertambah (kuat) imannya dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakkal.”(8:2)
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Ha! Gementar tak?
Ayat kat atas seolah olah menyapa manja dengan soalan “Apa khabar IMAN anda? Dah sampai tahap mana sekarang? Adakah masih lagi di takuk yg lama?”
Bila diajukan soalan2 cepumas sebegini, macam-macam jenis jawapan boleh kita dengar. Antaranya ni lahh..
“errmmm..oke2 je rasenye.”
..................... (tak menjawab sambill bermonolog dalaman, “mamat ni mesti nak bagi ceramah ni”)
“Mestilah dasat! Aku baru lepas solat kott~”
“Bab-bab iman tak boleh tanye dekk, iman tu di hati..”
Begitu skeptical dan selamber jack sekali jawapan kita. Sedangkan persoalan iman merupakan persoalan utama dalam kehidupan, dan ini jugak yang akan jadi soalan ultimate di akhirat nanti. Dalam setiap aktiviti kita; belajar calculus, pegang picagari, kira rate constant, hatta mendeklamasikan prosa tradisional karangan Shakespeare, SEMUANYA kelak akan ditanya dengan soalan soalan ni!
.
قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (6:162)
Kalaulah dengan soalan2 mock interview ni pun, kita tak mahu serius, mampukah kita nakk jawab jawapan yang sama bila di soal di akhirat kelak? Berani ke kita nak bagi respons yang sama?
Kadang-kadang kita terlalu sibuk sangat dengan urusan-urusan duniawi. Celik – celik mata je terus facebook yang kita cari. Update status, check ‘notty’, like gambar tu, like gambar ni.. Yang ada twitter pulak, sibuk tweet selamat pagi. Malangnya, kita terlupa untuk semak IMAN dalam diri kita. Sudah bertambah kah dari hari ke hari? Atau semakin berkurang..
Tidak dinafikan, sebagai manusia biasa iman kita akan bertambah dan berkurang. Tidak seperti malaikat yang imannya maintain. Tidak juga seperti para nabi, di mana iman mereka sentiasa bertambah-tambah, langsung tidak menurun. Tetapi, kita hanyalah manusia biasa. Bukan malaikat, dan bukan juga nabi atau rasul. Jadi, mengakui ketidakstabilan diri kita haruslah disertai dengan lebih selalu periksa iman kita agar sentiasa berada di jalan yang sesuai dengan kehendak-Nya. Kalau sedar markah exam terumbang ambing, tak maintain macam student2 yang nerd dan tak meningkat macam student DEENZ’s dean’s list, maka kenalah lebih selalu Tanya diri sendiri, “apa khabar study hari ni? Ada baik ka tada?” Tak gitu?
Pada bulan ramadhan yang penuh dengan barakah ini, moleklah sekiranya kita sama-sama berusaha menjaga iman kita dengan memperbanyak ibadah kita kepada Allah SWT. Sesungguhnya ramadhan merupakan bulan yang sangat ditagih oleh seorang hamba-Nya yang beriman. Bulan di mana semua pahala amalan dilipat gandakan. Juga bulan di mana Allah memberikan keampunan-Nya kepada siapa sahaja yang tidak jemu memohon kemaafan. Justeru, ambillah kesempatan yang diberikan ini dengan sebaik-baiknya. Janganlah kita sia-siakan nikmat yang Allah kurniakan ini dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Walaupun sudah sesak-sesak ramadhan, tidak bererti sudah terlambat bagi kita untuk memperbaharui diri, mentajdidi iman kita. Sesungguhnya tiada istilah ‘terlambat’ dalam melakukan perubahan kecuali setelah mati.
“Setiap SEKARANG adalah peluang, setiap NANTI adalah perjudian.”
Jadi, mengapa tunggu NANTI? Di bulan yang mulia ini, sama-samalah kita bermuhasabah diri dan memperbaiki diri agar dapat kita ‘keluar’ dari ramadhan ini sebagai seorang hamba-Nya yang beriman lagi bertakwa.
Semoga kita mendapat keberkatan-Nya. Wallahu’alam..
ogheselatang
No comments:
Post a Comment