Friday, 28 September 2012

Iphone5, suatu review.

Hmm. Dengarnya baru-baru ini keluar lagi smartphone baru dari apple kan? iPhone 5 namanya. Sedar-tak sedar, dah berpuluh-puluh malah mungkin sampai ratusan smartphone dah keluar hari ini kan. iPhone 5 ni dengarnya datang dengan design baru, lebih laju, lebih bla bla bla. Eh, review saya bukan nak cerita tentang spec iPhone 5 ye. 

Saya teringat hari-hari ketika saya masih kanak-kanak. Belum ada smartphone lagi masa tu. Handphone pun berapa kerat je ada. Yang tu pun besar macam botol air. Sampaikan ada yang buat botol air dengan bentuk handphone. Dan sayalah salah seorang penggunanya.

Zaman berubah. Sewaktu di sekolah menengah, datang pula handphone yang baru. Masa tu banyak sangat handphone digunakan. Malah, ramai dari kalangan kita yang curi-curi bawa handphone pergi sekolah. Masa tu handphone punya fungsi dah lebih dari sekadar telefon biasa. Dah boleh dengar mp3. Boleh tangkap gambar. Boleh rakam video. Dan ada juga yang katanya boleh digunakan untuk membaling anjing. Entah saya pun tak pernah try.

Dalam beberapa tahun yang baru ini, masih-masih baru, muncul pula smartphone. Datang dengan fungsi yang lebih banyak. Hinggakan ada yang menjadikan smartphone sebagai pembantu peribadi dikala senang dan susah. Cewah. Uniknya smartphone ni, dalam setahun, entah berapa bilangan "generasi baru" yang keluar. Samalah seperti iPhone. Sudah generasi kelima sekarang. Kedatangannya dinanti-nanti. Bukan oleh seorang, bukan lima orang. Bukan sekadar di Amerika. Jauh lagi. Sehingga ke Uganda, Armenia dan Samoa.



Saya pernah terbaca tweet dari seorang sahabat. Bagaimana setiap masa akan sentiasa keluar smartphone yang baru. Akan sentiasa cuba untuk memuaskan hati manusia. Tapi tak pernah puas bukan? Kalau tidak, kedatangan generasi baru tu mesti tidak mendapat sambutan langsung. Masing-masing dah puas dengan handphone baling anjing(katanya).

Itulah manusia. Tidak pernah puas. Tidak pernah cukup. Saya teringat sepotong hadis dari baginda s.a.w:

Dari Ibnu 'Abbas, ia mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,


لَوْ أَنَّ لاِبْنِ آدَمَ مِثْلَ وَادٍ مَالاً لأَحَبَّ أَنَّ لَهُ إِلَيْهِ مِثْلَهُ,  وَلاَ يَمْلأُ عَيْنَ ابْنِ آدَمَ إِلاَّ التُّرَابُ  , وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Seandainya manusia memiliki lembah berisi harta, tentu ia masih menginginkan harta yang banyak semisal itu pula. Mata manusia barulah penuh jika diisi dengan tanah. Allah tentu akan menerima taubat bagi siapa saja yang ingin bertaubat.” (HR. Bukhari no. 6437) 

Bukanlah saya mahu mengatakan kita tidak boleh memiliki smartphone baru. Bukan bukan. Tetapi saya takut kalau-kalau nanti kerisauan kita, tamak hidup kita terhadap barang-barang duniawi lebih dari kerisauan kita terhadap hidup selepas mati. Lebih dari tamak kita untuk mencari cinta Ilahi.

Belilah iPhone 5 demi dakwah. Belilah Galaxy S3 supaya mudah untuk kita menjadi seorang khalifah. Belilah apa sahaja. Dan letaklah Allah sebagai yang utama.


No comments:

Post a Comment