Friday, 28 September 2012

Teori Langmuir, Water Droplet dan Gorter & Grendel Experiment

Tiga teori sains yang disebut diatas adalah teori membuktikan bagaimana asas kepada phospholipid bilayer model, yang juga merupakan lapisan paling luar dalam cell kita; cell membrane.

Menurut theory diatas, phospolipid terdiri daripada 2 lapisan, iaitu satu menyukai air; water-loving, dan satu lagi membenci air; water-hating. Hasil daripada 2 lapisan ini, maka terjadilah water droplet, sekiranya setitis minyak dititikkan kedalam air.



Teori ini membuktikan bahawa minyak, jika dicampur bersama air, maka ianya tetap dengan ciri2 nya, dan sama sekali tidak akan bercampur dengan air tersebut, hatta membentu satu lapisan istimewa disekelilingnya (disekeliling minyak itu). Ianya tidak sama dengan ciri2 air panas, dan juga air sejuk, bila dicampurkan mula2 akan menjadi suam, kemudian akan menjadi air sejuk bila dibiarkan. Molekul mereka sebati, akhirnya. Berbeza sekali dengan teori water droplet yang disebutkan pada sebelumnya.

Apa mesejnya? Daripada sifat minyak tadi, apabila dititiskan didalam air, maka ianya sangat tegar, dan tidak dicampurkan sifat2 nya dengan sifat2 air, walaupun dibiarkan lama sekalipun, ia tetap tegas dengan pendiriannya. Maka samalah jua dengan kita, dengan pendirian kita, dengan keislaman kita, dengan akidah kita, dengan keimanan kita, maka seharusnya dengan islam yg sebenarnya, sepertimana difahami oleh nabi kita SAW dan juga para sahabat, seharusnya kita tegar dan tegas dengan pendirian kita sebagai seorang muslim walau dimana jua kita berada.

Begitu juga jika kita berada dalam masyarakat yang sungguh teruk akidah dan akhlak nya, seharusnya kita tidak mudah larut bersama masyarakat tersebut. Kekalkan pendirian kita, jika kita benar bersama islam.

Selain itu, ciri2 minyak tadi seharusnya kita contohi dalam membezakan islam dan jahiliyah dalam hidup kita. ISLAM dan JAHILIYYAH adalah seperti molekul minyak dan molekul air. Kedua-duanya tidak akan pasti bersatu, sama-sekali, tidak akan. Yang islam tetap akan islam, dari segi tindak tanduk dan perilaku, cara berfikir dan setiap apa yang kita lakukan dalam hidup, jika ianya islam, ia takkan menjadi jahiliyyah, dan SEKIRANYA IANYA JAHILIYYAH, MAKA IANYA ADALAH JAHILIYYAH.

Wallahu’alam.

http://facebook.com/ikhwan.megatkhas
http://jerzeymk.tumblr.com/

No comments:

Post a Comment