Wednesday, 12 September 2012

Apa Yang Kita Mahu Sebenarnya Daripada Tarbiyah

Diskelemer I: Artikel ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang sudah berada dalam keretapi dakwah dan tarbiyah. Barangsiapa yang berdegil dan mahu mengambil risiko, saya sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kes lompat gaung atau berenang bersama jerung.


Diskelemer II: Artikel ini memang niatnya untuk menembak kepala (Baca: Headshot) orang yang sudah lama berbulatan gembira. Jadi silalah bersedia dengan sebarang alat bantuan tambahan seperti jaket kalis peluru, losen kalis api dan topi keledar setebal lapan inci.



-ayat daripada angelwearsgucci.blogspot.com-



Mungkin post ni bukan lah sehebat artikel yang dikeluarkan oleh penulis blog di atas. Tetapi disebabkan sangat malas untuk menulis disclaimer maka saya copy and paste sahaja.


Ada sesetengah orang yang sudah lama join usrah. Sudah pun bergerak di dalam dakwah dan tarbiyah di kawasan masing-masing. Mungkin suatu ketika dulu di mana kita mula-mula ditarik di dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini, jalan ini berjaya mengubah diri kita 180 degree dengan sangat drastik. Daripada kita yang sebelum ini banyak memikirkan perkara lagha dan membuat aktiviti tidak berfaedah malah maksiat pula, dakwah dan tarbiyah berjaya mengubah kita menjadi seorang yang lebih kenal tujuan hidup dan maka kita bergerak bersama kereta api dakwah dan tarbiyah sehingga ke hari ini. Alhamdulillah.


Ikhwah yang di kasihi sekalian, mungkin ada satu masa selepas beberapa ketika kita di dalam dakwah dan tarbiyah ini kita akan merasa sesuatu yang kita tidak pernah rasa sebelum ini. Perasaaan ini adalah ketika di mana kita merasakan bahawa kita seakan-akan tidak dapat meningkat. Bahan-bahan di dalam usrah mula dirasakan kering. Daurah-daurah di rasakan tidak mampu untuk mengembalikan semangat. Jaulah dan rehlah gagal menyemarakkan ukhuwah. Mukhayam gagal menghasilkan six pack (ok, ini main2). Jalan dakwah dan tarbiyah ketika itu gagal memberi apa yang kita harapkan dan kita dapat sebelum ini.


Ketika itu perasaan kita bergolak dan kita mulai mencari sebab. Banyak benda yang kita boleh jadikan sebab. Maka kita mula mengatakan apa yang tidak kena daripada pandangan kita. Kita boleh menyalahkan naqib yang tidak pandai mengendalikan usrah. Kita boleh menyalahkan ikhwah/akhawat yang tidak serius. Kita juga boleh menyalahkan PIC program jaulah rehlah daurah mukhwayam kerana gagal membentuk suasana. Nak katanya, banyak benda yang boleh kita persalahkan.


Tetapi ikhwah yang dikasihi sekalian, adakah itu attitude yang betul? Adakah itu attitude yang diajarkan kepada kita sepanjang kita mengenal dakwah dan tarbiyah? Adakah selama ini kita di tarbiyah untuk menyalahkan orang lain?? Tentu tidak!


Sudah pasti kita tentu sahaja boleh menuduh orang sekeliling2. Tetapi adakah itu akan menyelesaikan masalah? Adakah itu akan menyebabkan kita mendapat kembali roh dakwah dan tarbiyah yang sudah lama kita x rasai? Sudah pasti tidak!


Ikhwah yang di kasih sekalian, di saat ini terjadi,renungkan kembali, apa yang sebenarnya kita mahu daripada dakwah dan tarbiyah ini? Apa yang sebenarnya kita betul2 mahu daripada dakwah dan tarbiyah ini? Apa yang sebenarnya kita mahu daripada dakwah dan tarbiyah ini? (sila fikir sampai dapat jawapan yang datang dari hati sebelum meneruskan pembacaan)


Jadilah lampu yang dapat menerangi orang lain ketika mana kita merasai ikhwah yang lain berada dalam keadaan gelap. Bimbinglah mereka di mana mereka tidak mengetahui. Bukan lah naqib itu sengaja membuat usrah yang x feel, bukanlah ikhwah/akhawat lain tidak mahu menjadi serius dalam dakwah dan tarbiyah, dan bukan PIC sengaja membuat program yang bosan. Mereka perlu diperbetulkan kerana mereka juga manusia biasa. Maka bimbinglah mereka.bukannya menunding jari.


Jika dakwah dan tarbiyah ini dapat membawa kita berubah seperti kita hari ini, tidak bolehkah jika dakwah dan tarbiyah ini mahu mengharapkan sesuatu daripada kita? Kita tidak selamanya akan menerima. Kita perlu memberi. Bak kata ustaz hasrizal, erti hidup itu pada memberi. Berilah dengan cinta.cinta kita kepada dakwah dan tarbiyah. Berilah dengan perasaaan kasih sayang.perasaan kasih saying kita kepada ikhwah/naqib. Berilah dengan sabar!sabar kepada gelagat dan sifat manusia yang berbeza. 


Dakwah itu adalah cinta. Dan cinta itu akan meminta semuanya daripada kamu.




Ps (1): mungkin apabila ada yang membaca ini dan merasakan artikel ini tepat mengenai kepala anda. Ketahuilah yang saya sebenarnya cinta kepada anda.
Ps (2):saya x pernah edit atau baca balik apa yang saya post kat blog ini.so please bear with me.


No comments:

Post a Comment