Tuesday, 11 September 2012

Motivasi dakwah 2

Sila rujuk motivasi dakwah 1


Di dalam perjalanan nabi dan Abu Bakar untuk berhijrah mereka membuat keputusan untuk singgah di sebuah gua sebelum meneruskan perjalanan memandangkan kaum musyrikin quraisy sudah menjalankan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka. Emas, perempuan, pangkat, unta semua dijanjikan kepada sesiapa yang membawa balik nabi dan Abu Bakar sama ada hidup atau mati.



Taktik mendaki bukit untuk bersembunyi di dalam gua ini diharapkan berjaya oleh Abu Bakar dan nabi untuk bersembunyi sementara operasi musyrikin quraisy reda sedikit untuk meneruskan perjalanan.



Tanpa diduga, sekumpulan musyrikin quraisy membuat keputusan untuk naik ke bukit mereka bersembunyi. Apabila sampai berhampiran di pintu gua, kekasih nabi yang terkenal dengan sifat as siddiq, terkenal dengan keimanan nya, terkenal dengan pengorbanannya, terkenal dengan keberaniannya mula berasa gelisah. Dia berkata kepada nabi s.a.w “kalau aku mati, aku hanya mati seorang, tetapi jika engkau dibunuh,binasalah umat ini!” . Abu Bakar begitu risau dan cemas memandangkan musyrikin quraisy makin hampir.


Ketika ini rasulullah dengan sifatnya yang tenang memberitahu Abu Bakar “janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!”


Ikhwah,sekental mana semangat kita, seqawiy mana kita beramal, semangat mana kita bertajarrud kita pasti tidak dapat menandingi kehebatan sifat dan peribadi Abu Bakar. Abu bakar di landa kegelisahan tatkala bahaya menghampiri. Adakah Abu Bakar tidak tahu yang Allah sentiasa bersama mereka ketika itu? Pasti Abu Bakar tahu! Tetapi ayat ringkas dan sangat simple nabi ini berjaya menenangkan Abu Bakar. Jika Abu Bakar memerlukannya, apatah lagi kita?


Ikhwah yang dikasihi, ingatlah setiap detik kita mengharungi kehidupan Allah sentiasa bersama kita. Ketika kita susah atau bersedih, ingatlah Allah sangat tahu perasaan kita ketika itu. Allah lebih kenal kita daripada kita mengenal diri kita. Allah sahajalah yang boleh mengeluarkan kita daripada kesusahan. Merintihlah kepada allah. Minta lah kepada allah. Berdoalah kepada allah! Tiada siapa yang lebih boleh memahami kita selain daripada Allah!





“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya,”




Bersambung....


No comments:

Post a Comment