Wednesday, 11 July 2012

Sikap Umat Jin Yang Wajar Diteladani

Assalamualaikum wbt.,

Di alam ini, selain manusia, tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan, terdapat satu lagi umat yang kita ketahui kewujudannya di atas muka bumi ini, dan kewujudannya sudah pasti telah ada sejak zaman dahulu kala lagi. Umat yang dimaksudkan ialah umat jin. Dalam al-quran, turut dibicarakan mengenai umat jin ini, bahkan, dalam satu surah telah diperbicarakan tentang Jin, dalam surah Al-Jinn, surah ke 72. Selain itu, kisah mengenai umat jin ini turut dibicarakan dalam surah Al-Ahqaf (46), ayat 29-35. Dalam blog entry kali ini, kita akan bertadabbur serba sedikit tentang ayat diatas.

Jin mempunyai beberapa ciri yang berbeza dengan umat manusia, dan dalam ayat 29-35 surah Al-Ahqaf, jelaslah diceritakan betapa hebat umat jin ini dalam penerimaan mereka terhadap agama Islam. Sepertimana yang kita ketahui, jin juga seperti manusia, ada jin yang islam, dan ada juga yang tidak islam, dan mungkin juga ada yang seperti kebanyakan manusia pada zaman ini; ada yang islam tapi tidak terzahir keislaman mereka.. siapa tahu? wallahu'alam.

Namun pada ayat yang dinyatakan diatas, diceritakan bahawa umat jin mempunyai satu ciri yang wajar dicontohi dan dikagumi oleh umat manusia, iaitu bagaimana sikap proaktif dan semangat dalam menyahut seruan setelah penyaksian syahadatul haq disampaikan oleh mereka. Sepertimana yang kita sedia maklum, dan juga seperti blog entry yang lepas, betapa pentingnya responsi kita setelah menyaksikan kebenaran islam dan juga deen islam ini, dan betapa kewajipan itu telah jatuh kepada kita setelah kita mengetahui dan merasai kepentingan tanggungjawab syahadatul haq. Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh umat jin ini, yang kita wajar contohi dan kagumi agar dakwah umat manusia dapat berkembang dengan lebih pesat lagi, insyaAllah!


وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِّنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنصِتُوا ۖ فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَىٰ قَوْمِهِم مُّنذِرِينَ [٤٦:٢٩]

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): "Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.

قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنزِلَ مِن بَعْدِ مُوسَىٰ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَىٰ طَرِيقٍ مُّسْتَقِيمٍ [٤٦:٣٠]

Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab Suci yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan yang lurus (ugama Islam)

يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُم مِّن ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ [٤٦:٣١]

"Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadanya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

وَمَن لَّا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الْأَرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءُ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ [٤٦:٣٢]

"Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah dalam kesesatan yang nyata".

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَمْ يَعْيَ بِخَلْقِهِنَّ بِقَادِرٍ عَلَىٰ أَن يُحْيِيَ الْمَوْتَىٰ ۚ بَلَىٰ إِنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [٤٦:٣٣]

Masihkah mereka ingkar dan tidak mahu memikir serta mengetahui bahawa sesungguhnya Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dengan tidak mengalami kesukaran dalam menciptakannya - berkuasa menghidupkan makhluk-makhluk yang telah mati? Sudah tentu berkuasa! Sesungguhnya Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


MASHAALLAH, hebat benar umat jin ini. Satu sikap yang wajar dicontohi oleh umat manusia khususnya mereka yang menyedari tugas dan tanggungjawab seorang dai, serta hamba Allah di atas muka bumi ini.. Wallahu'alam.








No comments:

Post a Comment