Sunday, 22 July 2012

Ramadhan: Mindsetting

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita berjaya sampai di bulan Ramadhan. Sungguh, tak terucap dengan kata-kata untuk menyatakan perasaan gembira dan teruja. Anda sendiri dapat merasakan 'Ruh' yang luar biasa. Adapun di bulan mulia ini, ramai orang terutamanya Muslim berbondong-bondong ke masjid, surau atau masjid bergema dek alunan ayat-ayat Al-Quran. MasyaAllah. Ada juga golongan peniaga yang sudah terbayang durian runtuh yang bakal diterima terutamanya mereka yang berniaga di bazar-bazar Ramadhan.

Lazat bukan? Mungkin senario yang hampir sama di atas meja rumah kita sepanjang bulan Ramadhan. Terasa sangat nikmat bila seharian menahan lapar dan dahaga, akhirnya tekak dibasah dengan air 'honeydew' dan lidah merasa enaknya murtabak. Akhirnya, tanpa sedar, perut sarat penuh terisi. Selepas solat tarawikh, ada pula 'supper Ramadhan edition' yang nama popularnya moreh.Keadaan ini berlarutan hingga berlabuhnya tirai Ramadhan dan tiba pula hari raya yang dinantikan. Apa erti Hari Raya Aidilfitri bagi anda?Apa objektif yang kita nak capai seusai Ramadhan?



Mungkin kita pernah terbaca atau mendengar ayat suci di bawah:

Wahai orang-orang beriman!Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, agar kamu bertaqwa. [Surah Al-Baqarah:183]

Jadi, ringkasnya Allah menyeru kita supaya berpuasa, dengan harapan kita bertaqwa. Perkataan 'la'allakum' itu sendiri bermaksud 'dengan harapan'. There's is hope but no guarantee that we can gain 'taqwa' as we strive for. Adakah kita melihat Ramadhan hanya bulan yang menyuruh kita berlapar dan dahaga semata-mata ataupun satu peluang yang sangat besar kurniaan Allah untuk kita melatih dan melakukan transformasi diri? Fikir sejenak. Allah SWT telah mengikat syaitan-syaitan,menutup semua pintu neraka dan membuka pintu-pintu syurga. Betapa kasihnya Allah dalam membantu hambaNya untuk merubah dengan mengurangkan dugaan-dugaan dengan terbelunggunya syaitan. Ramadhan seharusnya menjadi 'training ground' kita untuk berjuang untuk mengubah diri ke arah lebih baik dan terus istiqamah dalam melakukan amal ibadah kepadaNya selepas bulan Ramadhan.

Tidak salah untuk menikmati segala jenis makanan atau lain-lain.Cuma yang silapnya bila kita meletakkan fokus ramadhan bukan pada tempatnya. Marilah kita bersama melihat Ramadhan tahun ini dari sisi yang lain.

Tiga puluh hari untuk kita mengurangkan perkara lagha
Tiga puluh hari untuk kita mujahadah untuk mengawal nafsu
Tiga puluh hari untuk biasakan diri dengan amalan kebajikan
Tiga puluh hari untuk benar-benar merasa kebersamaan atas dasar mengejar redha Allah
Tiga puluh hari untuk memenuhkan dada dengan ayat suci Al Quran
Tiga puluh hari untuk membersihkan fikrah,meluruskan kehidupan

InsyaAllah, mudah-mudahan kita dapat mencapai tingkat taqwa yang lebih tinggi, taqwa yang lebih harmoni sebagai objektif puasa yang dinyatakan Allah SWT menerusi ayat Al-Baqarah di atas. Jika demikian, saya,anda,dia dan mereka layak untuk meraikan hari raya Aidilfitri dengan senang hati, kerana kita meraikan prestasi amalan dan kehidupan di bawah lembayung Islam, bukannya kerana tamatnya sudah tempoh keletihan selama 30 hari. Keberkesanan Ramadhan pada diri kita sebenarnya dinilai pada hari-hari selepasnya. Wallahu alam. Semoga pemulisan ini menjadi peringatan yang berguna pada diri sendiri dan lain-lain.Selamat beramal! :)

Si kecil ini pun dah berlari-lari mengejar solat jemaah. Kita?hihi

Ahmad Maujud

No comments:

Post a Comment